SUAMI AKU MACAM TAU-TAU JE AKU NAK MAKAN LAKSA PENANG | INI cerita Hari Rabu 3 hari lepas, tiba-tiba sedang kemas rumah pagi tu, ada orang beri salam depan rumah. Bila buka pintu, ada seorang lelaki berdiri sambil memegang makanan. Dalam hati kata, 'Eh, aku tak order apa-apa makanan, mungkin salah rumah'.. Belum lagi nak bersuara, lelaki tu jerit kata, 'Kak, Sabar kirim ni'..
Dengar nama 'Sabar' tu, oh, Laki aku belikan apa pulak tu.. Yaa Suami Lin pulak ketika tu bekerja di luar kawasan, so tertanya pulak, bila masa plak dia order hahahaha..
Bila Sis datang dekat, barulah kenal lelaki tu, kawan Suami, dia pernah datang beraya ke rumah dengan Isterinya, kesahnya.. dan sekarang dia meniaga sendiri menjual makanan online. Sis tanya juga dia, 'Sabar order ke?'... terus dia kata, 'Ye Kak, Saya tengah wahtsapp dia ni, dia order semalam suruh hantar rumah'.. dan dia juga tau Suami Sis takde di JB ...
Ambil je makanan tu, masuk rumah, bila buka, waaa Laksa Penang laaa... baru aje sebut dengan anak Sis malam semalamnya. ingat nak buat Laksa Penang, sebab ikan kembong ada tu... alhamdulilah, Suami aku macam tau-tau je aku nak makan Laksa Penang..
Siap aje kemas rumah tu, terus duduk makan, so sarapan Sis pagi Rabu tu Laksa Penang laa. Suami wahtsapp tanya, 'Okay tak Laksanya?'.. Sis buka dan rasa dulu then makan, barulah Sis jawab wahstapp Suami.. alhamdulilah sedap Laksanya.. Boleh dikatakan tuannya ni masak tak lokek bahan, terasa isi ikan dalam kuahnya dan bahan Laksanya kemain padat dan banyak..
Yang bagusnya, bahan-bahan tu semua dia asingkan, so senang laa nak makan kemudian, elak dari basi kannn.. Lupa pulak nak tanya berapa rm sebekas tu.. sebab penuh, mampat dalam bekas 4 segi tu haa.. kuahnya pun korang tengok le tu, banyak gilerr isi ikan kan?..
Jarang-jarang juga Sis jumpa pakaging Laksa sebegini.. Biasa memang di campur aje sekali dalam satu bekas kan.. yang ni mudahlah nak makan sikit-sikit, sebab bahannya di asing. Lagi kalau jenis orang tak makan sayur, memang tak cuit la yee plastik sayur tu hahahahah..
Sebekas tu boleh makan dalam 3 orang juga, Suami belikan dua bekas, so memang puas laaa Sis makan oiii.. sangat puas hahahaha.. anak-anak suka juga kecuali si anak bujang Sis, dia segala jenis Laksa dia tak minat.. Yana okay laa makan juga..
Tapi bukan Laksa Penang je Suami belikan, ada juga dua plastik Dendeng Warisan ni haaa.. kawannya jual juga.. cuma tak taulah samaada dia buat atau dia agent menjual.. tapi kalau Laksa Penang tu memang kawan Suami sebut masa ambil makanan tu, 'Bini kawan buat' hehehehe..
Takpe, nanti Sis tanyakan dengan Suami, nampak sedap, Sis belum try lagi sebab kat rumah sentiasa masak aje, sampai tak nyempat nak makan Dendeng ni lagi.. ingat harini nak mencubanya, dah defrost tu..
So korang kalau berada sekitar Johor Bahru & Pasir Gudang, kalau nak mencubanya, boleh laaa contact Laksa Penang Cik Yatt 013-7527879. Dia ada buat delivery ke rumah korang.. ni Sis bantu promokan je ni.. bantu rezeki orang,.. insyaAllah rasa dia tidak mengecewakan korang..
P/S: Sekejap dah Hari Sabtu ekkk... mati-mati ingat Hari Khamis ko hahahahaha LOL 😆
Aaa.. sedapnyaa.. teringin pulak Laksa Penang.. Daging dendengggg.. lamanya tak maakan.. Last haritu masa buka puasaaa Ramadan... mahal gak sekeping masa tu . tapi teringin cubaa.. kita beli jugak la.. hoho ..
ReplyDeletewah pekatnya kuah dia tu, memang dahsyat lah ^_^
ReplyDeletewah rezeki betul tu lin....
ReplyDeleterezeki x yah masak lunch hari sabtu :p
hati connected gitu sis.. hee~ boleh la buat lauk daging dendeng hari ni. Dapnya.
ReplyDeleteMak tang semua sedap. Haha
Geram pulak tengok kuahnya laksa yang banyak isi ikan tu Sis..selalu kalau beli kadang jernih je boleh nampak kalau ada ikan puyu berenang..tapi ni mak oiii..mantap ah.
ReplyDeleteuih..nampak pekat kuah laksa tu sis..Sedap tu
ReplyDeletedendeng frozen rupanya..hehe
ReplyDelete