WORDLESS WEDNESDAY - PUDING SAGU GULA MELAKA


WORDLESS WEDNESDAY - PUDING SAGU GULA MELAKA | SEMALAM seharian hari hujan di Pasir Gudang,Johor, cuaca kemain sejuk, bila dah sejuk, maka perut pun lapar. Menu semalam pun Sis hanya masak Kari Ayam aje, dan ada pulak menu baki semalamnya Daging Masak Kicap, tu yang Sis masak Kari Ayam aje. 

Lagipun bila dah hujan, anak-anak mulalah terperuk je dalam bilik. Panggil turun suruh makan pun semua kata 'kejap'... ermmmm.. So petang semalam datang rajin godak lee segenggam sagu yang ada simpan di rak penyimpanan barang dapur tu dan buatlah Puding Sagu Gula Melaka ni. 

Bukan susah mana pun nak masak Puding Sagu Gula Melaka ni, kalau tengok resepi, bahan semua mudah aje. Rasanya pernah Sis up juga resepinya di sini, so korang kalau nak cuba, silalah.. 

Puding Sagu Gula Melaka


P/S: Ya Allah, peliharalah mereka yang dalam kesakitan... aamiinnn :(

3 comments:

  1. PC kurang suka Sis puding sagu ni..sebab bila dah mula makan susah nak stop. Lagilah kalau makan sejuk-sejuk.. lagi berdengung dibuatnya. Nikmatnya la.

    ReplyDelete
  2. Jarang makan tapi pernah makan.. sedappp jugakk.. maniss leting

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.