AKU BUAT SENDIRI LAKSA JOHOR, BARU PUASHATI!

Sis Lin
8
AKU BUAT SENDIRI LAKSA JOHOR, BARU PUASHATI! | DIA punya tak puashati makan Laksa Johor ramadan ni, sampai Sis nekad buat ajer laa sendiri walau dah tau memang hanya Sis seorang je makan. Kalau sebelum ni, ada jugalah geng makan dengan anak Sis,Yana tu, tapi dia dah duduk rumah sendiri, so bila buat ni, Sis sorang je laa makan. 

Suami makan juga, tapi makan buat rasa-rasa okaylah.. cuma anak bujang tu haaa, memang tak suka apa jee jenis menu laksa, memang dia tak makan, kecuali kalau Sis buat Mee Bandung atau Laksa Sarawak, haaa pandai pulak makan hehehehe.. 

Sepanjang ramadan ni, tiap kali pergi #buffetramadan, memang menu Laksa Johor dulu yang Sis cari, kadang lain hotel lain rasa dan gayanya.. so far setakat ni yang sedap, Laksa Johor di Holiday Inn Express yang memang sedap bagi Sis. Kalau makan boleh bertambah-tambah oii hahahaha.. 

Kebetulan ikan kembong ada dalam 8 ekor, bahan pun ada, apalagi Sis buatlah Laksa Johor untuk juadah menu berbuka puasa Sis baru-baru ni.. ni versi cara Sis punya, lain airtangan lain laa caranya kan.. ikutlah citarasa memasing.. resepi ni pun Sis follow lama dah, terjumpa di facebook sapa entah.. sampai ke harini Sis guna resepi ni.. korang nak cuba, silakan.. 

Resepi Laksa Johor Sedap

Resepi Laksa Johor versi Sis Lin

Bahan-bahan utama ; 
  • Rebus spagheti, letak garam dan sedikit minyak, lepas direbus cuci di bawah air sekejap, dan ketepikan. 
  • 8 ekor ikan kembung di rebus dan asingkan tulangnya. Kemudian di kisar dan di tapis supaya tulang halus ter-asing. 
  • Udang dalam 8/10 ekor di kopek dan kulitnya di rebus dan di kisar asing. Tapis dan asingkan. 

Bahan kisar ; 
  • Serai 6 batang
  • Bawang besar  labu
  • Lengkuas 1 inci
  • Halia 1 inci
  • Cili kering 15 ke 20 batang (ikut pedas memasing)
**Kisar semua sehingga hancur lumat.


Bahan tumisan ; 
  • Minyak masak secukupnya
  • Rempah kari babas 2 paket kecil
  • Kerisek sepaket kecil
  • Santan kotak 2 kotak kecil
  • Garam/Ajinomoto
Resepi Laksa Johor Sedap

Cara memasaknya ; 
  • Tumiskan bahan kisar sehingga pecah minyak 2/3 kali. 
  • Setiap kali pecah minyak tambah air. 
  • Kemudian masukkan rempah kari bersama bahan perasa.
  • Bila kuah dah terbit minyak, bolehlah masukkan isi ikan yang dikisar, air tulang ikan, air kulit udang dan juga isi udang kisar tadi.
  • Gaul-gaulkannya kemudian masukkan kerisek dan santan.
  • Kuantiti air kena dijaga, sebab kuah laksa johor mesti pekat baru sedap. 
  • Ikut kepekatan korang nak pekat mana. 
  • Biar didih, tutup api. 

Resepi Laksa Johor Sedap

Bahan ulam ; 
  • Taugeh
  • Timun
  • Bawang besar
  • Lobak masin
  • Limau
  • Daun kesum/Daun bunga kantan
  • Kacang panjang hiris halus
  • Sambal belacan

Kalau korang nak tekstur kuah tu agak kasar sikit, asingkan isi ikan segengam ke (jangan kisar), kemudian nanti mendidih kuah, masukkan isi ikan tu.. so nanti kuah korang akan ada la isi-isi ikan sikit.. kalau tak, kisar je laa halus macam Sis tu ... 

Sekali makan, ermmmmm tak ingat berapa mangkuk hahahaha.
Selamat mencuba.. 


P/S: Kalau tak sedap, tu airtangan korang yaaa hahahahahaha.. 

Post a Comment

8Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Betul sis. Buat sendiri baru puas makan. Tapi nak buat tu alahai boleh tahan penat dia hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann, buat sendiri makan bermangkuk-mangkuk hahahaha

      Delete
  2. ni klu nak makan laksa, kena tgu mood rajin adik ako datang hahaha... takat nk sediakan condiments dia ok lagi.. nk buat kuah tu yg malas hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau takpe, nak nyiang ikannya, nak merebusnya, banyak kerja tapi makan sedap hahahaha

      Delete
  3. sama lah , dalam rumah ni ain je yang makan segala jenis laksa.. dulu ade lah geng ibu .. tapi ibu pun dah meninggal .. tinggalah kita craving sensorang . kalau memang nak makan , jawabnya cari jelah tak penah masak laksa johor .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau rasa nak makan beli je Ain, tapi tu laa, ada yang kena tekak sedap, ada yang ermmmm...

      Delete
  4. Ada geng makan syoklah. Tapi kalau dah teringin buat sendiri puas hati. Menawan betul rupa hasil laksa Johor sis lin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Geng makan anak sorang tu je la, now dah takde duk sama, kalau masak, kena bekalkan hahahaha

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!