JUMAAT PERTAMA RAMADAN 2022 | HARINI Jumaat masuk hari ke-enam kita berpuasa, alhamdulilah Sis masih di beri kesihatan yang sihat dan kekuatan untuk jalani ibadah puasa. Ada yang dah 'ABC' ke? Jangan sedih, kita ni kaum wanita memang Allah beri keistimewaan untuk berehat dalam sebulan, makanya terima dengan penuh keredhaan.
Kalau tahun lepas Sis ada juga cuti puasa, tahun ni mudah-mudahan dapatlah puasa penuh. Tak boleh nak kata selagi kita ni masih ada keuzuran kan. Kalau dapat puasa penuh tu kira 'bonus' la tu.. Dan harini juga adalah Jumaat pertama ramadan 2022 bagi minggu pertama kita berpuasa.
Sepanjang minggu berpuasa ni alhamdulilah, memang banyak hari Sis memasak di rumah aja, cuma ada satu hari Sis berbuka puasa di Opero Hotel bersama team media Sis yang lain. Syukurlah masih dapat kesempatan memasak dan berbuka puasa bersama Suami di rumah. Cuma anak bujang Sis aja laa masih lagi dalam kuarantin.
[Baca Juga] : Zikir Hari Jumaat - Ya Allah
Harini hari terakhir anak bujang Sis kuarantin, dan harini juga Sis menyuruh dia pergi buat swab PCR test untuk comfirmkan status terkini kesihatan dia sebelum dia memulakan sambung intern dia di Hospital Sultanah Aminah Ahad nanti. Mudah-mudahan result dia okay.
Sis dan Suami pun so far buat selfkit pun okay. Walau kerajaan kata kontak rapat tidak perlu kuarantin jika tidak bergejala, tapi untuk menjaga keselamatan diri sendiri juga orang lain, setiap dua hari Sis buat selfkit sendiri, kecuali Suami, dia kena buat RTK atas sebab tuntutan kerja dia.
Bab ibadah juga alhamdulilah, so far Sis dapat dan masih lagi dengan niat nak khatam Quran bulan ramadan ni dan Sis masih lagi dapat follow tips dan cara nak khatam Quran di bulan ramadan ni, mudah-mudahan dapatlah Sis khatam Quran bulan ramadan tahun ni.. inshaallah ...
Terawih pun so far Sis buat di rumah aje usai solat Isyak, nak ke Mesjid rasa macam tak sesuai buat masa ni. Sebab Suami pun kadang balik rumah dah penat, kami buat aja sama-sama berjemaah, ada masa kalau terlewat, kami buat sendiri-sendiri aja, janji buat.
Dah hari-enam berpuasa ni otak pun makin tepu dah fikir nak masak apa kan? Padahal hari-hari masak juga sebelum ni, cuma time bulan puasa ni menu nak masak tu jadi fikiran dalam kepala, kalau boleh nak masak yang jadi kepuasan time berbuka. Tu laa namanya nafsu kannn..
[Baca Juga] : Motivasi Hari Jumaat
Yang penting, bila masak sendiri, tak membazir, lauk masak berbuka boleh bawa ke Sahur, jadi kepuasan tu ada bila lihat menu yang di masak licin semua. Dan Sis pun belum ada ke Bazar Ramadan lagi. Kalau ada pun kuih-muih tu, Suami yang beli sebelum balik rumah, dapatlah merasa kuih-muih kegemaran Sis.
Harini pun tengah blur nak masak apa, tapi Sis dah order dengan kawan Sis Nasi Lemak RM2, so nanti nak goreng ayam untuk anak bujang, then Sis nak goreng tempe dan tauhu cecah sambal kicap dan juga gorengkan ikan untuk Suami. Jadilah kan, janji kenyang sudah.
Geram juga nengok bazar ramadan sana sini, tempat Sis aje pun meriah, tapi entahlah, belum rasa nak pergi.. mungkin nanti esok-esok ke hujung minggu agak malas nak masak, beli aje laa di bazar.. sedikit sebanyak pun dapat gak kita sedekah pada peniaga kan.
Ye laa kalau dah semua orang berfikiran macam Sis taknak ke bazar ramadan, so siapa aje nak membeli jualan mereka? Inilah masanya kita nak bersedekah, belilah kuih-muih atau makanan mereka, cuma janganlah berlebihan, nanti membazir. Beli apa yang nak di makan, jangan beli ikut nafsu mata dan tekak.
Ehh dah lerr, panjang pulak membebelnya.. harini terlewat update, gara-gara mata ngantuk gilerr, habis Dhuha Sis ketiduran hahahaha.. tapi alhamdulilah lega rasa badan dan mata, terus segar dapat tidur sekejap tadi.. alhamdulilah.
Salam Jumaat buat semua dan selamat menunaikan solat Jumaat.
P/S: Jangan lupa baca surah Al-Kahfi ya...
salam jumaat....biasa kalo ke bazaar ramdhan cari kuih..lauk2 biasanya masak tp kalo dh ujung2 puasa kdg2 beli juga
ReplyDeleteKann Mama, sama laa Sis, beli bazar tu dah hujung-hujung jerr.. sebab dah banyak benda nak kemas..
DeleteAlhamdulillahhh.. Jumaat pertama telah dilalui.. Moga sihat selalu ye sis.. boleh beribadah lebih.. InshaAllah.. Saya baru sekali membazar... Nanti nak g sedekah lagi la kat peniaga.. hehehe... Harap jugak takda ABC bulan Ramadan ni... Dah raya t kena takpa...
ReplyDeleteInshaallah, moga kita semua sihat-sihat aja hendaknya ya Non...
DeleteAlhamdulillah kejap je dah seminggu berpuasa. Saya awal awal dah rongak 1 cuti. Samalah kita tak ke bazaar. Masak sendiri lebih senang ikut selera sendiri. Beli kat bazaar ada je yang kurang nanti. Harga pun seram tengok. Cuma ada lah sehari tu cuti masak beli nasi dan kuih muih.
ReplyDeleteKann Fizah, tau-tau dah sebulan.. so far kepuasan memasak sendiri je lagi best..
Delete