MASAK ASAM PEDAS JADI MUDAH DENGAN PES ASAM PEDAS CLAYPOT NUREEN KITCHEN | KALAU yang kenal Sis mesti mereka tau, Sis ni memang tak berapa gemar masak guna pes-pes ni, lagi kalau pes tu adalah masakan yang memang kita boleh buat. Bagi Sis kalau benda kita boleh buat, buat apa nak guna pes? Kan kan... mind set selalu cakap, 'takut tak sedap'...
Tapi bila di fikirkan, kenapa orang meniaga buat bisness pes ni? Sebab nak beri kemudahan dan nak bagi senang untuk mereka yang kurang ada masa nak memasak. Lagi-lagi yang bekerja kan? So dengan adanya pes begini, jadi mudahlah kerja surirumah atau surarumah. Hanya tuang, didih dan siap, mudah je kan..
Pes asam Pedas Nureen Kitchen ni adalah bisnes kawan Sis yang juga antara salah seorang jemaah ketika Sis mengerjakan Umrah baru-baru ni. Sis lebih mesra memanggilnya dengan Kak Noren. Masa di Haramain, memang Kak Noren dan Suaminya Pak Sarif rancak bercerita mengenai perniagaan kedai makannya di Kempas yang memang menyajikan Asam Pedas sahaja.
Terliur-liur oii di Haramain sana terbayangkan asam pedas Malaysia, ishhhh... dan ketika pulang ke Malaysia dan sampai di Johor, rezeki kami jemaah Johor dapat sebungkus pes asam pedas dari Kak Noren dan Pak Sarif ni, alhamdulilah... boleh laa mencubanya.
Walaupun rasa asam pedasnya tidak sama 100% dengan yang biasa kita masak, tapi kalau korang biasa makan asam pedas Claypot, haaa macamtulah rasanya.. memang sama rasanya, mesti korang suka. Masa Sis memasaknya pun, Sis mulanya tak bagitau Suami yang Sis guna pes, tapi elok je Suami makan tanpa komplen, maknanya rasa tu tak banyak lari laa dari asam pedas biasa Sis masak, alhamdulilah..
Memang masak asam pedas jadi mudah dengan pes asam pedas claypot Nureen Kitchen ni. Sis siap dah beli lagi dah dua bungkus pes, Kak Noren sendiri yang delivery ke rumah Sis di Pasir Gudang. So kalau korang nak beli boleh dapatkannya di Nureen Kitchen.
Masaknya pun mudah, hanya masukkan pes dalam kuali, tambah air, tunggu mendidih, masukkan ikan dan sayuran, kemudian tunggu masak, dah siap... mudah kann.. untuk bahan perasa, ikutlah tekak korang sendiri, samaada kurang garam, gula, asam atau nak tambah pak aji, bagi Sis dah secukup rasa dah..
Kalau malas, haa boleh datang makan di kedainya, tapi buat masa ni kata Kak Noren, sepanjang ramadan kedai makannya di tutup sementara, maybe lepas raya baru beroperasi semula. Korang contact dulu sebelum nak datang yaa..
Kalau korang nak dapatkannya korang boleh contact details di bawah ni ya.. COD seleuruh Johor, juga POS semenananjung dan Sabah Sarawak juga katanya..
Contact : https://wa.me/message/RGATPFRVQ5ISK1
Facebook : Pes Asam Pedas Claypot Nureen Kitchen
Kedai Makan : D’Pelepah SP Conner Kempas Johor Bahru..
P/S: Terus tekak rasa nak makan asam pedas, aiyoooooooo....
nampak menarik ni.. boleh cuba ni sis
ReplyDeleteYaaa boleh cuba Madi, senang ajer untuk orang bujang macam ko hehehe
Deletekalau malas nak masak, pes macam ni la penyelamat di dapur bujang. Dapur pun tak berselerak, campak campak terus siap. haahhahaha. Aduhai, sedap pulak tengok asam pedas sis ni. Terliur
ReplyDeleteTau takpe, jangan kata bujang, yang dah berkahwin pun banyak takde masa boleh guna juga ni Moka..
DeleteMudah dengan pes!!!
ReplyDeleteTerliurrrrr
Kannn, beli dan cubalah Non...
DeleteKalau claypot asam pedas harum dia lain macam kan..Kalau lalu foodcourt ka..terliur bau asam pedas claypot tu..
ReplyDeleteKita pun semalam iftar masak asam pedas ikan pari..Hihihi
Yaaa Mama, sebab tu kalau makan pes yang ni, betul macam yang jual kat luar claypot tu haa...
DeleteKerja memasak lebih pantas ni.
ReplyDeleteSangat betul.. jangan selalu tapi simpan stok hehehehe
DeleteUishh mengancam betul asam pedas dia. Senang betul ada pes siap. Sejak makan asam pedas melaka haritu, terasa nak repeat makan asam pedas lagi.
ReplyDeleteSenang Fizah, agak malas atau tak sempat, curah ajerr pes, janji ada ikan atau daging atau ayamnya... hehehe
DeleteSenang ada pes macam nie kan Lin, tambah kalau nak cepat memasak. Harus kena ada stok kat dapur nie..
ReplyDeleteTu laa Kak, Lin memang simpan, agak malas, masak jerr lee guna pes...
Delete