SALAM NUZUL AL-QURAN 17 RAMADAN 1443H

Sis Lin
8
SALAM NUZUL AL-QURAN 17 RAMADAN 1443H | TERCIPTANYA hari Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat Al-Quran yang pertama kepada Nabi Muhammad SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab Al-Quran yang ada pada hari ini.

17 Ramadan merupakan antara tarikh penting dalam kalendar Islam kerana kita meraikan peristiwa Nuzul al-Quran. Selain memperingati tarikh penting ini. 

Perkataan “Nuzul” bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Ayat Al-Quran yang mula-mula sekali diturunkan Allah سبحانه وتعالى kepada Nabi Muhammad ï·º melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.

“Bulan Ramadan padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan yang menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah” [ Q:S. Al-Baqarah : 185 ]

Al-Quran merupakan mukjizat agung yang diturunkan kepada junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w buat umat sebagai panduan dan pedoman hidup kerana ia mengandungi petunjuk, keterangan dan penjelasan tentang yang benar dan salah.

Oleh itu, umat Islam seluruh dunia sudah menjadi kebiasaan akan beriltizam untuk membaca Al-Quran pada bulan Ramadan yang sinonim dengan bulan Al-Quran. Namun persoalannya, sejauhmana ayat-ayat Al-Quran yang kita baca tersebut meresap dalam seluruh jiwa kita sehingga menjadi pegangan untuk kita hidup di dunia sebelum bertemu Pencipta kita nanti?

Salam Nuzul Al-Quran 17 Ramadan 1443H

Dalam sebuah hadits ada menyebut,


Ø®َÙŠْرُÙƒُÙ…ْ Ù…َÙ†ْ تَعَÙ„َّÙ…َ الْÙ‚ُرْآنَ ÙˆَعَÙ„َّÙ…َÙ‡ُ
“Sebaik-baik kalian adalah mereka yang belajar Al-Qur’an dan mengajarkannya.” [ HR Bukhari ]

Oleh itu, buanglah rasa malu dan malas korang untuk pergi belajar Al-Quran iaitu belajar membaca dan memahami ayatnya. Sentiasa pasakkan dalam diri, Al-Quran bukan hanya perhiasan di rumah, bukan juga hanya meniti di bibir tetapi ianya mesti difahami dan diamalkan dalam kehidupan seharian lebih-lebih lagi dalam pentadbiran sesebuah kerajaan.

Marilah kita semua mengambil kesempatan di bulan mulia ini untuk menghayati bacaan Al - Quran dan mengambil iktibar dari setiap pengajaran di dalamnya. Semoga kita semua sentiasa hampir dengan Al-Quran kerana ia akan menjadi peneman kita semasa di alam barzakh nanti.


P/S: Selamat Menyambut Nuzul al-Quran...
Tags

Post a Comment

8Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Salam Nuzul AlQuran.
    Membaca Al Quran jadi lebih mudah sekarang ada panduan bacaan dalam Al Quran sekali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nuzul Al Quran buat Fizah... ayuh Fizah kita jadikan Quran te,an baik kita...

      Delete
  2. salam nuzul quran sis..rindunya suasana mentadabbur al-quran ramai2 masa kat kampus dulu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nuzul Al Quran buat ko juga Sun... inshaallah lagi beberapa lembaran dapatlah aku khatam Quran huhuhuhu...

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!