SELAMAT HARI PEKERJA 2022

Sis Lin
14
SELAMAT HARI PEKERJA 2022 | ESOK 1 Mei adalah Hari Pekerja sedunia..hari di khaskan untuk menghargai jasa dan memberi pengiktirafan kepada mereka-mereka yang bergelar pekerja di atas segala usaha, penat lelah dan pengorbanan mereka mamajukan diri, keluarga, masyarakat, bangsa dan negara.

Tapi esok bizi ya amat yaaa semua bekerja, bukan sibuk kerja masuk pejabat tapi sibuk kerja di dapur bagi kaum wanita, untuk siapkan bahan memasak nak sambut hari raya. Yang kaum lelaki, mesti sibuk urus bakar lemang ketupat dan menjaga anak sementara isteri sibuk memasak..so memang esok hari pekerja, memasing pun sibuk bekerja.. 

Ni pun Sis curi-curi masa kejap sambil mengemas rumah update blog. Walau apa sekalipun, blog tetap Sis update, kecualilah memang betul bizi, blog akan senyap laa.. harap di ampun laa kalau yang menunggu posting terbaru tapi hampa... ye laa tuan tanah pun nak beraya gak oii hahahaha.. 

Selamat Hari Pekerja 2022

Tema Hari Pekerja tahun ini adalah, 'Pekerja Tonggak Keluarga Malaysia Dalam Pemulihan Negara'.. 

Selamat Hari Pekerja kepada semua pekerja,
Berkerjalah dengan setulus ikhlas ;
Hidupmu akan dihargai kerana berjasa,
Moga budimu Allah membalas.

Gaji nak bonus pun nak,
Tapi kerja tak setimpal gaji;
Bonus tak dapat mula memberontak,
Pekerja cemerlang kerajaan tetap memuji.

Kerajaan menyeru penjawat awam ,
Semua pekerjanya lakukan transformasi;
Demi kecemerlangan Negara dan orang awam,
Maka Negara maju kerana pekerja berdedikasi.

Hati merintih ditahankan juga,
Demi meneruskan sebuah kehidupan;
Sanggup bersusah demi keluarga,
Mengharapkan sinar cahaya di masa depan.

Sabar pekerja menahan cabaran,
Menghadapi karenah cerewetnya majikan;
Salah sikit dah panas baran,
Pekerja bersabar dalam kesempitan.

Tiada pekerja tiada kerajaan tiada Negara,
Saling faham memahami demi Negara;
Antara pekerja majikan juga kepimpinan Negara,
Kerana pekerja penentu masa depan Negara.

Pekerja penentu masa depan Negara,
Itu tidak dapat dinafikan mana-mana Negara;
Rakyat dibela diperjuangkan demi Negara,
Pekerja merealisasi tranformasi Negara


P/S: Ya Allah sihatkan kami, kuatkan kami untuk meraikan hari raya pada tahun ini, aamiinn.. 
Tags

Post a Comment

14Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Selamat Hari Pekerja SIS LIN heheheheh....

    ReplyDelete
  2. Kita pekerja jugak cuma tak makan gaji je hehe. Selamat Hari Pekerja Sislin & Kak Ret.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Karni, surirumah pun bekerja gak kan....

      Delete
  3. Selagi hidup, kita memang bekerja.. dalam badan ni pun bekerja... tibber... Apa pun, selamat membuat kerja sambil bercuti sis Lin... hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yee Nonnn.. selamat hari pekerja Nonnnn

      Delete
  4. Panjang ucapan selamat hari pekerjanya tu. Apapun, tanpa surirumah juga tunggak kejayaan seorang pekerja yang bergelar suami. Tahniah, Sis Lin!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk Kak Seri juga.. selamat hari pekerja dan selamat bekerja Kak...

      Delete
  5. Cuti panjang minggu ni..itu yang masing² sibuk ni. Kita pun dah lupa hari dah hikhik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe biasa yang bekerja memang akan lupa hari hehehe

      Delete
  6. Selamat bercuti..Itulah tu, tak cuti sebab sibuk buat persiapan raya pulak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuti seminggu pun rasa tak cukupkan Fizah... hehehehe

      Delete
  7. Selamat Hari Pekerja semua. Tambah pula dapat cuti lebih hehe

    Follow here #1842

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!