SUPERCUBE BERKONGSI REZEKI RAMADAN, BERBUKA PUASA RAIKAN ANAK YATIM DAN ASNAF

Sis Lin
20
SUPERCUBE BERKONGSI REZEKI RAMADAN, BERBUKA PUASA RAIKAN ANAK YATIM DAN ASNAF | SABTU 23 April lepas, Supercube berkongsi rezeki ramadan dengan menceriakan dan meraikan golongan anak yatim dan asnaf di majlis berbuka puasa termasuk memberikan sumbangan berbentuk duit raya kepada mereka. 

Program berbuka puasa bersama asnaf dan anak-anak yatim ini adalah julung kali diadakan oleh Supercube bersama para ejen mereka. Menurut kata pengasasnya, Puan Hayfa Amira Ahmad Kamal, beliau rasa bangga dan bersyukur mempunyai ajen-ajen yang sangat prihatin akan nasib golongan asnaf dan anak-anak yatim. 

Setelah lama meyimpan niat untuk berkongsi rezeki, akhirnya tahun ini Supercube berkesempatan untuk mengadakan majlis berbuka puasa bersama golongan asnaf dan anak-anak yatim ini.

Supercube Berkongsi Ramadan, Berbuka Puasa Raikan Anak Yatim Dan Asnaf

Supercube Berkongsi Ramadan, Berbuka Puasa Raikan Anak Yatim Dan Asnaf

Supercube Berkongsi Ramadan, Berbuka Puasa Raikan Anak Yatim Dan Asnaf

Supercube Berkongsi Ramadan, Berbuka Puasa Raikan Anak Yatim Dan Asnaf

Pada majlis itu, Puan Hayfa juga menjelaskan, Supercube adalah satu platform yang memberi peluang kepada orang ramai menjadi usahawan untuk bagaimana cara mendidik dan membina perniagaan, dan Supercube juga akan memberi tunjuk ajar juga menunjuk jalan kepada usahawan cara-cara yang boleh kita berkongsi kembali kepada masyarakat. Makanya majlis ini diadakan bertujuan memberi peluang kepada usahawan Supercube untuk sama-sama berkongsi rezeki. 

Kiranya kali ini Supercube ingin berkongsi rezeki bersama golongan yang betul-betul memerlukan. Oleh itu dengan peluang yang ada ini, Supercube menganjurkan majlis ini untuk memberi peluang kepada usahawan-usahawan Supercube memberi semula kepada masyarakat dengan menaja majlis iftar dan memberi duit raya.

Supercube Berkongsi Ramadan, Berbuka Puasa Raikan Anak Yatim Dan Asnaf

Supercube Berkongsi Ramadan, Berbuka Puasa Raikan Anak Yatim Dan Asnaf

Apa yang Puan Hafya banggakan, sifat kesungguhan mereka berpakat dan muafakat sesama agen-agen dan leader mereka sesama sendiri untuk merealisasikan Majlis Tajaan Iftar Anak Yatim dan Asnaf Bersama Supercube di Grand Oasis Hall, Sri Kembangan, Selangor ini, yang boleh dikatakan lebih RM10,000 tajaan iftar dan duit raya yang diberikan untuk majlis ini. 

Setelah dua kali Ramadan masyarakat berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disebabkan pandemik COVID-19. akhirnya majlis ini dapat di laksanakan dengan jayanya. Manakala Ketua Pegawai Eksekutif Supercube, Aizuddin Alif Yusof berkata, tujuan majlis ini juga adalah untuk memperkenalkan lagi produk Supercube ini kepada masyarakat terutamanya mereka yang ingin menjana pendapatan.

Supercube Berkongsi Ramadan, Berbuka Puasa Raikan Anak Yatim Dan Asnaf

Supercube Berkongsi Ramadan, Berbuka Puasa Raikan Anak Yatim Dan Asnaf

Supercube Berkongsi Ramadan, Berbuka Puasa Raikan Anak Yatim Dan Asnaf

Majlis iftar ini di raikan lebih dari 200 orang anak yatim bersama 11 orang guru-guru pengiring dari 4 buah rumah anak yatim. Antara yang hadir ; 

Rumah Ank Yatim Baitul Ulfah = Seramai 40 orang - 2 Guru
(Umur dari 13 tahun ke 17 tahun)
014-515 1866 (Ustaz abu)

Rumah Amal Limpahan Kasih = 88 orang - 5 Guru
(Umur 13 tahun ke 17 tahun)
018-310 3127 (Ustazah hajar)

Rumah Kebajikan dan Bimbingan At-Taqwa = 50 orang - 2 Guru
(Umur 8 tahun ke 14 tahun)
013-271 4595 (Puan Yati)

Rumah Pertubuhan Kebajikan Islam Peribadi Mulia = 22 org - 2 Guru 
(Umur 8 tahun - 14 tahun)
010- 824 8421 (Ustaz Udin)

Supercube Berkongsi Ramadan, Berbuka Puasa Raikan Anak Yatim Dan Asnaf

Supercube Berkongsi Ramadan, Berbuka Puasa Raikan Anak Yatim Dan Asnaf

Supercube Berkongsi Ramadan, Berbuka Puasa Raikan Anak Yatim Dan Asnaf

SUPERCUBE yang mempunyai lebih 26000 ejen ini berkonsepkan perniagaan yang dijalankan tanpa modal.  Tahun ini mereka target untuk mencari lebih 20000 usahawan lagi. Dalam setahun lebih ini, produk Supercube ini sudah terbukti keberkesanannya dan disebabkan itu Supercube boleh membangun dengan pantas. 

“Jadi kita perlukan ejen yang lebih ramai untuk berkongsi manfaat ini. Malaysia ni besar termasuk di luar bandar, masih banyak ruang untuk kita sebarkan manfaatnya. Apa yang istimewa, bersama Supercube adalah berniaga tanpa modal. Semua tanpa modal tapi ada tahap-tahapnya. Ia mengikut kemampuan Jualan kita, kata Puan Hafya. 

“Setakat ini kami sudah lahirkan 15 jutawan. Sehingga sekarang pun mereka berniaga  tanpa modal. Ada yang sepenuh masa dan separuh masa. Kami punya cara, ejen tak perlu pegang stok. Jadi orang yang bekerja tak ada masalah untuk berniaga. Ini kerana, sistem kami ringkas sahaja, Asalkan ada telefon dan boleh hantar order. Hal-hal berkaitan penghantaran kami uruskan,” jelasnya lagi.

Selain mempunyai tujuh jenis produk, Hayfa juga sentiasa memperkenalkan produk baharu agar masyarakat berpeluang menjana pendapatan.

Supercube Berkongsi Ramadan, Berbuka Puasa Raikan Anak Yatim Dan Asnaf

Supercube Berkongsi Ramadan, Berbuka Puasa Raikan Anak Yatim Dan Asnaf

“Apabila nak bagi peluang orang berniaga, kita kena ada banyak variasi produk kerana tak semua orang boleh jual satu-satu produk. Ini bergantung kepada siapa kawan-kawan atau orang di sekelilingnya. Ada orang lebih senang jual air. Mungkin ada yang sekeliling mereka lebih suka produk jenis makanan. Apa-apa pun kami tak boleh nak keluarkan produk sesuka hati saja. Sudah tentu kami akan jalankan research and development (R&D) kerana mahukan kualiti. Bila produk berkualiti dan berkesan, barulah ramai repeat order. Ejen pun happy. Tak adalah rasa penat nak cari pelanggan baharu saja,” ujarnya lagi.

Supercube juga masih menunjukkan prestasi yang baik meskipun negara melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama hampir dua tahun disebabkan pandemik COVID-19.

“Produk Supercube dilancarkan pada Disember 2020. Sebenarnya setahun sebelum itu saya dah jual secara kecil-kecilan. Apabila ada permintaan ramai, saja buat packaging yang lebih cantik. Selepas itu, sistem yang kami gunakan pun lebih proper. Mengikut data, hasil jualan adalah hampir RM 2,000,000 untuk sebulan, sambung Puan Hayfa. 

"Sebenarnya target kami adalah RM4,000,000 sebulan di mana kami berjaya capai nilai ini pada tahun 2021. Cuma tak dapat kekalkan momentum kerana cabaran kilang tak dapat penuhi permintaan di kala pandemik COVID-19. Kini insya-Allah keadaan sudah kembali normal, kami bersedia dan mampu untuk pergi lebih jauh, jelasnya lagi. 

“Mengikut data tahun 2021 juga, jualan kami adalah RM 20.5 juta setahun. 60 peratus daripada Kuala Lumpur dan Selangor sahaja. Kami harap masyarakat di luar dua lokasi ini tidak melepaskan peluang yang bermanfaat ini, - Pengasasnya, Hayfa Amira Ahmad Kamal,35 ..

Supercube Berkongsi Ramadan, Berbuka Puasa Raikan Anak Yatim Dan Asnaf

Antara produk yang dikeluarkan oleh Supercube adalah Supercube Molasses Drink, Soothe Mist, Superbytes dan banyak lagi. Dan untuk pengetahuan semua, Hq Supercube tidak menjual produk ini secara terus kepada korang. Untuk membeli produk ini, korang boleh hubungi ejen-ejen Supercube di seluruh Malaysia. 

Minuman Supercube ini sangat membantu untuk tingkat imunanisasi dalam badan kita justeru membantu meningkat tenaga dalaman badan. Supercube membantu korang untuk lebih tenang & bertenaga. Senang untuk dihidang, sedap dan banyak terdapat kebaikan untuk korang. Korang dah cuba?.. 


P/S: Alhamdulilah, moga dimurahkan rezekinya... aamiinn.. 

إرسال تعليق

20تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. A very nice event organized by Supercube, also congrats of its good achievement since starting till now. Cheers Siennylovesdrawing

    ردحذف
  2. alhamdulillah..semoga lebih banyak program macam ni pada masa akan datang..

    ردحذف
  3. This is a good charity by supercube. I'm glad they are doing this. Thank you for sharing this lovely story, Sis Lin <3

    ردحذف
    الردود
    1. Yaa Fadima, harap one day lagi ramai yang buat infaq begini..

      حذف
  4. Alhamdulilah. Harapnya makin banyak syarikat/ badan yang akan menaja/ give-back kepada komuniti kita agar dapat bersama membangun.

    ردحذف
    الردود
    1. Kann Rawlins, makin ramai sedar di mana ramai di luar sana memerlukan bantuan dan kasih sayang kita..

      حذف
  5. bagus anjuran prog seperti ini.. prog csr yang dapat mengimarahkan lagi bulan ramadhan

    ردحذف
    الردود
    1. Benar Ayu, moga ianya menceriakan adik-adik tu semua..

      حذف
  6. usaha yang harus di puji untuk supercube..moga ada lebih banyak program sebegini diadakan

    ردحذف
  7. I do drink tea Supercube b4. It's good product. I am happy to see them to support anak yatim and others and invite to eat Ramadan. Nice deco

    ردحذف
    الردود
    1. Yaaa Selina, moga ianya memberi sedikit kegembiraan buat anak-anak kan...

      حذف
  8. Bagus nyer initiative macam ni, semoga terus membantu golongan yang kurang mampu

    ردحذف
    الردود
    1. Kann Kelly, masih berkongsi rezeki dengan yang kurang upaya..

      حذف
  9. Gotta congratulate for organizing such an amazing event for the underprivileged people.

    ردحذف
  10. What a beautiful initiative to help those people and communities in need during Raya!

    ردحذف
    الردود
    1. Moga ianya akan menjadi contoh terbaik buat mereka yang lain...

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!