APA ITU BADAL HAJI ATAU UPAH HAJI?

Sis Lin
16
APA ITU BADAL HAJI ATAU UPAH HAJI? | TAK LAMA lagi akan bermulalah musim haji, dan kalau mengikut kalendar tersedia, Hari Raya Haji akan jatuh pada 10 Julai 2022 yakni bersamaan dengan 10 Zulhijjah 1443H (tidak rasmi), bagaimanapun, kita tunggu pengumuman rasminya nanti, kang ada sekali lagi kita raya terkejut kan hahahaha.. 

Dan baru-baru ni juga, pihak Tabung Haji telah menetapkan syarat umur 65 tahun kebawah sahaja yang layak menunaikan fardhu haji pada musim haji bermula tahun ini. Sebagai umat Islam, kita diwajibkan menunaikan haji sekurang-kurangnya sekali dalam hidup kerana ia merupakan rukun Islam yang kelima. Tapi ia bergantung kepada kemampuan masing-masing. 

Yang penting, korang daftar dulu sebagai 'bakal jemaah haji' di Tabung Haji. Tak silap dululah Sis daftar hanya RM1300 sahaja, now Sis tak tau la, samaada masih sama atau tidak. Untuk pendaftaran kouta haji Sis pun, Sis dapat tahun 2045 ko hahahaha.. entah panjang umur ke tidak. Jika ada rezeki, inshaallah..

Itu bagi yang berkemampuan untuk tunaikan sendiri hajinya.. macam mana pula jika ada ahli keluarga kita yang sudah tiada atau diri kita sendiri yang tidak berkemampuan untuk melaksanakan haji?.. 

Apa Itu Badal Haji Atau Upah Haji?
Gambar sumber admin sendiri

Apa Itu Upah Haji atau Badal Haji?

Ibadah Badal Haji adalah bermaksud upah haji yang dibenarkan oleh Islam bagi mereka yang telah uzur atau telah meninggal dunia. Badal Haji adalah kaedah yang digunakan oleh pihak tertentu untuk menggantikan seseorang individu melaksanakan ibadah haji disebabkan oleh keuzuran ataupun kematian yang menghalang mereka daripada melaksanakan ibadah tersebut.

Barangsiapa yang mengerjakan ibadah haji bagi kedua ibu bapanya selepas mereka meninggal dunia, maka Allah akan melepaskan dia dari neraka dan kedua ibu bapanya akan memperoleh pahala satu haji yang sempurna tanpa dikurangkan pahala dari keduanya sedikitpun”. (Riwayat Imam al-Baihaqi & Ibni ‘Asakir)

Jika seseorang itu belum mengerjakan ibadat haji ketika hidup sedangkan ia mampu, maka wajib bagi warisnya mengerjakan badal haji untuknya dari harta pusakanya. Jika dia belum mengerjakan ibadat haji kerana tidak mampu, maka adalah sunat bagi warisnya mengerjakan badal haji untuknya dari harta pusakanya, atau dari harta si waris itu sendiri.

Hukum Pelaksanaan Badal Haji

Hukumnya diharuskan oleh Syarak menurut jumhur fuqaha berdasarkan hadith daripada Nabi ï·º:

Daripada Ibnu Abbas RA, beliau berkata yang bermaksud:

“Seorang perempuan dari puak Khath’am telah datang menemui Rasulullah SAW dan bertanya: Wahai Rasulullah, sesungguhnya Allah SWT telah memfardhukan ibadah haji ke atas hamba-hamba-Nya ketika bapaku telah lanjut usia dan tidak lagi mampu untuk bermusafir (menunaikan haji). Adakah aku wajib menqadhakan ibadah tersebut bagi pihaknya? Rasulullah SAW menjawab: Ya”. (Riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Pelaksanaan Dan Syarat Badal Haji

Untuk melaksanakan badal haji, terdapat beberapa syarat badal Haji yang perlu dipatuhi oleh pihak yang ingin mengupah (waris) dan pelaksana badal haji itu sendiri.

Pertama: Al-Ihjaj

Antara sebab/ perkara yang membolehkan Badal Haji dilaksanakan oleh wakil/pihak tertentu berdasarkan syarak, adalah:
  • Meninggal dunia
  • Keuzuran (faktor usia, kecacatan fizikal, etc)

Kedua: Pelaksana Badal Haji

Terdapat syarat badal Haji yang perlu dipatuhi oleh pelaksana badal haji sebelum menerima upah tersebut, iaitu:
  • Pelaksana badal telahpun/ pernah menunaikan ibadah haji untuk diri sendiri. Sekiranya pelaksana badal tersebut belum pernah mengerjakan haji, maka ibadah tersebut dianggap dilakukan untuk dirinya sendiri tanpa mewakili orang yang diupah.

Ketetapan syarat pelaksana badal haji ini adalah berdasarkan kepada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud dan Ibnu Majah yang bermaksud:

“Nabi Muhammad SAW telah mendengar seorang lelaki berkata: Ya Rasulullah, bolehkan aku menunaikan ibadah haji bagi Syubrumah? Rasulullah SAW bertanya: Siapakah Syubrumah? Lelaki itu menjawab: Dia adalah saudaraku atau salah seorang daripada kaum kerabatku. Rasulullah SAW bertanya lagi: Adakah kamu pernah menunaikan haji? Lelaki itu menjawab: Tidak. Maka Rasulullah SAW bersabda: Tunaikanlah haji bagi dirimu terlebih dahulu, kemudian barulah kamu tunaikan haji bagi Syubrumah”.

 Apa Itu Badal Haji Atau Upah Haji?

Ketiga: Syarat Sah Badal Haji

1. Mendapatkan keizinan daripada individu yang tidak mampu melaksanakan ibadah haji (jika masih hidup).
2. Kos perbelanjaan ataupun upah badal haji terbahagi kepada dua iaitu:
  • Sekiranya individu tersebut masih hidup, kos perbelanjaan badal haji tersebut diambil daripada hartanya;
  • Sekiranya telah meninggal dunia, kos upah tersebut boleh diambil daripada harta peninggalan arwah.

Akan tetapi, sekiranya individu ataupun si mati tidak mempunyai sebarang harta, maka waris individu atau si mati boleh melakukan badal haji berdasarkan panduan yang diberikan oleh Imam An-Nawawi dalam kitab karangan beliau, Raudhatul Talibin iaitu:
  • Anak-anak, cucu-cucu ataupun mereka yang tidak mempunyai hubungan kekeluargaan boleh memberi bantuan kewangan dalam bentuk upah menunaikan badal haji.
  • Anak-anak, cucu-cucu ataupun mereka yang tidak mempunyai hubungan kekeluargaan boleh menunaikan sendiri badal haji tersebut dengan syarat:
  • Pernah menunaikan haji
  • Ditunaikan oleh mereka yang boleh dipercayai mengikut hukum syarak
  • Tidak ada halangan untuk melaksanakan ibadah haji.

3. Berniat menunaikan haji bagi si mati ataupun individu yang tidak mampu melaksanakan ibadah tersebut.
4. Badal haji perlu dilakukan oleh penerima upah itu sendiri (akad Ijarah ‘Ainiyyah). Walau bagaimanapun, jika penerima upah tersebut mempunyai halangan untuk melaksanakan ibadah tersebut, maka dia boleh mewakilkan badal haji tersebut kepada individu lain dengan syarat:
  • Mendapat keizinan pengupah; ATAU
  • Pengupah melafazkan akad secara umum.

5. Pelaksana badal haji perlu bermiqat dari miqat pihak yang diwakilkan ataupun si mati.
6. Hanya satu upah badal haji sahaja yang boleh diterima oleh pelaksana badal haji bagi setiap musim / 7. Pelaksana badal haji hanya boleh menerima satu upah badal sahaja untuk setiap musim haji.
8. Pelaksana badal haji tidak boleh melakukan sebarang perbuatan yang boleh membatalkan ibadah haji tersebut seperti bersetubuh sebelum tahalul pertama. Sekiranya ibadah tersebut terbatal, maka pelaksana badal perlu menqadhakan ibadah haji tersebut.
9. Mengerjakan badal umrah setelah selesai badal haji dalam musim yang sama.

Keempat: Akad (Ijab dan Qabul)

Ijab dan qabul ini dilakukan sebagai salah satu persetujuan di antara bakal pelaksana dengan pihak yang diwakilkan dan merupakan salah satu syarat badal haji yang wajib dipatuhi.

Waris si mati atau pihak yang mewakilkan:
“Aku mewakilkan engkau untuk mengerjakan fardhu haji bagi diriku/ ibuku /bapaku/ anakku pada tahun ini kerana Allah Taala”.

Pelaksana badal haji:
“Aku terima wakil untuk mengerjakan fardhu haji bagi dirimu/ ibumu /bapamu/ anakmu pada tahun ini kerana Allah Taala”.

Pelaksana juga boleh menjawab akad tersebut dengan ucapan “Aku terima” sahaja.

Untuk kepercayaan perkhidmatan/servis upah haji tanpa was-was ni, korang boleh  /mendapatkan/menggunakan servis upah haji dengan Zaytouna ni. Baca dari feedback keluarga atau jemaah yang sudah melaksanakan upah haji bersama Zaytouna, semuanya beri respon baik dan servis upah haji yang sangat terbaik dengan harga yang di berikan. 

Keistimewaan Perkhidmatan Upah Haji Zaytouna, mereka menyediakan pelbagai jenis hadiah dan khidmat sokongan buat pelanggan sepanjang tempoh Upah Haji dijalankan,baik sebelum, semasa dan selepas proses Upah Haji dijalankan. Sesuai dengan pilihan pakej yang ditawarkan, semestinya memudahkan waris dalam mengetahui setiap rukun Upah Haji yang dilaksanakan adalah sempurna oleh setiap wakil mereka di Mekah. 

Antara perkhidmatan dan hadiah yang di sediakan; 
  • Tempahan Mudah : Melalui Sistem Tempahan Atas Talian yang Terkini
  • Percuma Khidmat Nasihat Hukum Hakam Upah Haji 
  • Percuma Sijil Pengesahan Pelaksanaan Upah Haji 2023/1444H
  • Percuma Servis Penghantaran Sijil dan Cenderahati Upah Haji
  • Percuma Upah Badal Umrah
  • Percuma Korban di Mekah
  • Percuma Waqaf Al-Quran
  • Percuma Air Zam-Zam 5 Liter

Zaytouna juga menawarkan proses bayaran secara ansuran bagi memudahkan bagi mereka yang memasang niat untuk membuat badal haji tapi wang tidak mencukupi untuk bayar sekaligus. Tiada caj tersembunyi dan tiada mengunakan khidmat 'orang tengah', semua di laksanakan oleh pihak Zaytouna

Hikmah Badal Haji Kepada Umat Islam

Dalam setiap ibadah yang dilakukan pastinya Allah datangkan bersamanya hikmah, begitu juga dengan badal haji. Di antara salah satu hikmah yang dapat kita ambil dari pelaksanaan badal haji ini adalah Allah masih memberi peluang kepada anak-anak untuk berbakti kepada orang tua mereka dengan menyempurnakan ibadah haji yang tidak sempat dilaksanakan ketika masih hidup di dunia. Oleh yang demikian, terimalah tanggungjawab ini dengan berlapang dada.

Moga bermanfaat buat semua..


P/S: Ada rezeki nak buat badal haji buat arwah Emak pula... inshaaallah... 

Post a Comment

16Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Semoga dimakbulkan hasrat Sislin buat badal haji untuk arwah mak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiinn... moga termakbulah doa-doa kita...

      Delete
  2. Teringin juga untuk menunaikannya. Doakan agar dibenarkan untuk ke sana dan agar semua dapat menunaikannya, insyaAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika berkemampuan, memang kena tunaikan Rawlins, kita niat dan berdoa bebanyak ya...

      Delete
  3. Syukur alhamdulillah, umat Islam dah boley menunaikan ibadah haji semula. Dah ramai yang ternanti2 kan. Doa yg terbaik utk semua. Aaamiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah, syukur Fadima.. Sis pun pergi haritu dah penuh jemaah di Haramain...

      Delete
  4. Teringin sangat nak pergi Kota Mekah sebenarnya. Moga satu hari dapat ke sana. At least first buat umrah dulu. Semoga kita dapat menunaikan haji kelak. thanks sharing sis =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inshaallah niat pun dah dapat, moga satu hari akan ada rezeki untuk Farah ...

      Delete
  5. tahu juga pasal ni.. sebab pernah buatkan untuk arwah atok satu masa dulu

    ReplyDelete
  6. Bagus ada info sebegini. Sebaiknya dapatkan daripada pembadal yang betul2. Ada kes yang seorang buat badal untuk puluh2 nama. Itu dah jadi bedal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyerr Kid, pengalaman kawan Sis, dah pernah kena bedal huhuhu

      Delete
  7. Ada sedara haritu buatkan untuk arwah mak dia, masa tu baru tahu pasal upah haji ni.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!