MENANGIS AKU TENGOK MAT KILAU

MENANGIS AKU TENGOK MAT KILAU | MULANYA kan, macam agak pelik, kenapa orang duk kata, 'bawa tisu lebih nanti', hurmm dalam hati, filem sedih ke apa ni? Bukan ke filem Melayu yang bersilat-silat, Sis dah terbayangkan ala-ala cerita Hang Tuah gitu.. tapi takpela, memang rata-rata orang tengok pun semua pun menangis katanya. 

Sis ni jenis, paling tak suka nak kondem atau komen dulu sebelum diri sendiri pergi tengok sendiri. Duk kecam-kecam sana sini pun takde guna, kalau sendiri tak pergi tengok. Just baca je review orang mana aci kan.. taste orang tak sama dengan kita, sama macam makan juga. So nekad, beli tiket, pergi tengok sendiri.

Punyalah nak amik masa nak pergi tengoknya. Salah satunya, menunggu hari 'keuzuran'..senang, takyah fikir nak kejar solat.. tapi yang geramnya, time tak uzur, seat Geethe tu kemain kosong, sekali time nak pi tengok, ehhhh boleh pulak full semua, ermmm.. nak taknak, malas dah nak nunggu, terus beli je laa seat biasa RM22 di TGV Bukit Indah sana. 

Menangis Aku Tengok Mat Kilau

Sis ajak ex-jiran, Midah dan Wana pi tengok sekali, ramai yang tak boleh nak pergi kalau dah malam sangat. Ye laa, kalau tunggu lepas Maghrib, jam berapa pulak nak balik kan.. so kami bertiga yang keuzuran ni, kami pergilah time panggung 6.15pm, so bila dah habis wayangnya, takde la malam sangat.. 

Masa sampai tu, agak ramai juga menunggu, tapi tak tau laa mereka semua nak masuk hall Mat Kilau ke tak, sebab banyak filem yang tengah di tayangkan masa tu termasuk Minions hahahaha.. sebab ramai betul budak-budak jee kat situ.. tapi bila nampak ada Pakcik Makcik yang tua duk menunggu, okay, tu Sis pasti, mesti anaknya bawa tengok Mat Kilau.. 

Menangis Aku Tengok Mat Kilau

Masuk dalam panggung awal, nak seru semangat kepahlawan dulu kononnya.. tapi jantung tu entah kenapa, datang berdebor pulak time tu, cerita belum mula, tapi dia punya debor tu lain macam. 

Bila wayang dah mula, maka.... dari mula ceritanya mata dah berkaca, automatik airmata mengalir, tak tau laa apa yang buatkan hati ni tersentuh.. kenapa kejam dan zalim sekali Melayu diperlakukan begitu.. mengucap-mengucap nengok ceritanya laaaa.. 

Bila dah masuk part bersilat, berdebat, bermusuh, ber ber ber semua... haaaa mulalah, kaki ni rasa gentar seakan nak bangun bersilat sekali hahahahaha.. aduhhhhh patutlah siapa yang menonton, boleh terangkat kaki sampai berdiri yaaa dek kerana langkah silat mereka. Ye ye betul.. sebab Sis pun rasa yang sama hahahaha..

Tapi.... bila part sekali lagi Melayu di pijak, di seksa, di tikam, di tembak hingga tergadai nyawa anak bini... Allahuakbar... masa tu menangis kami sampai tersedu, terdiam terkaku sekejap dalam panggung tu... masing-masing dah tak toleh kiri kanan dah, tak rasa malu dah orang kata ngembeng ke apa ke, dah memang sedih laaaaa...bangsat betulll British ni... 

Patutlah filem ini boleh raih berjuta-juta kutipan.. dari awal hingga ke akhir, memang penonton puashati menonton. Sis nak tulis bab sejarahnya Mat Kilau pun, semua pun dah banyak membaca dan tau, so ini ajalah yang boleh Sis tulis review selepas Sis menonton Mat Kilau.. memang menangis aku tengok Mat Kilau huhuhu.. 

Menangis Aku Tengok Mat Kilau

Keluar panggung, memasing lapar.. fikir punya fikir, last-last pakat, jomlah pekena Teppanyaki di Mana Cafe Puteri Harbour tu.. lama tak ke sana. Orang memanglah ramai, tapi nak makan cepat, orderlah menu Teppanyaki mereka... sedap pun sedap, dan makannya pun panas-panas. 

Alhamdulilah.. lepas makan, hantar Midah dan Wana, terus Sis balik Pasir Gudang. Jalan pun lenggang, tak jem dan Allah permudahkan semuanya. Terima kasih buat Suami yang beri keizinan untuk Sis keluar menonton bersama kengkawan.. 

Rasa macam nak pi nengok sekali lagi dan lagi.. walau memang kata puashati, tapi tak tau laa, filemnya buat Sis nak pergi tengok lagi.. memanggil gituuu... korang amacam? dah tengok ke? Kalau dah, apa kata korang?.. 

“Orang Melayu mulia bukan kerana adat, kesultanan atau budaya. Tapi mulia kerana akidah dan keimanan kepada Allah.” – Mat Kilau.


P/S: Paling penting, filem Mat Kilau ni banyak mengajar kita erti persabahatan dan sebesar apa pun ujian dan halangan... kita ada ALLAH ...

28 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Sis, kalau Getha seat tu, dapat selimut boleh bawak balik kan? Bestnya nak tengok lah yang seat ada baring, leh makan2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha tak habis-habis ekk dengan Geetha dia hahahahah...

      Delete
  2. Saya nangis part isteri Wahid kena tikam kat perut. Orang duduk sebelah saya sampai tersedu2 nangis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Part tu memang sedih Karni.. tapi Sis dr awal British buat kejam tu dah menangis huhuhu

      Delete
  3. Sy x nangis sebab terbaca spoiler ritu.. cuma bergenang dan masuk semula air mata tu 😂 perasaan sama mcm tgk cite Embun tuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eee engko Nonn... yang ko pi tengok buat apa hahahaha

      Delete
  4. Belum sempat tengok lagi aduii tak puas hati selagi tak tengok movie ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa Faizzah, selagi tak dapat tengok sendiri, memang gerammmm

      Delete
  5. Saya belum tengok lagi. Tapi agak terkilan bila ramai ja spread filem ni dekat WhatsApp

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau takpe.. Sis scroll sapa yang update ke apa ke berkaitan dengan Mat Kilau ni.. memang nak tengok sendiri dulu...sinopsis pun Sis tak baca..

      Delete
  6. Semakin bersemangat nak tengok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa PC, tonton sendiri baru tau laa apa ceritanya nak di sampaikan..

      Delete
  7. Replies
    1. Kann memang tersentuh... dah tengok ke belum Raz?

      Delete
  8. eh mahal gak tiket tgv kat sana eh? heheh.. btw ako pun x nangis sbb ako spoiler bingit dgr bunyi pedang besi berlaga2 tu.. terus mood mcm ermmm pastu ako dok terbyg tgk citer tamil part berlawan tu hahaha....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyerr tu aku rasa murah la kot hahaha, lain seat lebih dari harga tu, konon berangan nak duduk seat Geetha, full manjang ko... hahahaha

      Delete
  9. Ada juga yang cakap filem Mat Kilau ni tak berapa nak faham. Berat tapi bagi saya ikut la citarasa masing2 kan. Rasa bangga juga pahlawan zaman kita belajar sejarah dulu tu dibawa ke filem.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa sama Sis, tgk MK tu tak fikir sejarahnya, tapi fokus pada apa yang nak di sampaikan jerr

      Delete
  10. wah betul2 sampai ke hati ya sis. hehe.. tapi cerita ni mmg best.. kita pun suka tonton hr tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa Ayu, dr awal duk nangis sampai ke sudah huhuhu

      Delete
  11. dah lama plan nak tengok filem mat kilau ni.. tengok review memang best citer ni... tunggu masa je nak pergi tengok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergilah sebagai tanda sokongan kita kepada filem tempatan melayu kita Tuan...

      Delete
  12. Macam-macam komen dan pandangan dengar pasal filem ni tapi masih belum berkesempatan nak tonton lagi.. darah melayu tu makin berkemuncak lak bila dengar ceritta dari kawan2 yg dah tonton filem ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann Maha, samalah macam Sis, nak pergi takde geng, sekali dapat geng, menangis sama dalam panggung huhuhu

      Delete
  13. mat kilau memang best dan terbaik. Lagi best tengok di panggung wayang ni. Terbaik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa benar.. lain kalau tengok Netflix nanti.. feel tu dah kurang...

      Delete
  14. Mixed feeling kan kak Lin bila tengok filem Mat Kilau ni... memang sarat dan padu dengan pengajaran... Serious, Nell pun mengalir air mata especially part..... tak boleh la tengok perempuan dibuli, dipukul lagi2 mak2 mengandung ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa Nell, tengok dengan jiwa jalan penceritaan, kalau dengan sejarah takut kita banding-bandingkan dengan yang sebenar...

      Delete

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment