BUNUH DIRI ITU DOSA BESAR!

BUNUH DIRI ITU DOSA BESAR! | TINDAKAN membunuh diri dalam kalangan umat Islam sangat dilarang dan sama-sama sekali individu terbabit tidak dijamin syurga oleh Allah SWT.
Ini kerana perbuatan tersebut adalah dosa besar yang dilarang oleh syarak dan Allah SWT melarang hambaNya membunuh diri.

Sejak-sejak ni, kita dikejutkan dengan pelbagai insiden sama ada dalam atau luar Negara yang terkadang-kadang membabitkan harta benda dan nyawa. Antara yang berlaku di Negara kita seperti membunuh diri dengan berjustifikasikan seperti menghadapi kemelut dan tekanan hidup. Dan ada juga yang tanpa rasa berdosa dan takut meninggalkan nota pesanan atau update di laman sosial, menyatakan mahu membunuh diri. 

Kita sebagai pembaca, atau sebagai kawan kepada sesaorang yang seperti ini perlu siasat dengan lebih terperinci dari semua aspek, sama ada peribadi seseorang, gaya kehidupan, ekonomi, sosio budaya, faktor keluarga, dan pelbagai bentuk yang lain. Ini kerana semua itu boleh yebabkan punca-punca sesaorang boleh menyumbangkan ke arah stress yang melampau.

Tapi tidak semua yang berani ke depan bertanya dan membantu, walau kawan rapat sekalipun, sebab.. ada ketikanya nasihat sudah di beri, pujukan pun sudah di kasi, tapi tiada tindak balas yang positif dari pihak yang berkenaan, makanya.. apa yang kita boleh buat? Doakan kebaikan buatnya. Cuma perlu di ingat, bunuh diri itu dosa besar dan tidak terjamin masuk syurga.

Bunuh Diri Itu Berdosa Besar!

Mengikut Kamus Dewan Bahawa Bunuh Diri ialah mengambil nyawa sendiri dengan sengaja.

Untuk itu banyak cara yang dilakukan oleh orang ingin membunuh diri sendiri seperti menembak diri sendiri, terjun daripada tempat yang tinggi, menggantungkan diri sendiri, meminum racun dan pelbagai bentuk lagi. Semoga Allah selamatkan kita daripada bercita-cita untuk membunuh diri sebaliknya Allah memberi kekuatan kepada kita untuk meneruskan sisa-sisa kehidupan agar kita dipahalakan dalam mizan hasanah kita pada hari akhirat kelak. Amiin.

Faktor Yang Membawa Kepada Bunuh Diri

Isu bunuh diri bukan hanya berlaku di Negara yang mundur atau membangun tetapi di Negara yang hebat juga berlaku. Di negara maju seperti Amerika Syarikat (AS), gejala bunuh diri adalah punca kematian yang ketiga tertinggi dalam kalangan remaja. Ia dijangka meningkat jika tidak dibendung awal.

Negara seperti Jepun turut mengalami fenomena ini terutama kalangan remaja mereka. Malah, tidak mustahil akan berlaku di Malaysia dan sudah pun ada tetapi masih kecil bilangannya. Di Negara yang mundur pula bunuh diri biasannya disebabkan tekanan hidup kerana merasakan tiada lagi harapan untuk hidup dengan baik dan membawa kepada putus asa.

Adakah amalan agama yang cetek yang mendorong orang Islam terjebak dalam gejala bunuh diri ini?

Kebanyakan masyarakat daripada budaya dan agama mana pun suka kepada kehidupan mereka, rasa gembira sepanjang masa dan gemar membina jaringan sosial. Mereka mempunyai fikiran positif mengenai perkembangan dan masa depan. Dalam kepantasan perubahan ini sesetengahnya dapat menyesuaikan diri dan mengalami suasana yang menggembira dan menyeronokkan.

Namun, ada yang tidak berkongsi keseronokan proses kehidupan dan berhadapan dengan penuh ketegangan, kesunyian dan kesedihan.

Bunuh Diri Itu Berdosa Besar!

Antara penyebab dan penyumbang kepada ingin membunuh diri ialah:

  • Mereka datang daripada keluarga yang porak peranda, mempunyai masalah kemiskinan, tempat tinggal yang kurang memuaskan dan juga kelemahan personaliti kendiri.
  • Mereka juga mengalami pengalaman dalam putus percintaan. Dalam kesedihan yang melampau ini, sangat perlukan kekuatan dan kemahiran menangani merupakan salah satu keperluan dalaman.
  • Akibat keluarga yang amat banyak masalah sehingga kehidupan tidak tenteram dan masng-masing tidak bertanggungjawab sama ada ibu bapa dan adik beradik.
  • Sebahagian ibu bapa tidak mempunyai skil kemahiran keibubapaan, komunikasi, akhlak dan adab Islami yang baik. Hubungan keluarga yang bercirikan kemarahan, sindir-menyindir, kata-mengata, tidak stabil emosi dan ketidakterimaan juga boleh menyebabkan perangai danm akhlak mereka akan rosak.
  • Pencapaian akademik dan keputusan yang baik serta kegagalan dalam mencapai keputusan yang diharapkan boleh membawa tekanan kepada pelajar sehingga membunuh diri terutamanya jika stress yang melampau.
  • Akibat ketakutan seperti kepada along atau seseorang yang mengancam juga menyumbang ke arah cubaan membunuh diri.
  • Pandangan worldview Kesan daripada bunuh diri berkluster kadang-kadang membuatkan mereka meniru-meniru gejala ini seperti melihat di Internet atau filem yang merasionalkan tindakan dan keputusan ini.
  • Atau setengah kefahaman global seperti peperangan, keganasan, ancaman penyakit, jenayah dan kebuluran yang menimpa dunia boleh memberi kesan kepada pemikiran remaja dan dengan tidak dapat mengawal perasaan, kesedihan, kebencian maka kadang-kadang mereka mengambil keputusan sendiri dengan menamatkan riwayat mereka.
Haram Membunuh Diri

Kita mulakan dengan firman Allah SWT:

وَلَا تُلْقُوا بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ
Maksudnya: Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (Surah al-Baqarah: 195)

Maknanya ialah janganlah kamu melakukan sebab yang menjadi kebinasaanmu.

Syeikh Abdurrahman bin Nasir bin Abdullah al-Sa’adi dalam tafsirnya iaitu tafsir Taisir al-Karim al-Rahman fi Tafsir Kalam al-Manan menyebut: “Sesiapa yang menjatuhkan dirinya kepada kebinasaan dengan melakukan maksiat kepada Allah dan juga berputus asa daripada taubat kepada Allah.”

Imam al-Suyuti berkata dalam tafsirnya: “Maksudnya dirimu. Sedangkan ba (huruf jar iaitu ba) sebagai tambahan (ke dalam kebinasaan) atau kecelakaan disebabkan meninggalkan atau mengeluarkan untuk berjihad yang akan menyebabkan menjadi lebih kuatnya pihak musuh daripada kamu.

Firman Allah SWT:

وَلَا تَقْتُلُوا النَّفْسَ الَّتِي حَرَّمَ اللَّهُ إِلَّا بِالْحَقِّ ۗ وَمَن قُتِلَ مَظْلُومًا فَقَدْ جَعَلْنَا لِوَلِيِّهِ سُلْطَانًا فَلَا يُسْرِف فِّي الْقَتْلِ ۖ إِنَّهُ كَانَ مَنصُورًا
Maksudnya: Dan janganlah kamu membunuh diri seseorang manusia yang diharamkan oleh Allah membunuhnya kecuali dengan alasan yang benar. Dan sesiapa yang dibunuh secara zalim, maka sesungguhnya Kami telah menjadikan warisannya berkuasa menuntut balas. Dalam pada itu, janganlah ia melampau dalam menuntut balas bunuh itu, kerana sesungguhnya ia adalah mendapat sepenuh-penuh pertolongan (menurut hukum Syarak). (Surah al-Isra’: 33)

Ayat ini menunjukkan haram membunuh jiwa termasuk diri sendiri kerana umumnya.
Bunuh diri adalah dosa besar, kerana adanya ancaman khusus baginya, sebagaimana sabdanya:

مَنْ قَتَلَ نَفْسَهُ بِشَىْءٍ عُذِّبَ بِهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
Maksudnya: “Sesiapa yang membunuh diri dengan sesuatu cara, pada hari kiamat kelak dia akan diseksa dengan cara seperti itu pula.” Riwayat al-Bukhari (6047) dan Muslim (110)

Bunuh Diri Itu Berdosa Besar!

Islam menghendaki agar semua umatnya itu mempunyai kekuatan fizikalnya dan kuat keazamannya dalam menghadapi segala bentuk kesusahan. Islam tidak membenarkan seseorang Muslim melarikan dirinya daripada kehidupan dan menanggalkan pakaiannya disebabkan bencana yang menimpanya, ataupun kerana ada cita-cita yang tidak kesampaian kerana orang mukmin itu diciptakan oleh Allah SWT untuk berjihad dan bukannya untuk hidup dan duduk bersenang-lenang. 

Manusia itu dijadikan untuk berjuang, dan bukannya untuk mengundurkan diri dari medan pertempuran. Justeru, keimanan, tingkah laku dan peribadinya tidak membenarkannya untuk melarikan diri daripada medan pertempuran hidup, sedang seseorang itu telah dilengkapkan dengan senjata yang tidak pernah tumpul dan kekuatan yang tidak pernah luntur, iaitu senjata keimanan yang teguh dan kukuh.                                           

Nabi SAW melarang orang yang berani melakukan jenayah yang kejam ini, iaitu jenayah membunuh diri dengan ancaman akan terhalangnya dari rahmat Allah SWT untuk menjadi penghuni syurga-Nya, malah dia akan menerima kemurkaan Allah SWT dengan dimasukkannya ke dalam neraka.

Jika sekiranya orang ini diharamkan kepadanya untuk memasuki syurga kerana luka yang tidak sanggup ditanggungnya, lalu dia membunuh dirinya, apatah lagi dengan orang yang membunuh dirinya kerana sebab menanggung kerugian dalam perniagaan, sama ada sedikit mahupun banyak, atau kerana gagal di dalam sebarang ujian yang menimpa, atau kerana mengalami putus cinta.

Jangan Bercita-cita Mati

Terkadang-kadang dengan sebab tekanan hidup yang melampau dan stress menyebabkan seseorang hilang punca dalam melayari bahtera kehidupan. Mereka merasakan dengan jalan pintas membunuh diri akan menjadi penyelesaian dalam menempuh kemelut kehidupan. Sedangkan di sana bala dan dosa yang besar menanti, kerana para ulama bersepakat menyebut bahawa membunuh diri hukumnya haram.

Dalam Islam bukan membunuh diri sahaja haram tetapi bercita-cita untuk mati kerana bala yang dihadapi juga tidak dibenarkan.

Rasulullah SAW bersabda:

لا يَتمنَّينَّ أحدُكمُ الموتَ مِن ضُرٍّ أصابَهُ، فإن كانَ لا بدَّ فاعِلًا، فليقُلْ اللَّهُمَّ أحيِني ما كانتِ الحياةُ خَيرًا لي، وتوفَّني إذا كانتِ الوفاةُ خَيرًا لي
Maksudnya: “Janganlah mengharapkan kematian kerana tertimpa musibah duniawi, jika terpaksa, maka hendaklah ia mengucapkan: ‘Ya Allah panjangkan hidupku, jika kehidupan itu lebih baik bagiku, dan wafatkanlah aku jika kematian itu lebih baik bagiku’!” Riwayat al-Bukhari, no. 5671, dan al-Nasa’i, no. 1820.

Justeru, kita hendaklah sentiasa bermuhasabah diri dan sentiasa beringat serta mengambil peringatan bagi orang-orang yang lemah keazamannya tentang ancaman yang didedahkan oleh Nabi SAW dalam sabdanya sebagai suatu ancaman yang harus digeruni bagaikan ditimpa panahan kilat dan dentuman guruh yang sabung menyabung.

Semoga Allah SWT sentiasa memberikan kita kebaikan dalam urusan kehidupan kita. 
Wallahua’lam.


P/S: Moga kita semua dijauhkan dari gangguan syaitan!

6 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Replies
    1. Aamiinn... cari kawan jika rasa tertekan Wak...

      Delete
  2. Haram bunuh diri. Bila kusut sesat di hujung jalan, kembalilah ke pangkal jalan. Banyakkan mintak ampun kepada ALLAH, istighfar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahuakbar.. bibir sentiasa berzikir, moga Iman kita sentiasa kuat bersujud kepadaNya..

      Delete
  3. paling sedih pernah baca yang kes budak sekolah rendah bunuh diri sebab keputusan peperiksaan tak memuaskan... sedih memang sedih. Moga kita dan semua saudara mara kita dijauhkan dr membunuh diri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa Dana, kita susah nak kata di mana silapnya, tapi tindakan budak tu memang di pengaruhi oleh bisikan Syaitan laa kan...

      Delete

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment