BURGER IKONIK McDonald’s KINI LEBIH PANAS, EMPUK DAN SEDAP! | KORANG dah ada ke membeli burger Ikonik McDonald’s baru-baru ni? Tak kisahlah burger apa, janji burger? Kalau tengok kat iklan tv kemain gebu, berkilat dan tak penyek kann roti burger dia, tu yang mengoda jiwa Sis nak membeli dan lihat apa betul ke tak hehehe.. Dan bila dah beli, whoaaa ternyata betul laa, burgernya berkilat, gebu dan panas-panas lagi, walau beli drive-thru..
Rasai Kelainan Burger Ikonik McDonald’s yang Kini Lebih Panas, Empuk dan Sedap! Nikmati pengalaman hebat dengan daging lembu yang diimport, 100% tulen dan dijamin halal. McDonald’s Malaysia mengajak rakyat Malaysia mencuba burger daging klasik dalam senarai menunya setelah membuat beberapa perubahan yang mampu membawa kelainan dalam setiap kunyahan!.
Korang tengok tu, kemain berkilat, gebu roti dia kan, tak penyekkk walau beli drive-thru..
Dengan melibatkan kaedah penyediaan dan teknik masakan, McDonald’s dengan sukacitanya memperkenalkan pengalaman menikmati daging burger yang sempurna, yang pastinya dijamin lebih panas, empuk dan sedap!.
Burger daging yang dihidangkan McDonald’s kepada para pelanggannya bukanlah sekadar hidangan. Malah, McDonald’s melakukan yang terbaik daripada pelbagai segi bagi memastikan setiap kepingan daging burgernya disediakan dan dimasak berdasarkan piawaian tertinggi yang telah ditetapkan. Ini termasuklah menaik taraf kelengkapan dapur di lebih 300 restoran McDonald’s di seluruh negara.
Selain itu, latihan yang menyeluruh telah diberikan kepada setiap kru McDononald’s agar mereka dapat membiasakan diri dengan proses penyediaan dan masakan yang baru untuk hidangan burger daging, bagi memastikan ia menepati kualiti tertinggi (gold standard) yang diinginkan, pada setiap masa.
Dan paling best, burgernya panas dan cheese dia cair melimpah, daging pun juicy tak kering dan banyak sayur dan mentimun, best-best.. Sis suka..
Antara perubahan kecil tetapi memberikan kesan signifikan yang dilakukan McDonald’s terhadap burger daging klasiknya termasuklah:
- Roti ban lebih gebu dan berkilat yang dimasak sempurna dengan warna keemasan dan dihidangkan panas-panas
- Kepingan daging yang diperasakan dan dibakar sempurna dalam kumpulan lebih kecil bagi memastikan ia kekal empuk untuk dinikmati
- Meletakkan bawang secara terus di atas kepingan daging semasa ia sedang digril bagi memperhebatkan lagi rasa
- Kepingan keju yang diimport dari New Zealand dilembutkan sempurna dengan purata suhu 17.5°C untuk sensasi keju cair yang lebih nikmat
- Menggunakan bekas simpanan bersaiz lebih kecil untuk memastikan sayur-sayuran kekal segar dan rangup, dan
- Menambah lebih banyak sos enak Big Mac untuk memperhebatkan lagi rasa burger daripada awal sehinggalah pelanggan menghabiskan burger mereka Burger daging ikonik McDonald’s padat dengan rasa kerana kepingan dagingnya merupakan daging import dari Australia, New Zealand dan Brazil yang 100 peratus tulen dan dijamin halal.
Untuk maklumat lanjut mengenai burger daging ikonik McDonald’s, layari www.mcdonalds.com.my
P/S: Bila tengok roti McD gebu gitu, tergelak pulak dengan anak semalam hahahahaha..
Harap kalau tapau burger ni bawa balik, tetap rupa gitu walau lalu jalan lobang2 🤣
ReplyDeleteHahahaha dah cuba ke tak tu? Hahahahahaha
Deletepergh dan dan la tergingin. roti tu lg flawless dari pipi VM hahaha
ReplyDeleteSilalah membelinya hehehehehe
DeletePergh, mmg mcm dlm iklan la Sislin.
ReplyDeleteKannn, gebu dia tu bertahan lama, lembut pulak tuuuu
DeleteOoo..kilat eh..HAHA.. Saya tak kisah kalau tak kilat janji sedap, lembut..juicyy..ok dah...Burger mekdi mmg mostly x mengecewakan lah bagi saya...Suka all~
ReplyDeleteYaa Nonn, berkilat, kalah pipi gebu ko ahahahahaha
DeleteYe ke? Sedap ke ni? Nak try beli lah
ReplyDeleteSedap, da beza yang lama dengan yang dah di perbaharui ni haaaa
DeleteTempting tengok roti bun dia. Helokkk..rasa sayang nak makan. Okay baik nanti boleh beli.
ReplyDeleteYaa Fizah, ini kalu betul-betul macam dalam iklan hehehehe
Delete