GARA-GARA BUSUNG KATAK, TERGENDALA SEMUA KERJA AKU! | ADUHAI, dek terbukak TikTok pepagi, sekali ternampak pulak orang share telefilem Busung Katak tu. Padahal kerja melambak nak buat, biasalah kann hari Isnin, memang banyak kerja rumah nak Sis settlekan. Mana nak cuci cadar, cuci tuala, ganti cadar, mop lantai dan juga sental tandas, ermmm..
Gara-gara Busung Katak tu, semua kerja Sis tergendala, duk laa melayan TikTok tu sampai habis ceritanya. Niat nak nyambil update blog pun, tak juga buat, hahahaha.. ni haa baru sempat menulis ni, sementara menunggu tuala dalam mesin dryer dan bantal-bantal garing di jemuran.
Telefilem Busung Katak ni dah bersiaran pada hari Sabtu, 15 Oktober pukul 10:00 malam di saluran 108 Astro Citra lepas, tapi Sis tak tau pulak ada drama ni, dan takde laa tengok, lagipun kalau ingat pun memang tak tengoklah, sebab waktu siarannya sama dengan siaran langsung perlawanan akhir Liga Super JDT menentang Sabah tu.
Sis pula ingatkan madu dia, sebab cara dia, dan selalu hantar makanan tu, membuatkan Sis fikir madu dia yang menyihir si Wan tu, rupanyaa.. tidakkkk.. dan pada mulanya pulak, Sis ingat Suami dia ni ada perempuan lain juga, sebab 24jam dengan handphone, bila pegang handphone jer, terus keluar rumah, haaa jumpa perempuan laa kannn, rupanya jumpa tok bomoh hahahaha..
Ishh seram laa, ada ke yaa busung katak gini? Sihir dia membuatkan si Wan tu tak boleh buang air besar, dan perutnya membesar macam orang mengandung, dan muka tangan dan kulitnya seperti kulit katak berbintik-bintik timbul gitu, errrr meremang Sis nengok...
Pastu rumahnya pulak penuh dengan katakk, entah datang dari mana kataknya. Juga keadaan rumahnya bermacam-macam benda aneh muncul termasuklah kelibat lelaki yang seakan nak 'makan' si Wan tu uishhh serammmmmm..
Nasib baik ada Pak Said, seorang ulamak dan pandai mengubati orang yang terkena sihir. Mula berubat elokk dah baik si Wan tu, kemudian Suami dia tak puashati sebab Bini dia hidup, dia buat lagi sihirnya yang sama dan kali ni terukk Wan tu sakit dan akhirnya meninggal dunia..
Tapi apa jadi kat Suami dan madu dia tu? Haaa korang tengoklah sendiri yaaaa hahahaha..
Tu pasal laaa semua kerja tergendala, dah petang gini masih tak siap lagi kerja rumah ni, masak pun belum adoiii hahahaha.. nasib baiklah sengsorang je kann, kejap-kejap lagi laa baru masak.. Masak yang simple ye udah laa, bukan sapa nak makan punn..
Apa-apa pun, kerja rumah kasi settle, baru laa ada mood nak update blog, selagi tak siap, selagi tu laa sakit mata tengok semua benda, silap-silap kucing dalam rumah ni pun kena bebel hahahaha..
Okaylah, nanti sambung lagi, kalau tak harini, sambung esok jerr.. ikut mood..
P/S: Sakit kaki aku ni, tergelincir mop kat tangga tadi, terpelot kaki, harap tak melarat..
Baca kat blog Fiza Si Hati Merah Jambu tu macam menarik tapi saya tak tengok (sebab takda ASTRO, dahðŸ¤)..
ReplyDeleteTapi bila Lin kata seram dari mula...huh nasib baik jugak tak tengok..kalau tak maunya tak lena saya..
Adoii..ada juga laki macam tu huhuhu
Tu laaa Mama, Lin tak tau dama ni haritu, ternampak kat TT , tu yang tertengok...gelii serammmmm
DeleteHahaha ako layan drama ni aritu... Slalu ako mls nak layan citer2 camni haha bkn apa tkut mlm terngigau hahaa
ReplyDeleteOoo nape tak tengok sampai habis, lagi seram oiii hahahaha
Deletesaya tengok tak abis sis. anak saya yang kecik tu kalau cerita seram terus mintak tukar kartun.
ReplyDeleteYaa Mar, last part memang serammm betul... hahahaha
Deletecite pasal nad zainal kena hiv pun best juga, ni busung katak pun mesti kena layan. Jarang dgr sihir busung katak ni.
ReplyDeleteAaah tengok juga haritu, yang ini sebab main Astro, kebetulan kan takde Astro, tu yang tertengok kat TikTok ...
DeleteKita geli tengok kataknya tu sebab fobia katak kan. Dia plot twist gitu. Ingatkan madu dia rupanya..lahhh..
ReplyDeleteYaa masa Bini dia kena tu adoii geli gelemen tengokkkk.. meemang hahahaha
Deleteoii amende ni..hahahahhahahah!!!
ReplyDeleteHahaha drama laaa oiii hahahaha
Delete