JALAN-JALAN CARI MAKAN SEHARI SEBELUM DEEPAVALI

Sis Lin
10
JALAN-JALAN CARI MAKAN SEHARI SEBELUM DEEPAVALI | ALHAMDULILAH, baru sempat dapat duduk depan laptop menulis ni haa, bizi dia mengalahkan calun nak pilihanraya je kan. Biasalah bila cuti memang Sis jarang nak duduk depan laptop, sebab habiskan masa melayan Suami ajer, kalau tak menonton tv di rumah, kami keluar dating ke sana kesini, gitu je laa kerjanya, tu pun kalau Suami tak memancing. 

Buat masa ni, memang stop kejap memancing, sebab katanya, ombak dan angin kuat, so kalau pergi penat jer, ikan takde. Korang pula macam mana? Masih beraya dan becuti lagi ke tu? Harini rata-rata ramai dah naik bekerja, dan esok pulak sekolah dah mula bersekolah, mesti semua orang dah balik ke rumah memasing kan. 

Sis cuti Deepavali semalam, memang takde bercuti ke luar memana, hanya di sini-sini aja. Dari pagi memabawa ke malam keluar makan di luar aja, sesekali kann, Suami layankan tekak Isteri dia nak makan apa, asyik masak jerr kann.. Tapi sehari sebelum Deepavali pun, Sis jalan-jalan cari makan gak, kali ni Sunah ikut sekali, yang kelakarnya terjebakk ikut sampai ke Sedili, motif... mencari udang galah sepit biru hahahaha.. 


Jalan-Jalan Cari Makan Sehari Sebelum Deepavali

Pagi Sabtu tu, awal-awal pagi Sis dah kejut Sunah bangun awal, sebab Suami nak ajak pi sarapan. Mana lagi kalau tak menu hari raya dia. Dah 3 minggu berturut-turut yaa Suami bawa makan di sini hahaha.. tiap-tiap minggu beraya jugaa.. 

Tengok tu meriahkan lauk-pauk hari raya dia. Korang dah pernah ke makan sini? Kedai makan ni terletak di Pasir Putih Pasir Gudang, nama kedainya Warong Tokapi, betul-betul depan Mesjid Jamek Jalil Hassan. Tapi lauk-pauk raya gini hanya ada pada hari Sabtu & Ahad sahaja, hari lain, cuma ada menu-menu sarapan biasa. Korang kena datang pagi kalau nak makan menu raya ni, lambat memang habis, ramai menunggu dan makan di sana. 

Jalan-Jalan Cari Makan Sehari Sebelum Deepavali

Lepas sarapan, Suami terus masuk highway Pasir Gudang, hurmmm nak kemana pulak agaknya ni.. Sambil-sambil bercerita dalam kereta, Suami kata nak cari Udang Galah laa, nak masak TomYum Gung katanya kat Sunah, sampai dia suruh Sunah tido bermalam lagi di rumah hahahaha.. 

Pusing punya pusing, tau-tau ehhhh sampai ke Tanjung Sedili Besar Suami aku ni bawak berjalan hahahahaha.. sana sini duk terjenguk-jenguk kot-kot ada orang jual udang galah, sampailah kitaorang singgah di Pasar Besarnya. Takde rezeki, jangan kata udang, sepitnya pun tak nampak. So Suami hanya beli sotong dan ketam sahaja. Semangat Thailand datang hahahaha.. 

Jalan-Jalan Cari Makan Sehari Sebelum Deepavali

Jalan-Jalan Cari Makan Sehari Sebelum Deepavali

Lepas singgah pasar, singgah pulak pekannya, beli air tekak haus gilerr hahahaha.. kemain jauh beli air ekkkk kata Sunah hahahaha.. tengok jam baru 11.30am lebih macamtu, teruslah Suami pusing-pusing lagi area sana, konon nak mencari gerai kawannya yang menjual ikan bakar. Jumpa gerainya, tapi belum bukak, maybe bukak petang. 

Sementara Suami nak 'membuang', Sis dan Sunah turun duduk lepak di gerai Celup-Celup 5A tu sekejap. Ini pertama kali Sis sampai, kalau adik-adik dah berkali-kali sampai dan makan di sini. Mula ingat nak mencuba gak makan, tapi gerainya bukak jam 12.30pm, ada lebih kurang 45minit kena tunggu, tapi kami orang pertama laa pelanggannya. Cuma takde rezeki laa, Sunah nak pulang rumah awal, ada kerja nak di siapkan, so kami balik aja, kata Suami 'next time'.. *akan ku tuntut hahahaha.. 

Jalan-Jalan Cari Makan Sehari Sebelum Deepavali

Kebetulan cuaca kemain panas, Suami bawa kereta mata dah ngantuk-ngantuk jerr Sis tengok. Masa tu kitaorang tengok jalan raya dari Tebrau ke Mersing dah jemm melekat macam haperrr.. perghhh penangan cuti raya Deepavali ni, semua balik kampung. 

Sampai rumah, Sunah terus balik, tak sempat nak makan dah. Suami siap belikan Nasi Lemak Kukus. Lepas makan apalagi, memasing Laki Bini membuta sampai ke lepas Asar hahahaha.. then lepas Maghrib Suami ajak pekena Sup laa pulak kat Wak Radol. Layankan ajerr.. Sis makan Mee Hoon Sup dan Suami makan Sup Kambing. Order satay juga sikit. 

Balik tengok tv sampai ke tengah malam.. alhamdulilah, hari yang meletihkan tapi penuh kesyukuran.


P/S: ..... menghitung hari 😍

Post a Comment

10Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Ako yg penat baca en sabar bw jalan2 hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha tau takper, jenuh sekali mood nak bawa jalan tu mai uiii...

      Delete
  2. Sis pasar ikan tu dah dekat sangat dengan rumah mak OM. Hhuhuhuu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laaa ye kerr? Best ekk sana, lama gilerr tak ke sana OM...

      Delete
  3. Wah wah wah.. banyaknya menu makan. Siap ada sup kambing. nyumssss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe iyerr gambarnya ajer takde hahahaha

      Delete
  4. Wahh syok makan makan. Ala tak de rezeki udang sepit biru. Janji harus dituntut tu datang lagi. hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa Fizah, dapat beli udang harimau ajaaa..

      Delete
  5. hahaha itulah jauh betul perginya sampai ke sedili 😂 kalo tak fikir kerja, memang best berjalan..mekasih sis and bro hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau takpe, begitulah Laki aku, penuh suprise tapi kena sabar hahahahaha

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!