MERAIKAN SAHABAT AKU PULANG DARI MEKAH BERCUTI DI MALAYSIA

Sis Lin
8
MERAIKAN SAHABAT AKU PULANG DARI MEKAH BERCUTI DI MALAYSIA | JUJURNYA Sis sangat cemburu dengan rezeki sahabat Geng Bas Sekolah Sis, Haslin yang satu ni, cemburu bukan pada segi negatif ke apa ke, tapi cemburu dengan rezeki dia bermastautin di bumi Haramain hampir 9 tahun dah. Selepas berkahwin, Haslin terus mengikut Suaminya ke Mekah dan menetap di sana sampai melahirkan dua orang anak di Mekah lagi.. bestnya kannn.. 

Selalu Haslin kongsikan suasana dan keadaan semasa di Mekah, memang bertuahlah kami dalam group yang selalu dapat melihat perkembangan di sana. Kadang apa yang Haslin share, jadikan hati memasing meronta-ronta nak ke sana dan berjumpa dengannya. Haslin sendiri pun dah berapa kali dah menunaikan Umrah dan Haji, bertuahnya kann, Sis tumpang gembira untuknya. 

Meraikan Sahabat Aku Pulang Dari Mekah Bercuti Di Malaysia

Meraikan Sahabat Aku Pulang Dari Mekah Bercuti Di Malaysia

Masa Sis ke Umrah bulan Mac lalu pun, sempat Sis berjumpa dengannya di sana. Haslin siap pick-up Sis di hotel dan Sis naik keretanya pusing bandar Mekah dan makan di restoran nasi arab yang femes di sana, alhamdulilah rezeki Sis ada kawan yang menetap di sana. Memang sesiapa geng bas sekolah yang pergi mengerjakan Umrah/Haji, pasti akan ada kesempatan berjumpa dengannya. 

Suami Haslin, Tuan Haji Fakrul bekerja di menara Jam tu, dan kepulangan mereka sekeluarga pun baru ni ke Malaysia, kerana Suami Haslin akan hadir majlis konvekesyennya di Kuala Lumpur, tu yang Haslin dapat bercuti lebih kurang 8 hari tak silap di Malaysia baru ni. 

Dan tiap kali Haslin balik, memang akan ada perancangan untuk keluar makan-makan bersama geng bas sekolah semua, cuma kali ni agak meriah, sebab Haslin menjemput sekali kengkawan sekolah yang lain juga. Geng Bas Sekolah Sis pun ada juga yang tak dapat hadir, tapi tetap meriah.. 

Meraikan Sahabat Aku Pulang Dari Mekah Bercuti Di Malaysia

Meraikan Sahabat Aku Pulang Dari Mekah Bercuti Di Malaysia

Bila di tanya Izam dan Haslin nak makan di mana? Semua sepakat kata lunch di GBW Hotel aja hehehe, yaaa sebab harga dan makanannya berbaloi sangat, lagipun atas permintaan dan niat Haslin, katanya ini kali dia belanja kami semua, so dengan harga lunch tu, berbaloilah juga membayarnya, tak mahal dan makanan pun banyak pilihan. 

Kebetulan time tu Suami Sis tak kerja, tapi dia taknak ikut, lagipun ada kerja sikit yang dia nak settlekan, so Sis pergi pick-up Ima dan pergi bersamanya, yang lelain menunggu di sana. Agak lewat juga Sis dan Ima sampai, semua memasing dah makan, tapi okaylah tu, ngam-ngam sampai terus makan hahahaha.. 

Bila dah jumpa apalagi, memasing berbual laa cerita lama dan terkini, cerita Mak-Mak, cerita anak-anak, cerita aktiviti memasing dan memacam lagi laa.. kalau Sis memang suka bertanya Haslin jerr pasal bumi Haramain, seronok kalau dengar dia bercerita, sebab sekarang dah terlalu ramai di sana, SOP dah takde dan boleh di katakan dah macam musim Haji kata Haslin, alhamdulilah.. 

Meraikan Sahabat Aku Pulang Dari Mekah Bercuti Di Malaysia

Meraikan Sahabat Aku Pulang Dari Mekah Bercuti Di Malaysia

Acara bergambar memang wajib, cuma kali ni Sis langsung tak pegang kamera amik gambar semua kerja Izam aja hahahaha.. sesekali kan, kita tumpanglah kamera orang. Kadang tu penatlah nak bergambar, bebalik kang muka gitu gakk sama hahahaha.. so kita layankan aja mereka yang nak bergambar dengan Sis hahahahahaha.. 

Makanan kali ni pun macam biasa, sedap seperti selalu juga. Kali ni ada kambing lagii.. memang the best arrr kalau lunch sini, harga RM35 tapi ada lauk kambing bagai.. pheww mana nak dapat weiii.. bukan Sis nak puji laa sebagai media, tapi kengkawan lain pun kata camtu, baru ni siap derang ulang pergi sana makan lagi gan family.. berbaloi-baloi.. 

Korang kalau nak tengok buffet lunch GBW Hotel RM35 tu, korang boleh ke facebook page akusislin tu yaa.. masih lagi ada promonya dan sentiasa fullhouse, so korang kena booking awal kalau nak makan situ, 

Meraikan Sahabat Aku Pulang Dari Mekah Bercuti Di Malaysia

Terima kasih buat Haslin dan Suami yang belanja kami makan pada haritu, moga dimurahkan ditambahkan rezekinya, sihat dan bahagia dalam rahmat Allah ... inshaalah ada umur dan rezeki, kita akan beraya di sana sama-sama yaaa.. itu impian Haslin, moga Allah makbulkan.. aamiinn

Juga terima kasih ole-ole dari Haramain. Sis memang paling suka spray bauan Raudah dan Mesjid ni, kalau tau dia nak balik Malaysia jerr Sis akan kirim. Masa pergi Umrah baru ni, Haslin pun ada bagi jugak, tapi hari-hari spray dah nak habis, tu yang kirim Haslin belikan dari sana.. 

Rindu hati nak ke sana lagi.. inshaallah ada rezeki akan sampai ke sana bersama Suami dan anak-anak pulak.. aamiinn.. 


P/S: Bilalah nak rajin nak sambung menulis perjalanan Umrah Sis tu, ermmm.. draft dah ada, nak edit jer belum ada mood huhuhu.. 

Post a Comment

8Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Alhamdulilah rezeki dia kan dpt dok sana lama...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa Ret, dah masuk 9 tahun juga dia stay sana.. jeles aku weiiii

      Delete
  2. Ma syaa Allah..
    seronoknya dapat bermastautin di Mekah...
    Sekali tengok pic dah boleh teka yang mana Haslin..dek aura ke Araban nya..🤭
    Semoga ukhwah yang terjalin kekal berpanjangan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar Kak, kadang dalam group selalu dia share keadaan di sana, dia pun menigaa frozen kuih melayu kita di sana...

      Delete
  3. Alhamdulillah!
    Rezekinya..
    Syukur!
    In shaa Allah semoga kita juga berpeluang kesana satu hari nanti..
    Ibu Aqil ziarah sini dan follow sekali..
    Salam perkenalan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Salina, rezeki dia, cemburu kita tu moga Allh ebri peluang juga [ada kita menetap di sana, one day.. aamiinn

      Delete
  4. tengok gambar first, aku meneka2 mana satu beliau
    then tengok gambar2 seterusnya, betul tekaan aku..nampak kesederhanaan orangnya..sejuk aje mata memandang..alhamdulillah rezeki dia duduk kat sana..terasa cemburu juga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe pandai ko meneka yaa, sayang takde hadiah kali ni hahahaha
      Aamiinn, itulah impian aku juga Sunnn..

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!