DAH MULA SIBUK DENGAN PERSIAPAN PERKAHWINAN ANAK AKU

Sis Lin
14
DAH MULA SIBUK DENGAN PERSIAPAN PERKAHWINAN ANAK AKU | RAMAI juga yang tanya Sis, 'Ehh anak kau nak kawin lagi?', dan tak lupa juga yang kata, 'Cepat betul anak kau temu jodoh'.. alhamdulilah, kadang soalan macamtu tak reti nak jawab macam mana. Bila single pun tanya bila nak kawin pun, ada juga yang tanya hahahaha.. 

Sis ni jenis tak amik kisah jodoh anak, cepat atau lambat semua aturan Allah. Kadang anak ada boifren pun Sis tak tau, tapi bukan kata anak berahsia, cuma Sis ni tak bertanya, dan takut juga salah tanya kang, jadi kecik hati anak, so better Sis diam dalam berpesan, dan lama-lama anak Sis sendiri yang bagitau mereka sudah bercinta, haaa gituuu.. 

Dah Mula Sibuk Dengan Persiapan Perkahwinan Anak Aku
Kad jemputan tetap ada juga walau sekarang dah ramai pakai digital.. 

Sis ada 3 orang anak, nombor dua dah kahwin dan dah ada anak pun (cucu), dan dalam masa tak sampai 3 minggu je ni, anak sulung Sis pula akan melangsungkan perkahwinan, jadi tinggallah anak bujang bongsu Sis aja, tu pun dah ada makwe tu, macam tak lama juga lagi, tapi dah pesan, simpun duit beribu-ribu dulu baru pinang dan jaga anak orang hahahaha.. 

Persiapan banyak dah siap dalam 70% setakat ni, sebab anak Sis amik wedding planner, so semua persiapan team mereka laa yang siapkan, baik di rumah (nikah & berinai( dan juga di ballroom nanti. Sama juga laa macam persiapan anak Sis,Yana dulu, semua dah siap pakej, so tak payah nak pening-pening kepala fikir semua kan.. ada duit, jalann terus, gitu kekdahnya.. 

Tapi berpada-pada laa, mana boleh jimat kita jimat, jika rasa mampu nak buat, ye buat, jika tidak.. boleh tolak apa yang patut untuk kurangkan cost.. memang akan ada mulut berkata nanti, 'membazir jer' tapi takpelah, lain orang lain cara, kami sekeluarga ikhlas dalam mengadakan majlis, baik meraikan pengantin, tetamu dan juga hidangan makanan.. 

Dah Mula Sibuk Dengan Persiapan Perkahwinan Anak Aku
Cucu dah 4 bulan dah ... sihat dan banyak akalnya ..

Yang jadi peningnya majlis kali ni, sebab anak buat undangan RSVP untuk majlis persandingannya, fuhhhh fening kepala nak settlekan semua, nak buat list, nak send, then nak check balik satu-satu, then nak comfirmkan, aishhhhh memang banyak kerja okay... last-last Ayahnya kata amik jerr laa orang yang handle, so tak payah pening-pening.. so kami pakat amik je laa Rimbunan untuk handle Guest Management, so mereka yang akan handle bab kehadiran tetamu semua, settle masaalah.. 

Lain-lain hal semua anak Sis yang urus, Sis tak berapa campur, bab pelamin ke apa ke, semua dia jerr.. Sis cuma bagi pendapat dan add-on mana yang patut aja. Ayahnya pun ikutkan dan layankan aja anaknya tu.. janji anak happy dan akan jadikan majlis ini kenangan dalam dirinya seumur hidup, inshaallah ..

Sebab tu laa Sis dah mula sibuk dengan persiapan perkahwinan anak Sis, goodies semua pun baru sampai, so minggu ni nak kena settlekan sikit-sikit dan susun elok-elok sebelum majlis. Tu pun kadang tak boleh nak buat apa sangat siang hari, sebab menjaga cucu Sis, tunggu time malam gini, barulah dapat kemas sikit-sikit dan duduk depan laptop kejap update.. kalau takde update tu, korang faham-faham aja laa.. 


P/S : Moga Allah permudahkan semuanya, aamiinn .. 

Post a Comment

14Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. semoga semua nya dipermudahkan & berjalan dgn lancar..aamiin
    tomeinya hero kecik tu...

    ReplyDelete
  2. Semoga dipermudahkan urusan bakal pengantin dan seluruh keluarga, diberi kesihatan yg baik dan majlis berlangsung dengan jaya.. tak sabar nak makan nasi kenduri Kakak Anastasea.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jumpa nanti Kak.. makaseh mendoakan.. Nastasea namanya hehehehe

      Delete
  3. Alhamdulillah tumpang happy for Sis sekeluarga
    Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar 🤲

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiinn.. thanks Puan Hazel.. kalau dekat kita jemput datang..

      Delete
  4. Semoga dipermudahkan buat Sis Lin...SA punya majlis lagi 3 bulan..tapi dah pening jugak sebenarnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. 3 bulan tu kejap jerr SA, moga dipermudahkan juga urusan SA ...

      Delete
  5. tu lah bizi betul sampai aku reply status wassap pun ko tak balas balik..ehh hahahahha

    moga dipermudahkan semuanya weyy!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa sangat, serabut gak aku nak settle satu-satu ni Sunn..
      Kalau ko ada kereta aku dah suruh datang tolong aku hahahaha

      Delete
  6. Perghhh...Tak shabarnyaaa titew! Moga dipermudahkan urusan ye...Aamin...Jodoh datang awal, kasik ONZ terus...Hehehe

    Hi cucu!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah selesai dah Non.. terima kasih sudi datang yaaa

      Delete
  7. terkilan ekceli kalau tak dapat nak datang... semoga berjalan lancar ye majlis naz nnt...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Ret., alhamdulilah dapat ko meraikan sama kannnn.,, gembira aku...

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!