SETELAH SEMINGGU BEREHAT MENULIS BLOG

Sis Lin
4
SETELAH SEMINGGU BEREHAT MENULIS BLOG mood terus ke-laut nak mengadap laptop. Bukannya malas tapi badan rasa lemau lagi, masih tak cukup rehat. Dari 30 Okt hingga 3 November lepas, Sis mengikuti FAMediatrip ke Sabah yang di bawakan oleh Tourism Malaysia Sabah dan Sis di jemput oleh Tourism Wilayah Selatan - Johor bersama pengamal-pengamal media dari Penang, juga Brunei untuk ke Sabah. 

Kemudian sampai Johor Jumaat 3 November tu dalam jam 11.40pm, esoknya Sabtu Sis terus gerak ke Kuala Lumpur pulak untuk menghadiri majlis kerja kawin anak saudara Suami Sis di Klang. Dan semalam Ahad baru sampai rumah dalam jam 11pm juga. Memang tak rest langsung!. 

Tapi alhamdulilah, dapatlah peluang meraikan hari jadi anak Sis yang sulung juga bawa cucu ke Aquaria semalam. Cuma anak bujang Sis aja yang tak dapat join. Kalau tak tambah meriah laa kami semua anak beranak bercuti walau ke Kuala Lumpur aja. 

FAMediatrip Sabah

Satu nikmat kesihatan dan peluang yang Allah beri pada Sis untuk bersama yang tersayang dan juga memenuhi hari-hari Sis meniti usia tua ini dengan pelbagai aktiviti dan juga kegiatan sebagai pengamal media as blogger. 

Penat tu pasti, tapi peluang tu tak mungkin dapat berulang kali. So manfaatkan masa dan peluang selagi masih berdaya. Terima kasih juga pada Suami yang banyak memberi kepercayaan dan juga keizinan untuk Sis terus berkarya dan juga memberi sokongan tanpa membebel hahahaha.. 

So lepas ni, mood untuk menulis kembali lagi, banyak cerita nak di kongsikan di sini. Orang kata, 'jauh perjalanan, luas pemandangan', tapi bagi Sis, 'jauh perjalanan, semakin banyak pengalaman yang kita temukan'.. lain orang lain daya pemikirannya kan, so kita kecapinya selagi masih peluang. 

Now tengah nak amik mood menulis, banyak posting 'terkandas' di tengah jalan ni. Sis akan cuba update satu persatu, biar lambat janji kerja siap. Jangan kau dah seronok-seronok jalan dan makan, tapi kerja tak buat kannn., memang orang taknak lerr invite kau lagi.. gituuu.. 

Korang  boleh juga klik highlight BKI si IG akusislin dan lihat aktiviti yang Sis buat di Sabah, tapi baru day-1 aja Sis up.. nanti Sis up lagi okay.. sebab stress dengan line handphone takde kat sana huhuhu..


P/S : Ayuh.. apa-apa kita masak asam pedas ikan jenahak dulu harini.. (cucu cuti harini, yehaaa) .. 
Tags

Post a Comment

4Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. peluang tak sentiada datang. betul tu sis. manfaatkan selagi ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa betul.. selagi di beri kesempatan, kita rebut peluang..

      Delete
  2. Selagi masih boleh bergerak ke sana sini, manfaatkan sebaik2nya peluang tu Sislin. Seronoknya bercuti2 di Sabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagi-lagi time sihat ni Karni, kita gunakan peluang yang ada kan..

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!