BULAN TERAKHIR 2023 - 1 DISEMBER 2023 permulaan untuk hari baru dan Jumaat pertama dalam bulan Disember. Ini bermakna tinggal lagi 99 hari sahaja lagi untuk kita memasuki bulan Ramada . Moga Allah berkati kita pada bulan Rejab dan Syaaban seterusnya Ramadan, inshaallah ..
So korang, dah banyak ke yang di capai sepanjang 11 bulan yang lepas? Atau masih terkapai-kapai lagi tak tau apa yang nak di capai?.
Sis? Walau tak semua harapan tu dapat di laksanakan tapi sekurangnya hampir 60% juga Allah beri segala nikmat dan paling di syukuri nikmat ketenangan diri dan jiwa.
Mana lagi 40%? Selebihnya tu masih ‘floating’, sebab tak tau nak selesaikan macam mana. Tunggu masa dan waktu yang sesuai, pasti akan Sis kongsikan jua dengan korang semua, sabar …
Kredir ganbar : Lyana Ishak AI |
Apa-apa pun bersyukur itu mesti!. Buruk dan baik semuanya datang dari Allah, jangan mengeluh dan jangan merungut. Takut segala nikmat tu Allah tarik semula. Masa tu nyesal pun tak guna kecuali muhasabah diri.
Dan yang paling utama sekarang, nikmat KESIHATAN. Sekarang nampak sihat, makanya bersyukur, jaga makan, makan ubat dan banyakkan jalani kehidupan sihat. Bila nanti dah sakit, jangan kata ‘Allah uji’ plak, sedangkan semuanya tu kan boleh di rawat awal. Tapi itulah, bahagian memasing kan.
Sakit ni kadang, kita nampak orang tu kemain makan jaga, bersenam semua, tul-tup sakit.. dan ada pulak yang kita tengok, orangnya kemain gemok, makan sana sini, lifestyle teruk sangat tapi sampai ke tua sihat! Itu laa Sis kata, bahagian memasing, ujian ‘dalaman’ dia kita tak tau..
Now jaga diri sendiri, sayangi diri sendiri, sihatkan diri sendiri, bahagialan diri sendiri. Orang lain tu letak tepi dulu. Janji HATI (Allah) kuat, inshaallah segala ujian pasti kita boleh tempoh! ..
Ookaylah harini Sis ada event, dari petang sampai malam. Malam ni Suami balik Malaysia, moga semuanya dipermudahkan urusannya Suami dan kengkawan sekerjanya, aamiinn ..
P/S : Esok semua anak-anak berkumpul, alhamdulilah ❤️
Semoga bulan akhir tahun 2023 ni berlalu dengan sejahtera, Amiiinnnn.
ReplyDeleteAaamiinn... buat akak juga yaaa
DeleteSemoga bulan akhir tahun 2023 ni berlalu dengan sejahtera, Amiiinnnn.
ReplyDeleteSampai dua kali haa komen hahahaha
DeleteBetl Mbak, Tahun segera berakhir, Ramadhan segera tiba...
ReplyDeleteApapun yang sudah tercapai, dan yang belum tercapai tetap dengan harapan semoga di tahun depan lebih baik lagi dan semoga pula diberi kesehatan saat nanti memasuki Ramadhan.
Salam,
Yaa moga kita semua sihat untuk sampai ke Ramadan yaaa..
DeleteSemoga yang baik- baik sahaja bulan terakhir ini..bulan ni anniversary bertunang SA 24hb nanti..hahaha...dulu x kahwin xde la ingat tarikh2 special, dah kahwin ni bukan main ingat plak
ReplyDeleteWaa sekejap aja yaa SA .. moga yang baik-baik aja buat SA yaaa
Delete