MASAK LAUK KAMPUNG PUCUK UBI CECAH SAMBAL AIR ASAM

Sis Lin
2
MASAK LAUK KAMPUNG PUCUK UBI CECAH SAMBAL AIR ASAM. Sis menaip aja dah terliur, lagikan pulak tengok semula gambarnya, aduii memang tak boleh laa dengan menu lauk kampung gini. Walau tak berapa nak kampung sangat, tapi pucuk ubi rebus cecah sambal air asam tu cukup buat selera makan nasi bertambah-tambah. 

Kalau adik-adik datang, macam ni laa, Sis suka masak banyak-banyak dan pelbagai menu, sebab time ramai gini laa bila masak seronok ada orang makan. Kalau hari biasanya, hanya Sis, Suami dan anak bujang aja, now Suami pun sibuk di Pengerang, so memang tinggal makan dengan anak bujang, so memang jarang-jarang juga nak masak banyak gini. 

Masak Lauk Kampung Pucuk Ubi Cecah Sambal Air Asam

Pucuk Ubi tu pemberian dari jiran sebelah Sis, dia ada tanam beberapa pokok ubi. Kebetulan berbual dengan Emaknya, Sis sebut pucuk ubi, tup-tup Emaknya pergi potong pokok ubi tu, dan beri seplastik pucuk ubi, alhamdulilah rezeki jangan di tolak. 

Menu utama permintaan adik-adik adalah Asam Pedas Ayam. Mereka kalau ke rumah Sis, tak lain mesti minta asam pedas hahahaha.. Kali ni Sis tunaikan juga permintaannya dan Sis masak dua ekor ayam. Biar kasi puas adik-adik makan bertambah tanpa perlu sekat menceduk. 

Masak Lauk Kampung Pucuk Ubi Cecah Sambal Air Asam

Menu tambahan lain, Sis masak juga Pucuk Ubi Rebus, Sambal Air Asam, Kerang Rebus, Ikan Susu Bakar, dan KangKung Goreng Belacan (tiada dalam gambar, sayurnya ada dalam kuali). Bila siap masak, Sis hidang, anak saudara nampak, semua cakap 'Waaaa, terima kasih Ayyom' alaaa sweet sangat ekkkkk ...

Seronok masak kalau ada yang makan, tambah pulak masak lauk kampung pucuk ubi cecah air asam tu, sampai licin di kautnya air asam tu. Esoknya anak saudara minta lagi buat air asam, sedap sangat katanya hahahaha.. alhamdulilah syukur atas segala nikmat Allah .. 

Size ikan susu tu sangat besar, kena kerat dua, tapi serius arr sedap kalau ikan susu di bakar. Isinya halus dan lembut sangatt.. makan cecah air asam pun sedap.. nanti nak beli lagi, bakar dan ratah, dapnyaa... 


P/S : Harini puasa menguji kesabaran betul dengan panasnya cuaca, subahanaallah ..

Post a Comment

2Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Rajin Lin masak utk adik², sedap² pulak tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu laa Kak, bila ramai gini laaa Lin masak, seronok kita masak ada yang makan...

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!