PIKNIK DI PANTAI PUNGGAI SEMPENA CUTI TAHUN BARU CINA!

Sis Lin
2
PIKNIK DI PANTAI PUNGGAI SEMPENA CUTI TAHUN BARU CINA!. Plan dah lama, memasing semua excited, tapi last minit, kita merancang hanya Allah yang menentukan, adik bongsu Sis dan adik no3 tak dapat join sekali sebab anak memasing semua demam dan batuk. So hanya Sis, anak Sis,Yana dan juga anak bujang Sis aja yang pergi. Suami pula datang time dia lunch hour.

Kemain Suami call, nak singgah sekejap, ingat ke nak jenguk Bini ni haa sebab lama tak jumpa, sekali katanya, 'Nak jumpa Khalish (cucu dia)' hahahaha ada cucu, bini dah tak heran ekkk... alaa tapi kemain nampak kita tersengeh-sengeh dari jauh, rindu laa tu hahahaha.. 

Nampak letih sangat Suami, kerja dah mula banyak, non-stop, nak taknak kena selesaikan. Dengarnya pun sampai ke pertengahan bulan depan, ermm entah dapat sambut puasa ke tak bersama ya huhuhu.. 

Piknik Di Pantai Punggai Sempena Tahun Baru Cina

Piknik Di Pantai Punggai Sempena Tahun Baru Cina

Untuk piknik kali ni, Sis tak goreng mee ke atau buat sandwich, is hanya order Nasi Lemak Daun Pisang, dan goreng ayam juga buat mini burger aja. Menu paling mudah, lagipun adik Sis dah bawa nugget dan juga sandwich, so cukuplah kan. 

Yang bestnya, adik Sis nak beranak seawal jam 6am dia dah gerak dari Mount Austin. Katanya nak cop tempat takut orang ramai, waaa Sis kata bagus juga, sebab Sis pun gerak agak lewat juga. Dalam jam 9am juga baru kitaorang gerak. 

Yana dan menantu juga cucu, kitaorang carpool aja satu kereta naik kereta anak bujang Sis, senang.. tak payah nak banyak kereta, sana pun bukan senang nak parking. Kali ni jem highway Desaru tu agak lancar, walau nampak kereta banyak, tapi bergerak terus, tak macam semalamnya, fuhhh jem tak gerakkk, semut pun lagi laju kalau jalan kaki hahahaha.. 

Sampai sana penuh semua tempat piknik. Kena booking awal, dan parking ebrbayar pulak kali ni rm5. Sebelum ni pergi takde pulak kena bayar, ini kali tempat piknik bayar, parking pun bayar, urmmmm... kaya kaya kaya... 

Piknik Di Pantai Punggai Sempena Tahun Baru Cina

Piknik Di Pantai Punggai Sempena Tahun Baru Cina

Adik kata, sebelum kitaorang sampai, ombak macam biasa aja, dapat anak dia mandi sekejap, tapi sekejap tu, ombak kuat betul, angin pun kuat sampai bergulung-gulung ombak, itu yang orang menjaga pantai terus pacak bendera merah tanda amaran tidak boleh mandi. Air pasang besar nampaknya, sampai ke atas pasangnya, takut tengokk.. 

Tapi syoklah, angin tiup kuat, sejukkk cuaca walau panas. Di sebabkan tak boleh mandi, makanya kitaorang hanya lepak-lepak, makan dan sembang aja laa.. Cucu pun main pasir di tepi-tepi situ aja. Tak boleh nak buat apa, kang berani sangat nak mandi, bahayakan diri aja. 

Dalam jam 12pm Suami call tanya kat mana, dia nak singgah. Dapatlah juga dia jamah makan nasi lemak tu 2 bungkus, dan dukung cucu dia. Rindu cucu laa tu sampai sanggup datang singgah. Tapi tak jauh mana pun Penggerang dengan Punggai tu, 5 minit jerr kata Suami. 

Piknik Di Pantai Punggai Sempena Tahun Baru Cina

Piknik Di Pantai Punggai Sempena Tahun Baru Cina

Tapi dari Penggerang nak balik Pasir Gudang yang jauh, hampir 1 jam setengah kalau tak ye ye .. itu yang tengah sibuk kerja Suami malas nak ulang-alik, sebab balik lewat, then esok pagi pepaginya kena masuk plant.. tidur opis aja katanya, gituhhhh..

Tapi tulah, arwah Nenek Sis selalu pesan, jika Suami mencari rezeki, jangan curiga, nanti rezeki susah nak masuk, tapi berjaga-jaga, takut ada pulak yang sondol masuk.. gitu laa kata Nenek aku hahahahaha.. 

Selepas Asar kitaorang gerak balik, hampir juga jam 2.30pm laa baru gerak. Di Punggai tu bagusnya, ada sekali Surau, so korang bawa je telekung dan solat di situ. Tandasnya pun bersih. sebab apa bersih, sebab berbayar, kalau kotor, tu tandas free hehehehe.. 

Apa-apa pun, itu ajalah aktiviti cuti tahun baru cina selama 2 hari. Esok memasing dah mula kerja, Cucu pun esok ada, so ritun harian bermula seperti biasa. Bersyukurlah masih di beri peluang untuk merasai nikmat kebahagiaan ini. Terima kasih Tuhan.. 

Moga ank-anak saudaraku semuanya cepat sihat, aamiinn .. 


P/S : Balik rumah, solat asar, tertido sampai dekat nak Maghrib tadi, adoiii penat beno, nasib baik tak gila hahahaha.. 

Post a Comment

2Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Aaa.. memang sampai ke Pahang ombak besar tak boleh mandi laut. Area² sana skrg org kampung dah pandai cari duit padahal bukan tanah dorg pun kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu laa Kak, buat masa ni memang tak boleh mandi laut.. angin pun kuat ..

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!