MAKAN ASAM PEDAS DI ASAM PEDAS D’DESA RAHMAT. Walaupun sendiri selalu masak asam pedas, tapi sesekali nak juga makan asam pedas di kedai kan. Cuma susah juga nak cari asam pedas yang banyak pilihan dan rasa sedap seperti masakan di rumah. Dan baru ni, bila Suami kata nak makan asam pedas, dia google di TikTok dan terjumpa Asam Pedas D’Desa Rahmat ni.
Bila Suami tanya kat mana, Sis kata tak tau kat mana dan tak pernah lagi pergi, sebab kita biasa masak sendiri je Bang hahahaha.. so tak salah kita mencuba, bila waze, ooo rupanya area nak ke Plaza angsana sana. Kita ni nama jerr orang Johor tapi Desa Rahmat pun kita tak tau kat mana, dah waze baru laa tawu.
Masa sampai tu masaalah dia cari parking, tempatnya agak sempit laluan jalannya dan terhad tempat parking, so pepandai laa korang cari parking ya. Sis datang tu time makan tengahari so agak ramai laa tapi tempat duduk banyak dan berbumbung.
Bila nampak menu lauk pauk asam pedas dia, kus semangat kemain meriah yaaa, serius laaa banyak pilihan masakan asam pedas di sini termasuk Asam Pedas Telur Ikan Mayong, Asam Pedas Ikan Merah, Ayam, Tetel dan juga beraneka Asam Pedas lain, rambang mata nak makan mana satu.
Tak lupa juga aneka masakan lauk-pauk kampung seperti Ulam-ulaman, Ikan Asam Rebus, Sup Gearbox Merah/sup rempah, masakan lemak salai, goreng-gorengan celup tepung, Bakar-bakar ikan dan seafood, aneka pilihan masakan Mee, dan juga menu lauk Hari Raya termasuk Lemang Periuk Kera pun ada, fuhhh banyak gilerr okayy. Kemain senyum lebor Suami Sis tengok hahahaha..
Konsep makan dia, ceduk sendiri, ada certain lauk dah siap tersedia dalam mangkuk beserta harga, so korang tinggal amik sahaja. Kalau agak banyak lauk nak amik, korang guna dulang, so nanti senang nak bawa ke hulu ke hilir amik lauk dalam dulang.
Minuman pula mereka jual air balang. Secawan RM3 free refill dan air sejuk/suam percuma. Memang berbaloi-baloi laaa makan di sini. Harga pun tidaklah mahal, kami makan berdua RM64 sahaja, tapi tengoklah lauk kami tu hihihi..
Sis makan haritu lauk asam pedas ikan kembong, amik kerang bakar, ulam ulaman dan juga sayur. Suami makan lauk Hari Raya, asam pedas ikan merah dan juga ulam ulaman. Tekak nampak asam pedas ikan mayong macam nak juga, nampak ikan kembong asam, pun nak juga, tengok pulak ikan pari bakar, pun nak juga, aishhhh tekak nafsu betul laaa hahahaha..
Kalau datang time lapar kan, semua nakkkk, punah diet kita wakkk, tapi sesekali okayy jerr, sebab kita memang makan nasi hahahaha.. segala Allah beri nikmat makan nasi, kita makan laa nasi, janji tidak berlebihan. Next time Suami kata, datang sini makan lauk lain pulak hahahaha. Ooo nak datang lagi ekkkk hehehehe..
Gambar Sis up ni adalah sebahagian suasana kedainya, ada lagi banyak lauk-pauk yang ada. Korang kalau nak try, silakan .. alamat ada di bawah.
43 A JALAN KEMAJUAN
TAMAN DESA RAHMAT TAMPOI,
Johor Bahru 81200.
Buka setiap hari
(Lupa nak tanya jam berapa buka & tutupnya)
Waze aja, pasti sampai ..
P/S : Moga Allah permudahkan segala urusan Suamiku, aamiinn ..
sedapnya..asam pedas mcm2 ada..ulam2 pun meriah!
ReplyDeleteDatang sini kalau lapar, memang semua nak makan MA hahahah
DeleteBnayaknya asam pedas dia.....ada kepala ikan...eee geram la..kerang tu pun menarik
ReplyDeleteBanyak pilihan SA, nanti datang JB boleh singgah yaa
Delete