CARA MENCARI KETENANGAN HATI : BELAJAR IKHLAS DAN REDHA DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN

CARA MENCARI KETENANGAN HATI : BELAJAR IKHLAS DAN REDHA DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN

6
CARA MENCARI KETENANGAN HATI : BELAJAR IKHLAS DAN REDHA DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN. Kadang-kadang, dalam sibuk urus rumah, anak-anak, Suami, Cucu, kerja harian dan blog… kita lupa tanya diri sendiri “hati aku okay ke hari ni?” . 

Sis pun macam tu. Nampak macam biasa je, buat rutin harian, masak, kemas rumah, scroll phone, update blog bila ada mood. Tapi dalam diam, ada hari-hari yang hati rasa penat sangat. Penat yang tak nampak, tapi kita sendiri yang rasa.

Bila hati dah mula letih, mulalah overthinking. Fikir macam-macam. Rasa tak cukup jadi isteri yang baik, mak yang cukup sempurna, atau rasa macam apa yang kita buat tu tak dihargai. Padahal, kita dah cuba yang terbaik. 

Cara Mencari Ketenangan Hati: Belajar Ikhlas dan Redha Dalam Kehidupan Seharian

Dalam fasa tu, Sis belajar satu benda, tentang ikhlas.

Ikhlas ni sebenarnya bukan benda mudah. Orang selalu cakap “buatlah dengan ikhlas”, tapi hakikatnya sebagai manusia, kita tetap ada rasa nak dihargai. Nak orang nampak usaha kita. Dan bila tak dapat apa yang kita harapkan, di situlah hati mula rasa berat.

Tapi perlahan-lahan, Sis cuba didik diri… buat sesuatu bukan sebab nak balasan manusia, tapi cukup kalau Allah tahu. Walaupun kadang-kadang tersasar juga, tapi tak apa… kita belajar.

Dan satu lagi, tentang redha.

Redha ni pun bukan terus jadi. Bukan hari ni kita sedih, esok terus okay. Dia proses. Kadang kita kena lalui dulu rasa kecewa, rasa down, barulah kita boleh betul-betul terima.

Ada benda dalam hidup yang tak jadi macam kita rancang. Ada harapan yang tak kesampaian. Tapi bila kita mula belajar redha, kita akan nampak… mungkin Allah susun sesuatu yang lebih baik, cuma kita je belum nampak lagi.

Dan dalam perjalanan belajar ikhlas dan redha ni, ada satu perkara yang paling susah untuk Sis buat… memaafkan.

Mulut mungkin mudah sebut “saya maafkan”… tapi hati? Hati kadang masih simpan rasa. Masih ingat setiap kata, setiap luka, setiap kekecewaan yang pernah buat kita diam lama.

Dan jujurnya, memaafkan tu bukan proses sehari dua. Ada luka yang ambil masa. Ada rasa yang kita cuba pendam, tapi tetap muncul bila teringat. 

Cara Mencari Ketenangan Hati: Belajar Ikhlas dan Redha Dalam Kehidupan Seharian

Kadang kita penat… penat berpura-pura kuat, sedangkan dalam hati masih belum betul-betul sembuh. Tapi satu hari, Sis sedar… kalau kita terus pegang rasa tu, sebenarnya kita yang terseksa. Bukan orang yang buat kita terluka.

Memaafkan bukan bermaksud kita setuju dengan apa yang jadi. Bukan juga bermaksud kita lupa segalanya. Tapi memaafkan adalah cara kita lepaskan beban yang kita sendiri pikul terlalu lama.

Perlahan-lahan, Sis belajar… tak semua benda perlu disimpan. Tak semua luka perlu diingat setiap masa.

Apa yang bantu Sis untuk tenangkan hati?

Simple je sebenarnya. Kadang Sis ambil masa duduk diam sekejap, jauh dari phone. Tarik nafas, cuba slow down. Masuk kelas tadabbur al-Quran, zikir sikit-sikit, walaupun tak banyak. Dan paling penting, stop bandingkan hidup kita dengan orang lain.

Sebab setiap orang ada perjalanan masing-masing.

Akhirnya, Sis sedar… hidup ni memang tak sempurna. Akan selalu ada naik turun, ada hari okay, ada hari rasa kosong. Tapi bila kita belajar ikhlas, redha dan memaafkan… hati tu jadi lebih ringan.

Mungkin kita tak dapat semua yang kita nak, tapi kita akan jumpa satu rasa ketenangan hati. Dan kadang-kadang, itu dah lebih dari cukup .. 


P/S : Jadilah yang paling ikhlas, bukan yang paling baik. Sebab dalam kebaikan belum tentu ada keikhlasan. tapi orang yang ikhlas, inshaallah baik ..

Post a Comment

6 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. ikhlaskan, redha dan memaafkan bebetul buat kita lebih tenang.. kalau x jiwa terbeban.. memang sakit memaafkan tapi itu lebih baik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susah kann Sodep tapi itulah, ada masa boleh, ada masa geram, ada masa malas nak amik tau, tapi jiwa sakit

      Delete
  2. Salam Sis Lin. Kita boleh redha, ikhlas & memaafkan tetapi satu.. ingatkan tak boleh dipadam. Melupakan tu yg susah. Anyway, saya tag sis Lin utk join tag berantai - https://www.aynorablogs.com/2026/04/tag-berantai-jom-berkenalan.html?m=1

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan senang nak melupakan Nora.. kesan luka tetap ada parutnya.. mulut boleh memaafkan namun jauh di sudut hati ni, rasa nak maki hamun ...

      Delete
  3. Pernah ku sandarkan harapan
    Pada janji yang rapuh dimamah waktu
    Ku bina mimpi di atas awan
    Runtuh jatuh tanpa ku tahu

    Luka lama jadi teman
    Sepi malam saksi bisu
    Bukan mudah melepaskan
    Apa yang pernah ku genggam dulu

    Pre-Chorus
    Kini ku belajar memahami
    Setiap yang pergi bukan milikku
    Bukan semua yang ku cintai
    Ditakdirkan bersamaku

    Chorus
    Aku berdamai dengan takdir
    Walau hati masih bergetar
    Tak lagi ku mengejar bayang
    Cinta yang kian memudar

    Biarlah aku sendiri
    Menyusun langkah tanpa sesiapa
    Redha aku pada Ilahi
    Jika ini jalan hidupku selamanya

    Verse 2
    Bukan ku benci pada cinta
    Cuma lelah menanti setia
    Ku serahkan pada Yang Esa
    Andai ada, pasti tiba

    Kini ku isi hari-hari
    Dengan sabar dan doa
    Belajar kuat berdiri
    Walau tanpa bahu untuk bersandar

    Pre-Chorus 2
    Setiap ujian mendewasakan
    Mengajar erti kehilangan
    Dalam tangis ada kekuatan
    Dalam sunyi ada ketenangan

    Chorus
    Aku berdamai dengan takdir
    Takkan lagi ku berpaling
    Jika jodoh bukan tertulis
    Ku terima dengan hati yang bening

    Biarlah aku sendiri
    Melalui liku penuh cabaran
    Tabah ku harungi hari
    Dengan iman jadi pegangan

    Bridge
    Jika esok masih sendiri
    Aku tetap melangkah pergi
    Bukan kerana aku tak mampu mencintai
    Tapi aku memilih untuk mengerti

    Bahawa hidup bukan tentang memiliki
    Tapi tentang menerima
    Apa yang Tuhan beri
    Dengan jiwa yang reda

    Chorus (Ending – perlahan & mendalam)
    Aku berdamai dengan takdir
    Walau perit ku rasai
    Kini aku lebih mengerti
    Cinta sejati milik Ilahi

    Sendiri bukan bererti kalah
    Sepi bukan tanda tersisih
    Aku terus kuat melangkah
    Dengan hati yang telah pulih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagu apa pulak ko ni Shai, kemain jiwang panjang sungguh hahahaha

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!
To Top