HAPPY BIRTHDAY RETNA! HAPPY BIRTHDAY FANNY!. Kebetulan atau memang sudah tertulis, mereka bertiga ni (Retna, Fanny & Carneyz) berkongsi bulan kelahiran June (Gemini) bersama. Sebelum ni kami sambut birthday Carneyz di Jakarta (birthdaynya 5 June), dan Jumaat lepas mereka bertiga ke Johor, kami surprise birthday Retna di rumah Sis.
Memang menahan jari ucap birthday dia. Kalau tidak seawal jam 12am Sis dah wish, dan semua group Sis wish juga, tapi haritu Sis tahan diri tak wish sebab saje nak bagi dia kecewa sebab tak ingat birthday dia hahaha.. dah plan dengan Carneyz macamtu, tapi dia lupa nak bagitau Fanny, so bila Fanny wish, terpaksa laa dia buat-buat lupa dan terwish sekali hahahaha adeii..
Tujuan datang ke Johor nanti Sis cerita okayy.. ni Sis kongsi dulu kisah sambutan birthday mereka. Jumaat tu Sis dah siap semua masak dan belikan sebiji kek kecik untuk Retna. Sampai aja mereka depan rumah, Carneyz dah masuk dulu stanby. Then bila Retna masuk aja, terus on lagu birthday kat youtube dan bawa kek nyanyi depan dia.. arghh masa ni sayu hati rasa weyyy, ternangis pulakkk aku.
Apa-apa pun, surprise menjadi juga laa..
Happy birthday Retna!.. aku sentiasa mendoakan yang baik-baik aja buat ko selalu. Hampir 20 tahun kita berkenalan, pelbagai kisah suka duka kita lalui, kini kita masih bersama masih serasi, moga ko sihat-sihat selalu, dimurahlan rezeki dan dipermudahkan segala urusan, dan jangan lupa, trip kita akan datang okayyyy hehehehe..
Esoknya 20 June adalah birthday Fanny. Kitaorang dah plan juga nak surprise Fanny tapi pagi tu terbuka cerita pulak, rupanya Fanny ni tak suka orang raikan birthdaynya, sebab tu ramai tak tau date birthday dia.. terus terdiam kejap otak kami fikir, macam mana ekkk nak surprise birthday dia hahahaha..
So bila kami ke Muzium Tokoh Johor (nanti cerita okay), kebetulan dalam tu ada Ikhwan Cafe. Terus kami beli kopi dan suruh Fanny pilih kek apa dia suka. Nasiblah Fanny okayy. Bila dah dapat kopi dan kek, alang-alang kann, kitaorang pun sambutlah birthday dia sekali, cuma kami hormatlah dia, kami tak nyanyilah lagu birthday, just amik gambar aja.
Harap Fanny suka dan happy seadaanya dari kami.
Happy birthday Fanny!, Sis doakan juga yang baik-baik buat kamu. Kamu sangat baik-hati dan ikhlas. Moga kamu dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dan sentiasa happy go lucky dan awet muda yaa. Lepas ni kita boleh travel sama-sama lagi. Banyak dah plan ni kan hehehe..
Sayang semua! Terima kasih menjadi sahabat Sis ❤
P/S : Terima kasih korang bawa hadiah macam-macam untuk Sis!..



Hahaha adoii yg rs terkucil si carney tu sume lakonan semata² ye hahaha... dalam hotak mmg dh terus ke toilet tu, sbb kemain laju dia lari masuk dalam rupanya standby utk amek video.. hahaa nasib baik tak tersungkur depan pintu haha
ReplyDeleteAnyqay tq sislin, katni n fanny atas surprisenya tu. Mmg x tau nak nnagis ke nak gelak time tu tp auto kita tahan air mata.. hepi tau haha sbb dah tua² mmg x pk nak celebrate sgt
Hahahaha berlakon kena handal, walaupun dah nyaris tak jadi tu plannya..
DeleteSama-sama awak.. takpe makin tua makin kita hargai umurnya kann.. jangan rasa tua, sebab masih panjang lagi kita nak jalan ni hahahahaha
dh baca kisah surprise kt blog retna....oh lama dh kenal 20thn ye...
ReplyDeleteYaaa, kena kejutan anakomak hahahahaha..
DeleteYaa Mama Tisya, dari anak bongsu darjah 3 dah kenal Retna, now anak bongsu tu dah 26tahun dah ajdi bapak dah hahahaha
Masyaallah.. 20 tahun sudah berukhuwah..
ReplyDeleteTerima kasih SL singgah blog saya. Blog caca marba hehe..
Alhamdulilah, persahabatan yang Allah pelihara hingga kini..
DeleteSama-sama kasih juga kunjungannya ..seronok baca jumpa Fanny tuu
dh lama tu u berkawan dgn retna rupanya..lebih kurang sama mcm i berkawan dengan ezna lah...sejak zmn anak2 kecik, now our kids dh masuk uni!! frenship till jannah insya Allah... i baru tahu fanny tak suka org celebrate bday dia yer...rare jugak tu..kira humble la kannn tak mau bising2 psl bday heheheh tp kwn2 sayang dan appreciate dia so kita sambutlah bday dia! i tak sempat beli bday cake utk dia masa jumpa dia pg td..dia kata uolls dh celebrate dh bday mkn kek ;)
ReplyDelete