MOOD HARI ISNIN : KEMBALI KE RUTIN SELEPAS BERCUTI

Sis Lin
By -
4
MOOD HARI ISNIN : KEMBALI KE RUTIN SELEPAS BERCUTI . Alhamdulillah, selesai sudah percutian singkat hujung minggu bersama suami ke Batam. Last minit Suami ngajak ke Batam. Walaupun hanya dua hari, cukuplah untuk merehatkan fikiran, menikmati masa berdua dan mengumpul semula tenaga sebelum kembali kepada rutin harian.

Begitulah lumrah sebuah perjalanan. Sebelum bercuti, sibuk membuat persiapan. Ketika bercuti, kita menikmati setiap detik yang ada. Bila pulang ke rumah pula, bermulalah episod mengemas dan menyusun semula kehidupan seperti biasa.

Pagi Isnin hari ini bermula dengan melihat beg yang masih belum dikemas. Baju-baju yang perlu dibasuh, barang-barang yang perlu disusun semula, rumah yang kena sapu dan mop dan dapur yang kembali memanggil untuk memasak. 

Kadang-kadang, penat itu masih terasa. Tapi bila tengok rumah kembali kemas sedikit demi sedikit, hati pun turut rasa lega. Sambil mengemas, ikut kelas Tadabbur secara online. Gitulah rutin hari Isnin awal pagi Sis ni. Ni pun sempat menaip sebelum memulakan kerja rumah. 



Sambil mengemas, sempat juga berfikir…
“Harini nak masak apa ya?”

Itulah soalan yang hampir setiap hari bermain di fikiran seorang isteri kan?. Kadang-kadang idea datang dengan mudah, kadang-kadang peti ais dibuka berkali-kali pun masih belum tahu nak masak apa. Last-last, masak yang ringkas tetapi mengenyangkan. Yang penting, masak!.

Ingat nak puasa sunat Isnin, tapi tengahari ni Sis ada temujanji review di Hotel, sebab kita dah janji kenalah pergi kan. Lagipun nak jumpa kawan sekali, lama tak sembang dengannya. Dalam masa yang sama, Sis juga mengingatkan diri supaya tidak terlalu memaksa badan bekerja tanpa henti.

Minggu hadapan ada temu janji di KK Taman Cendana untuk amik sampel darah bagi pemeriksaan berkala. Jadi minggu ini Sis kena kontrol sedikit pemakanan dan gerakan. Berehat secukupnya, minum air yang mencukupi, makan dengan lebih teratur dan memberi ruang kepada badan untuk kembali bertenaga.

Kadang-kadang kita terlalu sibuk menguruskan semua perkara sehingga terlupa bahawa badan juga mempunyai hak untuk berehat. Tak jadi satu kesalahan pun kalau hari ini kita tidak melakukan semuanya sekaligus. Rumah tidak semestinya perlu siap dikemas dalam sehari. Kerja sentiasa ada. Yang penting, lakukan sedikit demi sedikit mengikut kemampuan. Kesihatan juga adalah satu amanah yang perlu dijaga.

Percutian memberi kegembiraan, manakala rutin harian mengajar kita untuk terus bersyukur dengan nikmat yang sederhana. Kedua-duanya mempunyai keindahan yang tersendiri. Semoga minggu baru ini dipermudahkan segala urusan. 

Terima kasih kerana sudi singgah membaca perkongsian Sis hari ini. Semoga minggu baru ini membawa semangat baru buat kita semua. Walaupun kerja rumah tak pernah habis, dan rutin harian sentiasa menunggu, jangan lupa untuk berehat apabila badan meminta.

Doakan juga semoga urusan pemeriksaan kesihatan Sis minggu hadapan dipermudahkan dan semuanya berada dalam keadaan yang baik. Aamiin. Selamat menjalani hari Isnin. Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan kita, mengurniakan kesihatan yang baik, rezeki yang berkat dan hati yang sentiasa tenang.

Semoga kita semua diberikan kekuatan untuk menjalani minggu baru ni dengan hati yang tenang, langkah yang ringan dan penuh rasa syukur. Jangan lupa berzikir Isnin ya. So, jom kita, bismillah… satu demi satu. Inshaallah semuanya akan selesai juga.


P/S : Terima kasih Suamiku ❤ ..
Tags:

Post a Comment

4 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Selamat berehat Sislin. Jangan lupa sambung entry trip Jakarta-Bandung ni lepas tu hihi 🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Settle kerjakan kain baju semua.. now nak melipat mengosok.. esoklah baru cari idea nak update blog hahahaha

      Delete
  2. Back to life, bacak to reality....

    ReplyDelete
  3. Semoga baguuuus nanti hasil pemeriksaan ya kak 🤗.

    Hidup nih harus balance memang. Saat liburan, kita nikmati betul2. Selesai liburan, balik ke reality, tugas harian 😄😁.

    Sayapun selesai liburan langsung balik ke track sebelumnya... Masak sehat lagi, olahraga lagi. Menabung lagi utk next liburan 😄

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!