TRAVEL STORY JAKARTA HARI KETIGA - SEHARIAN JALAN-JALAN DAN CARI MAKAN

TRAVEL STORY JAKARTA HARI KETIGA - SEHARIAN JALAN-JALAN DAN CARI MAKAN

1
TRAVEL STORY JAKARTA HARI KETIGA - SEHARIAN JALAN-JALAN DAN CARI MAKAN. Percutian Sis ke Jakarta ini benar-benar memberikan pengalaman yang menarik. Walaupun ramai menganggap Jakarta sebagai sebuah bandar yang sibuk dengan kesesakan lalu lintas, sebenarnya kota metropolitan ini mempunyai banyak tarikan yang boleh diterokai dalam masa sehari.

Agak beruntungnya kami tanpa perancangan, percutian kami ke Jakarta kali ni kebetulan adalah hari libur Indonesia sempena Hari Lahir Pancasila dan juga cuti Hari Wesak. Fanny kata, bila time cuti, ramai rakyat Jakarta bercuti ke Bandung atau keluar kota daerah lain, makanya Jakarta ketika kami datang, keadaan lalulintas sana sini sangat lancar, alhamdulilah.   

Hari ketiga di Jakarta dipenuhi dengan aktiviti, makanan yang sedap dan pemandangan yang cukup memukau. Dari lokasi bersejarah sehinggalah menikmati panorama bandar dari aras tinggi, semuanya meninggalkan kenangan yang manis sepanjang berada di ibu kota Indonesia ini. 

Travel Story Jakarta Hari Ketiga - Seharian Jalan-Jalan Dan Cari Makan

Travel Story Jakarta Hari Ketiga - Seharian Jalan-Jalan Dan Cari Makan

Menyelami Sejarah di Kota Tua Jakarta - KOTU

Hari ketiga, kita santai-santai aja, jadi Fanny jemput pun agak lewat, hampir jam 8,30am. Destinasi pertama yang kami kunjungi ialah Kota Tua (KOTU) Jakarta. Kawasan bersejarah ini terkenal dengan bangunan-bangunan lama peninggalan zaman kolonial Belanda yang masih terpelihara sehingga hari ini.

Kota Tua Jakarta, atau dikenal sebagai Batavia Lama (Oud Batavia), adalah kawasan bersejarah seluas 1,3 kilometer persegi yang melintasi wilayah Jakarta Barat dan Jakarta Utara. Kawasan ini merupakan pusat pemerintahan kolonial VOC dan kini telah direvitalisasi menjadi destinasi wisata budaya, edukasi, dan sejarah yang sangat populer di ibu kota.

Untuk lawatan ke sini, kami di jumpakan dengan blogger Indonesia, Fajar & Family. Fajar yang bawa kami pusing sekitar KOTU dan menerangkan serba sedikit sejarahnya. Cuma tempat tu sedang di bangunkan dan sedang dalam pembaikan, so nak OOTD pun jadi kurang cantik pemandangannnya.

Walaupun secara jujurnya, jangankan kata sejarah Indonesia, sejarah Malaysia pun Sis fail untuk di ulangkaji. Jadi bila dengar Fajar bercerita, jadi menarik pulak. 

Travel Story Jakarta Hari Ketiga - Seharian Jalan-Jalan Dan Cari Makan

Travel Story Jakarta Hari Ketiga - Seharian Jalan-Jalan Dan Cari Makan

Menikmati Bakso Mas Kumis Yang Popular

Selepas puas berjalan, Fanny & Raka bawa kami singgah di Bakso Mas Kumis yang terkenal dalam kalangan penduduk tempatan. Kumis tu Misai, Bila dah sampai tempatnya, okayy baru faham kenapa di panggil Bakso Mas Kumis hahahaha.. 

Bakso merupakan antara makanan wajib dicuba apabila berada di Indonesia. Tapi nak dapatkan bakso yang sedap bukan senang ya. Dan inilah bakso yang boleh Sis katakan bakso sedap Indonesia yang pernah Sis makan. Makannya dengan sos sambal pedas pilihan, memang padu habis rasa kuahnya. Minum pula dengan Es Jeruk, tambah lagi nikmatnyaaa.. 

Kalaulah lama di situ, mau Sis pesan 2 mangkuk Baksonya 2 cawan Es jeruk hahahahaa

Travel Story Jakarta Hari Ketiga - Seharian Jalan-Jalan Dan Cari Makan

Travel Story Jakarta Hari Ketiga - Seharian Jalan-Jalan Dan Cari Makan

Singgah Bungkus Ayam Gepuk Ori Jakarta

Dalam kereta boraknya tak habis-habis pasal Ayam Gepuk, lastly Raka bawa kami ke Restoran Ayam Gepuk Ori Jakarta yang menjadi kegemaran ramai. Raka rekemen bawa kami ke sini untuk kami tau inilah Ayam Gepuk ori pertama Jakarta. 

Tapi kami tak makan di situ, Raka bungkuskan untuk kami buat makan malam nanti. Malam tu kami makan di bilik hotel. Bagi Sis lebih kurang sama aja dengan di Malaysia, cuma Sis suka sambalnya laa sebab pedas. Ayamnya sedikit kering, maybe sebab dah sejuk. 

Travel Story Jakarta Hari Ketiga - Seharian Jalan-Jalan Dan Cari Makan

Travel Story Jakarta Hari Ketiga - Seharian Jalan-Jalan Dan Cari Makan

Window Shopping di PIK By The Sea

Lokasi seterusnya, kami singga di PIK (Pantai Indah Kapuk) By The Sea. Kawasan ini menawarkan suasana santai, deretan kedai-kedai yang cantik serta pelbagai pilihan jenama local dan ada juga  kafe moden.Berjalan-jalan di sekitar kawasan ini seolah macam di Johor Premium Outlet (JPO), cuma sini lebih santai. Mulanya tak tau nak beli apa. Last-last, dapat jugalah Sis beli satu bag dari brand Meiji untuk diri sendiri. Harga oun tidaklah mahal sangat, rp289,000. 

Nampak kedai Paddy, dah masuk nak beli dan buat, tapi ramai sangat pulak orangnya nak menunggu. So Sis abaikan je laa dulu. 

Travel Story Jakarta Hari Ketiga - Seharian Jalan-Jalan Dan Cari Makan

Travel Story Jakarta Hari Ketiga - Seharian Jalan-Jalan Dan Cari Makan

Makan di Nasi Padang Payakumbuah

Ada cerita di sebaliknya ni. Mulanya ingin makan di Tuan Mudo, tapi ramai pulak yang beratur. Ini semua gara-gara ramai boikot Pagi Sore tu lerr!. Akhirnya Fanny & Raka bawa kami ke Nasi Padang Payakumbuah ni, yang di miliki oleh influencer Indonesia Arief Muhammad

Nasi padang terkenal dengan pelbagai pilihan lauk yang kaya dengan rempah dan rasa. Lain restoran lain cara dan gaya hidangan juga menu. Sebaik sahaja kami duduk, semua hidangan dihidangkan di atas meja, Sis terus teruja melihat pelbagai pilihan lauk yang menggoda selera.

Rendang, ayam, gulai dan pelbagai hidangan lain menjadikan pengalaman makan di sini cukup memuaskan. Menu kege Aran, Tebusu pun ada, juga keropok kulit lembu, itu kegemaran Suami Sis!. Yang bestnya restoran Nasi Padang di Jakarta ni, semua tempat ada surau, so senang nak solat selepas makan, alhamdulilah. 

Travel Story Jakarta Hari Ketiga - Seharian Jalan-Jalan Dan Cari Makan

Travel Story Jakarta Hari Ketiga - Seharian Jalan-Jalan Dan Cari Makan

Santai Makan Kek di Amy & Cake Bistro

Selepas menikmati makanan yang berat, kami singgah pula ke Amy & Cake untuk menikmati pencuci mulut. Ada tujuannya kami ke sini. Kafe yang sangat cantik!. Tapi sebab kenyang lagi, kami order dan makan kongsi-kongsi aja. 

Taraa, surprise!! Happy birthday Carneyz!! Surprise dari kami buat dia. Birthday in advance. Moga sihat-sihat selalu ya!. Puteri anaknya Fajar juga teruja tengok kek tu. Dia suka kek tu. Kek yang dihidangkan bukan sahaja cantik tetapi juga lembut dan sedap. Suasana kafe yang selesa menjadikan ia lokasi yang sesuai untuk berehat seketika sebelum meneruskan perjalanan. 

Travel Story Jakarta Hari Ketiga - Seharian Jalan-Jalan Dan Cari Makan

Travel Story Jakarta Hari Ketiga - Seharian Jalan-Jalan Dan Cari Makan

Menikmati Secawan Kopi Tuku

Sebagai pencinta kopi, Sis tidak melepaskan peluang untuk mencuba Kopi Tuku yang terkenal di Jakarta. Ini pun Raka yang rekemen juga. Kita cuba kopi local. Korang jangan cari di malaysia pulak, memang takde laa kann hahahaha. 

Aroma kopinya yang harum dan rasanya yang seimbang membuatkan Sis faham mengapa jenama ini begitu popular dalam kalangan masyarakat Indonesia. Kopi Susu Kampung pilihan kami, ternyata memang rasa kopi dia tu memang rasa kopi sebenarnya!. Jap, ada ke kopi tiruan ekk kikikiki.. 

Travel Story Jakarta Hari Ketiga - Seharian Jalan-Jalan Dan Cari Makan

Travel Story Jakarta Hari Ketiga - Seharian Jalan-Jalan Dan Cari Makan

Menutup Hari Dengan Pemandangan Jakarta Dari Tingkat 88

Kemuncak perjalanan hari itu sudah tentu apabila kami berpeluang menikmati pemandangan bandar Jakarta dari Up @ Thamrin Eight atau Mirror Tower di tingkat 88. Tiket semua Fanny dah beli awal sesiap. Belum boleh bayangkan macam mana keadaan dalam tu bercermin semua. 

Bila masuk aja, semua orang kena pakai sarung kasut. Kasut tak payah buka, cuma pakai sarung kasut yang di berikan. Melangkah ajerr, arghh sudah.. terus rasa berpinarr mata weyyy. Dari ketinggian tersebut, keseluruhan bandar Jakarta kelihatan begitu menakjubkan. Deretan bangunan pencakar langit, jalan raya yang sibuk dan panorama bandar yang luas terbentang sejauh mata memandang.

Cuma bila Sis berdiri lama atas cermin tu, kepala pening dan pusing, maybe sebab pantulan cermin keliling tu, serta merta buat mood down, so Sis duduk relax sementara geng lain bergambar. Tapi okaylah, bagi mereka yang pandai kreatid amik gambar, mesti dapat gambar yang cantik di sini. 

Travel Story Jakarta Hari Ketiga - Seharian Jalan-Jalan Dan Cari Makan
One day kita cuba Kenangan Signature ni!

Balik Hotel dan Berehat

Sebelum balik tu, Raka tunjuk juga dekat Sis kedai kopi Kenangan Signature. Ikut hati nak juga beli dan rasa kopinya. Tapi perut masih rasa penuh, dan juga blurr masih pening-pening cermin tu, mood nak beli kopi tu terbantut rasa. Rasa terkilan pulak kita tak beli. 

Walaupun hanya sehari menjelajah Jakarta, pelbagai pengalaman menarik berjaya kami kumpulkan. Dari sejarah Kota Tua, menikmati pelbagai makanan & minuman tempatan, mini soping di PIK By The Sea hinggalah melihat panorama bandar dari tingkat 88, semuanya menjadikan hari tersebut cukup bermakna.

Jakarta mungkin terkenal dengan kesibukannya, namun di sebalik kesesakan kota, terdapat banyak pengalaman menarik yang menanti untuk diterokai. Bagi Sis, sehari di Jakarta sudah cukup untuk membuatkan Sis ingin kembali lagi suatu hari nanti. Tapi taknak gi tempat cermin ni lagi hahahaha.. 

Okayy esoknya kita nak gerak ke Bandung... kita sambung nanti okayy.. 


P/S : Next time datang Jakarta, nak jugalah makan Pagi Sore hahahaha.. 

Post a Comment

1 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Next time tema ako shoping and makan 🤣🤣🤣

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!
To Top