SOTONG BERLADA CABE RAWIT, MENU BERBUKA PUASA SUNAT ISNIN

SOTONG BERLADA CABE RAWIT, MENU BERBUKA PUASA SUNAT ISNIN

2
SOTONG BERLADA CABE RAWIT, MENU BERBUKA PUASA SUNAT ISNIN. Kita stop jap cerita percutian Jakarta - Bandung Sis dulu ya, kasi ruang nak kongsi cerita lain sat, lagipun idea tengah kosong nak update cerita seterusnya. Please jangan menekan-nekan yaa hahahaha.. 

Di rumah ni masih lagi sambung rutin mengemas, mengosok dan melipat menyusun baju balik travel tu. Di tambah pulak baju-baju Suami juga yang di bawa balik dari Paka. Jenuh nak lipat, susun dan gosok semua, sakit pinggang duduk lelama weyyy. Tapi nak taknak kena juga settlekan semua, rimas mata tengok berlonggokk. 

Sotong Berlada Cabe Rawit, Menu Berbuka Puasa Sunat Isnin

8 hari travel, makan minum macam-macam di sana. Balik Malaysia, jadi seram nak naik atas penimbang, malas nak menimbang, kompom naik juga 2/3 kilo ni, sebab rasa perut menebal aja hahaha.. so kita kembalilah puasa sunat Isnin Khamis kita yaa. Duduk rumah minum air kosong, bukan Es Jeruk hahahaha.. rindunya Es jeruk Jakarta - Bandung.. 

Sebelum balik Malaysia haritu, sempat singgah Pasar Baru Bandung beli Cabe Rawit. Tahap kepedasan dia sesuai buat mereka yang suka makan pedas macam Sis. Syukur juga dah berusia ni, tahap lidah menahan pedas ni masih bertahan. Perut pun masih beri kerjasama, walau kadang tu ada jugalah rasa cirit tapi masih under control. 

Sotong Berlada Cabe Rawit, Menu Berbuka Puasa Sunat Isnin

Jadi bila nak masak lauk, mesti nak rasa pedas. Bila nak pedas, Sis pedaskan dengan cabe rawit yang Sis beli. Masak Sotong Berlada menu berbuka puasa Isnin lepas, Sis guna cabe rawit. Dalam segenggam juga Sis guna, dalam hati kata, kalau pedas ni mau pijor bibir kang, sekali betul hahaha dengan Suami sekali memijorr bibir lepas makan hahaha.. tapi sedapppp kan Bang... kikikiki

Nak hilangkan sikit pedas masa makan, kena makan berulamkan timun. Barulah rasa okayy tapi habis makan, tetap juga pijor bibir. Rasakannn nak sangat pedaskann. Tapi jujurlah kata, pedas cabe rawit ni tak sama sekali dengan pedas cili padi kita ni, pedas dia tu rasa betul pedas. Korang pernah try tak?.

Sotong Berlada Cabe Rawit, Menu Berbuka Puasa Sunat Isnin

Haa tu ler rupa cabe rawit yang Sis beli di Bandung tu. Cabe rawit ni ada banyak jenis, ada yang pendek gemok juga, tapi kebanyakkannya mereka guna cabe rawit panjang ni haa buat sambal. Kalau buat sambal belacan, perghh padu baiii pedas dia, makan dengan nasi panas, ikan kering masin, mantappp...

Mungkin yang jual Ayam Gepuk/Geprek/Gembus tu semua yang resepi Indonesia, mereka guna cabe rawit untuk level pedasnya. kalau amik level 1-3 masih okayy, cuba ko amik level pedas 4-5, perghh pedas dia rasanya macam cabe rawit ni.. tapi ada gak certain, amik level 5 tapi rasa biasa jerr nyahhhh.. 


P/S : Harini nak masak daging korban untuk berbuka puasa, ishaallah ..

Post a Comment

2 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Mahu bibir jadi cam Angelina Jolie ni kang, Lin.

    ReplyDelete
  2. Bagikan terasa-terasa pijar pedasnya cabai rawit tu kak...SA dah angkat tangan dah awal2 bab pedas2 ni...x sanggup jadi penghuni toilet berulang kali

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!
To Top