NAIK PANORAMIC TRAIN KE BANDUNG: PENGALAMAN MELIHAT KEINDAHSN JAWA BARAT DARI GERABAK KACA

NAIK PANORAMIC TRAIN KE BANDUNG: PENGALAMAN MELIHAT KEINDAHSN JAWA BARAT DARI GERABAK KACA

1
NAIK PANORAMIC TRAIN KE BANDUNG: PENGALAMAN MELIHAT KEINDAHAN JAWA BARAT DARI GERABAK KACA. Selepas beberapa hari menikmati kesibukan Jakarta, tibalah masa untuk kami meneruskan perjalanan ke Bandung. Kali ini pengalaman kami sedikit berbeza kerana memilih untuk menaiki Panoramic Train

Seawal pagi kami sudah berada di Stesen Gambir, Jakarta. Stesen ini antara stesen utama yang menghubungkan Jakarta dengan pelbagai destinasi di Pulau Jawa. 

Naik Panoramic Train ke Bandung: Pengalaman Melihat Keindahan Jawa Barat Dari Gerabak Kaca

Naik Panoramic Train ke Bandung: Pengalaman Melihat Keindahan Jawa Barat Dari Gerabak Kaca

Sementara menunggu waktu berlepas, kami sempat sekejap berehat di lounge yang disediakan. Ada minuman dan makanan di sediakan. Memang sesuai untuk berehat seketika sebelum memulakan perjalanan yang mengambil masa sekitar tiga jam ke Bandung.

Tiket Panoramic Train boleh ditempah lebih awal secara dalam talian. Semua Fanny yang uruskan. Walaupun harganya sedikit lebih mahal berbanding gerabak biasa, tapi untuk pengalaman menaikinya, memang berbaloi. Gerabak yang berbeza dengan gerabak lain. 

Naik Panoramic Train ke Bandung: Pengalaman Melihat Keindahan Jawa Barat Dari Gerabak Kaca

Naik Panoramic Train ke Bandung: Pengalaman Melihat Keindahan Jawa Barat Dari Gerabak Kaca

Apa yang paling menarik tentunya tingkap kaca besar yang memanjang sehingga ke bahagian bumbung gerabak. Dari tempat duduk, kami dapat menikmati pemandangan luar dengan lebih jelas tanpa sebarang halangan. Sepanjang perjalanan, mata di sajikan dengan kehijauan sawah padi, perkampungan penduduk, sungai dan bukit-bukau yang menghiasi laluan menuju Bandung.

Tempat duduk yang luas dan selesa menjadikan perjalanan terasa begitu santai. Snack box beserta minuman sejuk & panas juga di berikan percuma. Kalau lapar, ada juga jualan makan dan minuman pilihan dis ediakan. 

Korang jangan tidur sebab pemandangan yang akan di lihat memang cantik dari awal hingga akhir perjalanan. 

Naik Panoramic Train ke Bandung: Pengalaman Melihat Keindahan Jawa Barat Dari Gerabak Kaca

Naik Panoramic Train ke Bandung: Pengalaman Melihat Keindahan Jawa Barat Dari Gerabak Kaca

Antara momen yang paling dinantikan ialah ketika kereta api melalui Terowong Sasaksaat, iaitu terowong kereta api terpanjang di Indonesia. Dengan panjang hampir satu kilometer, pengalaman memasuki terowong ini memberikan sedikit debaran tetapi sangat mengujakan. Dalam beberapa saat, suasana bertukar gelap sebelum cahaya kembali menyinari gerabak sebaik sahaja keluar dari terowong. 

Mindset Sis masa tu, macam dalam filem Train of Busan. Macam mana kalau tiba-tiba Zombie datang serang? Hahahaha .. 

Naik Panoramic Train ke Bandung: Pengalaman Melihat Keindahan Jawa Barat Dari Gerabak Kaca

Naik Panoramic Train ke Bandung: Pengalaman Melihat Keindahan Jawa Barat Dari Gerabak Kaca

Semakin menghampiri Bandung, pemandangan menjadi semakin indah dengan deretan gunung dan kawasan tanah tinggi yang terkenal di Jawa Barat. Tidak hairanlah ramai pelancong memilih perjalanan kereta api berbanding jalan raya kerana dapat menikmati panorama yang begitu memukau sepanjang perjalanan. 

Bagi Sis, Panoramic Train bukan sekadar pengangkutan dari Jakarta ke Bandung tetapi juga sebahagian daripada pengalaman percutian Sis sendiri. Jika berpeluang berkunjung ke Bandung lagi, Sis memang akan repeat Panoramic Train ni lagi.

Cuma mungkin kalau naik kali kedua, Sis nak tidor kot hahahahaa .. Korang boleh tengok video yang Sis rakam di TikTok Sis ok. 


P/S : Mood holiday lagi dah turn ON ni hahahaha 🫢

Post a Comment

1 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Memang wow lah keretapi ni...
    Tapi kalau waktu matahari terik macam mana?

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!
To Top