TARIKH PUASA TASU'A DAN HARI ASYURA 2026 : REBUT GANJARAN BESAR DI BULAN MUHARAM. Bulan Muharam merupakan salah satu bulan yang dimuliakan dalam Islam. Di antara amalan yang sangat digalakkan pada bulan ini ialah berpuasa pada Hari Tasu’a dan Hari Asyura, sebagaimana yang diamalkan oleh Rasulullah ﷺ.
Puasa pada Hari Asyura mempunyai keistimewaan yang sangat besar. Rasulullah ﷺ bersabda bahawa puasa Asyura dapat menghapuskan dosa-dosa kecil setahun yang lalu dengan izin Allah SWT. Oleh itu, ramai umat Islam mengambil kesempatan untuk berpuasa pada hari tersebut sebagai tanda kesyukuran dan mengharapkan keampunan daripadaNya.
Bagi tahun 1448H / 2026, umat Islam boleh mengambil peluang untuk melaksanakan puasa sunat pada tarikh berikut:
📅 Hari Tasu’a (9 Muharam 1448H)
Jumaat, 26 Jun 2026
📅 Hari Asyura (10 Muharam 1448H)
Sabtu, 27 Jun 2026
Selain itu, Rasulullah ﷺ juga menganjurkan agar puasa Asyura disertakan dengan puasa pada Hari Tasu’a bagi membezakan amalan umat Islam daripada kaum lain. Justeru, berpuasa pada kedua-dua hari ini adalah sunnah yang sangat digalakkan.
Di sebalik ganjaran pahala yang dijanjikan, puasa Tasu’a dan Asyura juga menjadi medan untuk mendidik diri agar lebih sabar, meningkatkan ketakwaan serta memperbanyakkan amal ibadah. Ia adalah peluang terbaik untuk memulakan tahun hijrah dengan semangat baharu dan azam untuk menjadi insan yang lebih baik.
Jangan lepaskan peluang meraih ganjaran besar pada hari-hari yang mulia ini. Ajak keluarga, sahabat dan orang tersayang untuk sama-sama menghidupkan sunnah Rasulullah ﷺ. Semoga puasa ini menjadi asbab keampunan dosa, keberkatan hidup dan penghijrahan diri menuju reda Allah SWT.
Selamat Berpuasa Tasu’a dan Asyura 1448H. Semoga segala amalan kita diterima oleh Allah SWT.
P/S : Dah terasa-rasa Bubur Asyura di tekak, moga ada rezekinya, inshaallah ..


Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging.