HAPPY BIRTHDAY RETNA! HAPPY BIRTHDAY FANNY!

Sis Lin
By -
3
HAPPY BIRTHDAY RETNA! HAPPY BIRTHDAY FANNY!. Kebetulan atau memang sudah tertulis, mereka bertiga ni (Retna, Fanny & Carneyz) berkongsi bulan kelahiran June (Gemini) bersama. Sebelum ni kami sambut birthday Carneyz di Jakarta (birthdaynya 5 June), dan Jumaat lepas mereka bertiga ke Johor, kami surprise birthday Retna di rumah Sis

Memang menahan jari ucap birthday dia. Kalau tidak seawal jam 12am Sis dah wish, dan semua group Sis wish juga, tapi haritu Sis tahan diri tak wish sebab saje nak bagi dia kecewa sebab tak ingat birthday dia hahaha.. dah plan dengan Carneyz macamtu, tapi dia lupa nak bagitau Fanny, so bila Fanny wish, terpaksa laa dia buat-buat lupa dan terwish sekali hahahaha adeii.. 

Happy Birthday Retna! Happy Birthday Fanny!

Tujuan datang ke Johor nanti Sis cerita okayy.. ni Sis kongsi dulu kisah sambutan birthday mereka. Jumaat tu Sis dah siap semua masak dan belikan sebiji kek kecik untuk Retna. Sampai aja mereka depan rumah, Carneyz dah masuk dulu stanby. Then bila Retna masuk aja, terus on lagu birthday kat youtube dan bawa kek nyanyi depan dia.. arghh masa ni sayu hati rasa weyyy, ternangis pulakkk aku. 

Apa-apa pun, surprise menjadi juga laa.. 
Happy birthday Retna!.. aku sentiasa mendoakan yang baik-baik aja buat ko selalu. Hampir 20 tahun kita berkenalan, pelbagai kisah suka duka kita lalui, kini kita masih bersama masih serasi, moga ko sihat-sihat selalu, dimurahlan rezeki dan dipermudahkan segala urusan, dan jangan lupa, trip kita akan datang okayyyy hehehehe.. 

Happy Birthday Retna! Happy Birthday Fanny!

Esoknya 20 June adalah birthday Fanny. Kitaorang dah plan juga nak surprise Fanny tapi pagi tu terbuka cerita pulak, rupanya Fanny ni tak suka orang raikan birthdaynya, sebab tu ramai tak tau date birthday dia.. terus terdiam kejap otak kami fikir, macam mana ekkk nak surprise birthday dia hahahaha.. 

So bila kami ke Muzium Tokoh Johor (nanti cerita okay), kebetulan dalam tu ada Ikhwan Cafe. Terus kami beli kopi dan suruh Fanny pilih kek apa dia suka. Nasiblah Fanny okayy. Bila dah dapat kopi dan kek, alang-alang kann, kitaorang pun sambutlah birthday dia sekali, cuma kami hormatlah dia, kami tak nyanyilah lagu birthday, just amik gambar aja. 

Harap Fanny suka dan happy seadaanya dari kami. 
Happy birthday Fanny!, Sis doakan juga yang baik-baik buat kamu. Kamu sangat baik-hati dan ikhlas. Moga kamu dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dan sentiasa happy go lucky dan awet muda yaa. Lepas ni kita boleh travel sama-sama lagi. Banyak dah plan ni kan hehehe.. 

Sayang semua! Terima kasih menjadi sahabat Sis ❤


P/S : Terima kasih korang bawa hadiah macam-macam untuk Sis!.. 

Post a Comment

3 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Hahaha adoii yg rs terkucil si carney tu sume lakonan semata² ye hahaha... dalam hotak mmg dh terus ke toilet tu, sbb kemain laju dia lari masuk dalam rupanya standby utk amek video.. hahaa nasib baik tak tersungkur depan pintu haha

    Anyqay tq sislin, katni n fanny atas surprisenya tu. Mmg x tau nak nnagis ke nak gelak time tu tp auto kita tahan air mata.. hepi tau haha sbb dah tua² mmg x pk nak celebrate sgt

    ReplyDelete
  2. dh baca kisah surprise kt blog retna....oh lama dh kenal 20thn ye...

    ReplyDelete
  3. Masyaallah.. 20 tahun sudah berukhuwah..
    Terima kasih SL singgah blog saya. Blog caca marba hehe..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!