MASAK SIPUT SEDUT LEMAK TEMPOYAK. Salam hari Isnin semua!. So how korang punya hujung minggu?. Harap korang semua sihat ya. Sis macam biasalah, Sabtu Ahad memang tak update blog, bizi ke sana sini, luang masa dating dan jalan-jalan cari makan bersama Suami.
Harini nak share masakan cubaan pertama Sis atau Sis buat kerja giler masak Siput Sedut Lemak Tempoyak. Tapi siapa sangka dan tak sangka sedap hokayyyy!!. Mula takut gak entah apa rasa kan, dah siap masak, sekali sedut, fuhhhh mantap!!.
Serius sedap! Bagi peminat tempoyak dan siput sedut, boleh try sebab bila ko sedut aja siput sedut tu, terasa-rasa lemak tempoyak dia tu. tapi kena buat pekat-pekat tau! Kalau cair memang tak sedap!.
Haritu masak siput sedut tu, Suami kata tak payah masak sebab dia balik lambat ada jumpa client so Sis apalagi order siput sedut sebungkus RM22 siap bersih, then masak lemak tempoyak. Suami takde balik makan kan, so kita masak tempoyak!.
![]() |
| Tak best ceritanya! 4/10 ⭐️ |
Memang tak sangka sesedap ini Sis masak kali ni hi³ (puji diri sendiri). Seperiuk tu Sis makan seorang meratah sambil makan nasi. Takde lauk lain. Nak goreng telur mata pun malas, syokk menyedutt aja.
Paling gilerr, bawa siput makan deoan TV sambil layan filen Suzanna dekat Netflix hahahahaha .. #adaakukesah .. aku yang kemas rumah, so what?!..
P/S : Live update from Melaka with ❤️




Tak makan yang kena sedut2 ni. Tak tahu kenapa. Memang dari kecik tak di ajar kot!
ReplyDeleteTrylah sekali, sekali sedut pasti suka menyedut hahahaha
DeleteNtahlah mungkin jenis yang tak pandai 'menyedut' kot!!!
DeleteHahahahaha boleh jadi
DeleteSenangnya dah ada jual siput sedut yg siap bersih dah. Teracun jugak ni sbb selama ni tak pernah masak siput sedut sbb tak reti siang 😅
ReplyDeleteYaaa tinggal masak aja siputnya, cuma harga mahal sikit
Deleteterliur sudahh...dapat rasakan, setiap sedutan terasa tempoyak...perghh!!
ReplyDeleteKannn sedap betul masak harituuuu..
DeleteLama tak makan siput sedut ni. Tak jumpa yang dah siap bersih. Kat kedai ada yang dah masak cuma tu la feel menyedut tu takde kat kedai. Kena sedut kat rumah jugak.
ReplyDeleteSini ada, harga jerr mahal sikit tapi senangkan ekrja kita, tinggal masak aja hehehehe
DeleteWahhhhh sedap ni. Makan pula sambil layan movie best. Memang ngam ye
ReplyDeleteHahahaha tak senonoh kannn sampai ke depan menyedutttt
Deletemcm dh lama la saya tak mkn siput masak lemak..biasanya tapau ajer kat kedai :) nampak sedap tu hasil masakan sis lin
ReplyDeleteSedap sesekali masak, kena pulak pestime try masak tempoyak kat siput ni hahahaha
DeleteSedapnya siput Sedut, nak masak sendiri kat rumah memang malas. Selalu makan kat kedai je
ReplyDeleteYerr nak masaknya agak leceh .. ni sebab siputnya dah jual bersih, so senang nak masak
DeleteFuh, mantap betul menu siput sedut lemak tempoyak tu! Untung sekarang ni dah ada jual yang siap potong dan bersih, tinggal lebur masuk periuk je kan. Memang layan habis meratah seperiuk sorang-sorang depan TV sambil layan Netflix, nikmat menyedut kuah tempoyak pekat tu lain macam dia punya syok!
ReplyDeleteKann Syaz, tinggal lebur jerr dalam periuk.. kalau dulu seksa nak sepit sedutnyaa kannn..
DeleteYang ni Linda failed..sebab tak pandai sedut.. hahaha
ReplyDeleteHahahaha ooo ada juga tak pandai menyedut ekkkk
DeleteOK kena try jugak ni!
ReplyDeleteSedap wooo.. tapi kena masak pekat-pekat santan tu
Deletearghhhh.. boleh ngences dibuatnya ni cuma bila bab menyedut tu failed betul. Sedut atas sedut bawah asyik tak keluar, stressed dibuatnya 😁
ReplyDeleteHahahah srutttt jerr Ibo hahahaha.. kalau tak keluar, kemungkinan dia tak sepit betul muntut siput tu
DeleteSedapnya siput masak tempoyak. Lauk siput memang sedap tapi sebab pernah tertelan siput dulu, so sekarang agak fobia tapi kalau dengan hubby, dia lah tolong sedutkan isi siput tu hehe
ReplyDeleteHaaaaa tersedut cengkerang siput ke? Mashaallah, kuat sangat sedut tu..
DeleteWaahhh sedap ek campur tempoyak. Tak pernah cuba lagi. Nanti boleh cuba tapi tempoyak tak ada lah pulak. Syok meratah tu. Puas hati juga makan sorang-sorang. Dah lah sedap, makan sorang-sorang pulak tu kan. Kita makan, kita kemas gitu. Jangan nak bising. Perangai mak-mak yang tiada siapa boleh lawan. hihi...
ReplyDeleteItulah pestime cuba masak gini Fiza, ternyata ehh sedap hahahaha
DeleteSaya sukaaaaa siput sedut 😍😍😍😍. Tp tak pernah makan dengan disedut. Selalu pakai lidi toothpicks tuh laah 🤣. Tarik pakai lidi, biar kluar. Kalau sedut pakai mulut, sampai bibir Jontor pun tak akan kluar 😭🤣🤣.
ReplyDeleteOoo itu siput gonggong Fanny .. kalau siput sedut ni tak boleh guna lidi
Delete