PAGI ISNIN KE KLINIK KESIHATAN TAMAN CENDANA. Baru sempat nak bersiaran dan duduk depan laptop. Sekali lagi nak di maklumkan, Sabtu dan Ahad Sis off dari update dan blog walking blog. kalau ada pun baca dari handphone tapi tidak meninggalkan jejak. Ramai memang dah tau, tapi untuk yang bertanya 'Tak update blog ke Sis?, maaf Sabtu ahad memang cuti menulis.
Sabtu Ahad lebih kepada fokus untuk family. Kadang keluar dating dengan Suami memang jarang keluarkan handphone kecuali time makan untuk amik gambar, itu pun kalau menarik, kalau tak menarik, malas nak amik gambarnya hahahaha..
So cerita harini, pagi ni Isnin 20 Julai 2026, hari temujanji Sis ke Klinik Kesihatan taman Cendana bertemu dengan Doktor. 2 minggu lepas Sis ke KK untuk amik darah, dan harini appoinment jumpa Doktor untuk baca result dari Doktor.
Nak jadi kan cerita, sebelum ni result dah keluar, pagi Selasa lepas, tengah Sis drive nak ke kelas, Sis dapat panggilan dari KK bertanya khabar Sis, terkejutlah Sis tiba KK call tanya khabar kita. Katanya result darah hati tu dah keluar, tapi bacaan tidak berapa elok, so dia nak pastikan Sis ni okay ke tak, ermmmm..
Harini jumpa Doktor, Doktor bagitau semuanya, memang bacaan hati tu makin naik, Sis nak jelaskan pun tak reti laa bacaan tu, tapi memang naiklah. So Doktor suruh stop semua supplement yang Sis makan buat masa ni, dan fokus pada ubat dari KK sahaja dulu.
Then 10/8 datang amik darah lagi, untuk 2 test. Kemudian 2 minggu kemudian jumpa lagi Doktor, begitulah... Sis tawakkal pasrah aja apa yang akan Sis terima. Doa agar tiada yang serius, tapi jika dah tertulis itu keadaannya, redha ajer laa.. dalam hidup ni kita kena sentiasa bersedia dalam apa jua keadaan.
Balik dari KK tadi, sempat sekejap jumpa kawan ngaji Sis makan di Tea Garden. Punyalah lapar dari malam tadi puasa sebab nak amik test darah,. So Sis makan Laksa Johor dan juga telur separuh masak. Kak Sza order Mee apa entah namanya dan juga Gyoza, share makan sama. Kenyang betul jadinya, alhamdulilah thanks Kak Sza belanja makan pagi ni.
Korang doakan yaa semoga Sis baik-baik aja dan sihat selalu..
P/S : Agaknya aku ni terlalu memandam perasaan, tu yang hati aku jadi rosak hahahahaha



Moga baik2 ajer kesihatan sis lin ya. Makanan semua tu nampak sedap.
ReplyDeleteAaaminn, makaseh Ezna doakan Sis ...
DeleteRisaunya kalau menanti result tu kan. Take care SisLin, semoga baik-baik sahaja dan result semakin membaik lepas ni. Aamiinn..
ReplyDeleteLepas puasa untuk check darah memang pulun kita makan. So sedap laksa Johor.
Yaa Fiza, dah mula risau, tapi bersedia ajer laa mental dan fizikal keberangkalian semua.,. harapnya baik-baik aja..
DeleteTak kira. Esok nak gi makan Laksa Johor juga. ha ha ha ha
ReplyDeleteHahahaha silalah makan dan tayang yaaaa
DeleteDah pergi, belum pukul 1pm dah habis. Ada sekali tu. Tutup pulak. Nak kena gi cari kat tempat lain lah jawabnya.
DeleteAittt.. ko datanglah pepagi.. kalau tebngahari memang nombor habis
DeleteMZ singgah BW sblm kuar gi opis jap lg sbb ada meeting f2f hari ni
ReplyDeleteTerima kasih MZ, moga dipermudahkans egala urusan MZ harini
DeleteBaik KK sana, dia ambil berat, telefon tanya khabar. Semoga Sis Lin sihat sokmo, dan dipermudahkan urusan berikutnya. Lama tak makan laksa Johor. 😋
ReplyDeleteItu laa 1st time KK call tanya khabar... inshaallah makaseh Tot doakan Sis...
DeleteInsyaAllah Sis tiada yang mudarat,insyaAllah semuanya baik2..
ReplyDeleteInshaallah aamiinn.. makaseh Afzan
DeleteSemoga baik2 aje Sislin. Saya bulan 6 tu ngelat tak pergi KK. Terlupa pulak kat kalendar pun tak save jadi terlepas. Ubat ada lagi so takde la ralat. Bulan 8 dah set appointment ambik stok ubat lagi.
ReplyDeleteLaa patutlah takde cerita gi KK ke ekk hahahaha.. sini kalau beri ubat, ngam masa jumpa Dr, so tak boleh skip
DeleteAda ujian darah hati ya.
ReplyDeleteSemoga ok lepas ambil ujian ke-2 ni.
Ada Na.. siap semua pakej ada semua di KK
DeleteLamanya tak makan laksa johor. Takde orang jual kat sini. Semoga result baik2 saja. KakLong Cie dia banyak makan ubat kolesterol pun ada effect kat hati. Bacaan tak berapa cantik la bahasa mudahnya kan.
ReplyDeleteLaksa Johor agak kureng sebab kuahnya tu haa.. tapi okay aja kalau nak makan ...
DeleteTu laa, harapnya ujian darah akan datang okayy semuanya
Rasanya masa awal ammi diberi ubat kolestrol doctor ada explain yang ubat ni boleh menyebabkan masalah hati. SL ada ambil ubat kolestrol ke?
ReplyDeleteAda Ammi, ubat kolestrol dari KK tu laa Sis makan.. sebelum ni makan dari KPJ punya
DeleteSemoga yang baik-baik buat Sis Lin dan dijauhkan dari penyakit yang memudaratkan.
ReplyDeleteAaamiin Ya Rabb.. makaseh Ibu
DeleteKak Lin, saya doakan tak ada apa yg berbahaya yaa 🤗🤗. Kalaupun tak seberapa cantik, tp semoga bisa diperbaiki . Jaga kesehatan, ikuti saja apa kata dokter yaa 🤗
ReplyDeleteYaaa makaseh Fanny doakan Kak Lin..
DeleteJadi bimbang juga ni, tapi happy-happy yaa udah ..