PETAI PUN BELI DI TIKTOK!. Bila di fikir balik kan, jadi kelakar pulak kann, sampaikan petai pun beli di TikTok. Bukanlah malas tapi benda di hujung jari kan, so memudahkan kerja kita. Rasa macam dah seminggu Sis tak keluar rumah 'merayap', pergi kedai pun takkk, nak beli barang basah, order je online dalam group perjiranan, tau-tau sampai depan rumah.
Last keluar dating dengan Suami cuti Hari Hol lepas (Selasa), then Sis stay at home, tonton Netflix, masak, ngadap laptop, dan masuk kelas online. Boleh pulak minggu ni kelas tadabbur fizikal pun cuti, so duduk rumah masuk kelas online aja la.
Biola dah duduk rumah, ingatkan takde laa nak menyoping ekk.. ehhhh pantang bukak TikTok ke Shoppee ke, ada jerr laa nak membelinya hihihi. Baru ni Sis membeli kek sarang semut, kemudian beli garlic spread, beli pulak cili kisar botol, dan terkini Sis beli petai dalam TikTok hahahahaha..
Sis pulak paling suka kalau order barang, harini order, esoknya barang sampai, memang Sis akan uloang beli banyak kali. dan 4 barang di atas tu, Sis dah beli berulang kali, lagi-lagi kek sarang semut tu haa.. Petai ni pun sama, beli awal pagi, esoknya petai pun sampai, cepat betul servis!.
Kebetulan bukak TikTok ternampak live jual petai ni haaa, murah pulak tu, 500gm RM15.50, kalau untung nasib, dapat lagi murah. Besar-besar pulak mata petai dia, memang berbaloi-baloi beli petainya. Petai sampai elok dalam kotak dan petainya di bungkus dalam plastik zip lock tu. Sekali bukak, kuss semangat kemain kuat bau petainya hahahaha..
Terus rasa nikmatnya laahaii tengok petai. Macam-macam idea masuk nak masak apa. Sambal petai, petai goreng bilis, dan yang teringin Sis nak masak adalah, tempoyak daun kayu petai.. inshaallah nak masak next week..
![]() |
| Beli Petai di sini Petai TikTok |
Makan petai ni bagus, Petai sebenarnya bertindak sebagai prebiotik (makanan untuk bakteria baik) kerana kaya dengan serat, bukan probiotik (bakteria hidup itu sendiri). Ianya juga sumber serat yang membantu melawaskan pembuangan dan menyokong sistem pencernaan.
So sapa susah nak buang air besar, makan petai banyak-banyak yerr hihihi..
P/S : Update blog gun HP sambil tunggu Laki cuci kereta, pastu nak 'dating' ❤





Saya dah lama tak makan petai
ReplyDeleteBelilah Shai.. murah tuu hahahaha
DeleteDapur tak berasap macam mana nak beli.
DeleteOkayy makan kedai je laa ko hahahaha
Deletesaya beli mcm2 kat shopee...lom terjebak dgn TT...pernah beli kat TT ni last few yrs then tak bukak2 dh my TT shop tu
ReplyDeleteKannn MZ, tak boleh betullah bukak lelama TT ni, habis bersoping hahahaha
DeleteBesor-besor petai dia. Terbayang sambal udang petai. Peh! 🤤
ReplyDeleteRasa dia pun piawwww hahahaha
DeleteWow..Byk ni puas hati mknnya sis =D
ReplyDeleteMacam-macam menu petai dah tersusun hahahaha
DeleteCie dulu beli kat Shopee. Murah sangat masa tu tak sampai RM1 sekeping.
ReplyDeletePunn okayy juga sekeping RM1, kalau dapat mata besor, puashati
DeleteBesar matanya tu, puas hati. Wah masak tempoyak daun kayu petai tu sedapnya, lama tak makan.
ReplyDeleteYaa besar petainya, rasa dia pun piaww betull..
DeleteTu laa tengah mencari daun ni nak buat tu
Nampak segar dan besar2 biji mata petainya
ReplyDeleteTapi wak tak terpikat sebab tak makan petai
Yaa Wak.. segar, besar dan rasa betul petaiii hahahaha
DeleteTiktok sekarang macam - macam ada. Mak saya pun suka beli macam macam ni kat TikTok kadang hahaha.
ReplyDeleteHahahaha kannn.. bahaya buka lama-lama TT ni Farahh
DeleteManfaat petai memang dah bagus tapi saya susah nak makan petai, bukan tak suka cuma jarang cari
ReplyDeleteYaaa bagus makan petai ni, walau ramai tak suka hehehehe
DeleteApa je yang takde kat TT?
ReplyDeleteMak dengan ayah pun ada jual tau....
Betul Uncle.. apa je takde kannn.. batu pun orang jual hahahaha
DeleteWow..Beli kt TikTok ek...Saya suka petai dimasak dengan sambal udang...Fuhh terangkat...Hehe..
ReplyDeleteOkayy nanti masak, Sis ajak makan okayyyy
Deletewhy not? benda mudah, kenapa hendak susah2kan? ahahahaa.
ReplyDeleteme pun sama sis. sabtu ahad, bekalan habis lagi malas mau keluar kita "pandamart" saja. selamba beli berang dapur kut situ. hahaa.
Kann Cha.. semua benda di hujung jari ajaa.. sediakan COD nya hahahaha
DeleteDana bukan kata petai, ubi kayu, jagung, serai pun biasa beli kat tiktok kak heheheh... tapi petainya nampak besar-besar puas hati beli kak
ReplyDeleteJagung Sis pernah beli dan set bawang hahahaha puashati gakkk
DeleteNi lah kot yang adik cerita beli petai kat TT. Dia dapat RM10.90, 500g.
ReplyDeleteAdalah dia bagi saya satu tipuware kecil.
Lagi murahh.. time live tu guna baucer memang murahhhh
DeleteZaman sekarang semuanya di hujung jari, memang untung sungguh sampaikan petai pun boleh order kat TikTok, haha! Tapi berbaloi betul tengok mata petai yang besar-besar, segar, dan hijau tu. Puas hati sangat bila dapat harga murah dengan penghantaran yang pantas. Terus terbayang buat sambal udang petai petang-petang begini, gerenti bertambah nasi dibuatnya!
ReplyDeleteBetul Syaz.. apa jerr takde jual kat TikTok tu.. semua ada jual hahahaha
DeleteDia order petai pulakkk... Hahaha..ni kang Linda ngikut juga ni...🤣🤣
ReplyDeleteSusah la nak jumpa petai dekat Tronoh .
Hahahaha silalah beli sebab murah betul hahahaha
DeleteCantik petai tu, hhmm adalah petai akan tiba juga nanti, hehe.
ReplyDeleteHahahaha silalah beli yaaa hahahaha
DeleteDok rumah lagi bahaya dok scroll² shopping. Tahu-tahu sampai je barangnya. Yee sekarang ni nak beli apapun boleh. Elok-elok dah murah pulak tu kan kalau beli barang dapur. Benda dah mudah, buat apa kita rumitkan.
ReplyDeleteTau takpe.. aduii lagi scroll lagi keluar macam-macam
DeleteSaya sejak pandemi, memang dah tak pernah belanja langsung ke pasar kak. Semua keperluan dapur, keperluan rumah tangga, semuanya online. Sayuran, daging, bumbu2 masak, itupun online. Ada personal shopper yg buat. saya tinggal kirim list belanja yg nak dibeli. Lebih mudah, dan cepat. Tak lah kita repot pergi, pilih barang etc 🤣. JD kalau ketemu barang yg bagus di online, memang beli saja.
ReplyDeleteCantiiiik petaninya .. nampak besar 😍😍😄. Saya sukaaa sangat dengan petai. Apalagi kalau di masak lemak atau balado
Ooo lagi senang kalau memang fresh.. sini ada juga, kadang Kak Lin beli on9, tapi abang Sabar suka ke pasar.. jadi kak Lin beli je laa on9 mana yang kak Lin mau beli dan masak, lain semua ke Pasar ..
Delete