SUAMI BELIKAN KUALI BARU LAGI - KUALI DATO ALIFF SYUKRI. Kalau di rumah, paling banyak dan kerap barang J&T sampai, semuanya barang Suami. Kadang tu kalau Sis keluar, balik je rumah, atas tembok atau lantai dalam, kemain sampai dua ke tiga barang tercampak. Dan paling rare sekali, baru ni tiberr ada barang bungkusan hijau besar atas tembok.
Dari jauh nak masuk kereta dalam rumah, Sis dah terpandang, uishh apa benda atas tembok tu besor, rasanya Sis takde beli apa-apa COD ke. Tapi dah dapat agak dah, ni mesti barang Suami, tapi apabende pulak dia beli kemain besornyaa bungkusan hahaha,... tertanya-tanya Sis.
Sis bawa masuk dalam, tengok pada penerima, okayy barang En Suami. Tengok pada bungkusan hijau tu, ooo beli barang Dato Aliff dari AS Dherbs.
Tak lama sekejap tu Suami call, tanya bungkusan tu suruh buka. Sebelum di tanya memang Sis dah buka dulu hahahahaha.. rasanya Sis tau dia beli apa sebab beberapa hari sebelum tu, Sis sendiri yang suruh Suami beli, tapi ingatkan dia tak beli, rupanya betullah Suami belikan kuali baru lagi hehehehe..
Patutlah kemain beso bungkusan, rupanya dalamnya ada kuali besar. Ada 3 size kualinya, dan boleh tahan berat weyyy, bukan jenis yang ringan tu, serius berat kualinya. Nampak ketahanan kualinya walau harganya baru RM39.90 hahahahah..
Yaa harganya RM39.90, korang dapat 3 size kuali dan percuma senduk-senduk tu semua. Berbaloi juga belinya. Sis ni kalau jenis murah, lagi kalau periuk ke kuali ke, kalau ringan, ermmm memang nampak gaya sekejap aja laa pakai. Banyaknya semua macamtu laa.. pakai tiga empat kali, lepas tu Sis humban buang. Sebab dasar kualinya jadi hitam dan bila masak cepat hangus, memang tak kowser nak simpan.
Tapi kuali AS ni, Sis dah guna dah buat menumis dan menggoreng, best woo, tak melekat dan bahan rempah elok pecah minyak tanpa melekat di kuali dan tidak mudah hangus. Bestlah pakai kuali ni, Sis suka. Next nak suruh Suami beli periuk gold dia tu, nampak macam best juga tu, cuma tak tau berat ke ringan..
Thans Suami.. moga di murahkan rezeki, dapat belikan lagi periuk pulak hihihi..
P/S : Perangai Sis, dah beli baru, yang lama memang Sis buang. sampai jiran tanya, ;kenapa buang kuali' hahahahaha..




sgt murah tuuu...kalau tak hangus dan sedap diguna, memang berbaloi sgt ni..MZ rasa mcm nak beli 1 lagi kuali tefal yg besar sbb nak dispose yg lama (dh calar2 teruk bahagian dlm dia)
ReplyDeleteKannn harga berbaloi, dapat 3 kuali free sendukk
DeleteKira surprise jugalah ni kan. Murah sangat tu dapat 3 saiz kuali dan barang lain. Tak melekat eh jenis macam ni. Bagus sangat tu. Saya pun buang hantar recycle kalau kuali non stick dah bercalar tu. Simpan tak guna makan ruang.
ReplyDeleteSurprise tu idok lerr sebab sebelum tu dia dah tunjuk, cuma tak tau pulakk dia beli hahahaha
DeleteBestt nya sis lin
ReplyDeleteEn suami belikan set tu
Wahh menarik harganya pun
Owang pompuan memang suka kann dapat hadiah hehehehe..
DeleteHhahaah ako hampir terjebak gak nak beli.malam tadi tapi terus ako slide laju² ... sbb byk sgt brg dah beli ni... haha tgu bln depan je la klu ada rezekie lagi
ReplyDeleteBest Ret kuali dia, tak melekat, aku suka sebab berat.. best pakai..
DeleteSamalah kita Lin, sampai suami balik kerja tanya kat luar tu kuali siapa? Dia siap nak amik semula.. haha
ReplyDeleteHahahaha kalau sini, Suami yang rajin membeli, jimat duit kita
DeleteBerbaloi beli jika rajin memasak sis. Harganya sangat affordable.
ReplyDeleteKannn, kita memang suka memasak, dapat kuali beli, happy gilerrr
DeleteMurahnya. Saya pun nak cari kuali baru jugak sbb kuali skrg dah calar-balar
ReplyDeleteBeli yang ni Karni, berat dan best pakai memasak..
DeleteEh, murah sangat le tu... Nampak OK jugak kuali tu
ReplyDeleteOkayy sangattt.. saya bagi 5 bintang Uncle hahahaha
DeleteWah, alhamdulillah... Sweet betul suami Sis Lin! Tahu-tahu je barang dapur yang boleh buat isteri tersenyum gembira. Orang perempuan ni kalau dapat kuali baru, auto rasa bersemangat lain macam nak masuk dapur kan! Semoga bertambah-tambah rezeki suami Sis Lin dan makin rajin masak lauk sedap-sedap!
ReplyDeleteSweet tak sweet lerr, ikut mood hahahaha..
DeleteKannn, Sis memang suka beli perkakas dapo, beli baru, yang lama boleh humbann hahahaha
Aaminn.. makseh Syaz.. untuk Syaz juga
Tahniah, beruntung tu dapat kuali baru. Nak memasak pun semangat.
ReplyDeleteHehehehe hari-hari jadi semangat nak masak lauk apa hihihi
DeleteLebih bersemangat memasak tu.
ReplyDeleteBeberapa bulan lepas nampak kat FB, DAS dan anak Raudhah promo kuali dan senduk ni. Rupanya dapat 3 kuali eh... berbaloi tu dengan harga dia.
Yaa dapat 3 kuali size berbeza.. free senduk tu semua.. berbaloi harga dia Ibu
DeleteBarang dapur ni, hhmm kena tutup mata sebab ada yang belum guna hehe tapi geram je
ReplyDeleteHahahaha kalau Lin semua memang guna bergilir-gilir di dapo, cuma kalau rasa dah lama, Lin buang..
DeleteMurahnya RM39.90 dengan 3 saiz kuali berat.
ReplyDeleteHarap bertahan lama kuali ini berkhidmat.
Yerr Na, berbaloi kann.. tak tau pulak kualiti dia bagus betul
Deletekalau tak dibuang menimbun pulak periuk kuali dalam rumah. tp nampak macam ada tekstur je kat permukaan kuali...
ReplyDeleteYaaa dah guna banyak kali, tak melekat langsung goreng ikan dan memasak sambal.. suka best!
DeleteUntunglah... Rezeki jangan di tolak.
ReplyDeleteKann alhamdulilah ...
DeleteDah lama tak beli kat TT Alif Syukri. Last beli jeruk mangga. Tue pun lepas dah tak berapa viral dan harga pun tak lah mahal sangat.
DeleteYaaa biasa yang Alif Syukri ni Laki aku laa suka beli hahahaha haritu dia beli gakk kopinya ..
DeleteDapat hadiah yg mmg kita guna hari² ni seronoknya lain macam kan sis. Nak masak pun bertambah semangat, kuali barulah katakan hihi ...
ReplyDeleteBetul.. baik periuk ke, pinggan mangkuk ke, memanh happy betul kalau dapat
Deletesyok tu dpt kuali baru husband belikan
ReplyDeleteAlhamdulilah, semangat memasak
DeleteKok bisa murah sangaaaaaat 😍😍😍😍. Alif Syukri sedang sedakah agaknya 😄😍😍. Ini kalau tak berat, dan tak besar, mungkin saya beli bawa jkt. Tp Krn berat tak mungkin laaah 😄😄.
ReplyDeleteMemang kuali berkualitas biasanyakan mahaaaaal. Tp kalau dpt yg murah, dan bagus pula, isssh, beruntung sangaaat lah kak
Hahaha beli time live yaa murah Fannny.. best pakainya, kualinya pun berat, kualiti agak bagus juga
Deletesis dah guna ke senduk sudip tu?cair tak bila kena panas?
ReplyDeleteSudah.. so far tak cair pulak, sebab dia jenis yang keris bukan yang lembikkk
DeleteEhhh..Ini mcm yg sy dpt hari tu sis ...Sama =D
ReplyDeleteYaaa memang sama Nieza hehehehe
Deletemak aihhh murah ek.. nak beli lah..
ReplyDeleteYaa sulalah beli yaaaa
Delete