Suka pakai kuali honeycomb gini, yang kuali Masaki tu memang lasaklah Sis guna, tu yang nampak yang ni terus beli, nak gantikan yang kuali Masaki tu. Sajer jee kan, padahal boleh jerr pakai lain. Bukan ko takde kuali lain, tapi sajerr ngader nak menambah barang di rumah hahahaha..
Tapi takpe laa, nanti yang lama-lama kalau taknak pakai, Sis bagi kat adik Sis. Mereka pantang di hulur, kemain laju bawa tong nak kutip apa yang Sis nak buang. Ehh bukanlah dah buruk nak bagi adik-adik, tidaklahhh.. apa yang Sis bagi kat adik-adik ke, orang ke, semua benda yang masih baru dan okay lagi.
Takkanlah kita nak bagi benda yang buruk dan dah teruk sangatkan.. sedangkan kita pun dah taknak pakai, lagikan orang plak..Bukan periuk aja, baju ke tudung ke, apa yang Sis taknak pakai, boleh di katakan semua elok lagi tau. Ada masa tu, sayang nak bagi orang tapi itulah, kita kena juga redha lepaskan sesuatu yang kita sayang.
Kuali baru ni pun Sis suka sebab bentuk dia melengkung, cuma satu jer laa, dia takde penutup, tapi nasib baiklah ada satu penutup kuali Sis tu muat size dengan kuali baru Sis ni. So kongsi je laa pakai kan, jangan di pening-peningkan..
Lepas ni harap janganlah teracun beli kuali ke periuk lagi. Kelmarin kemas dapur asingkan mana nak bagi adik, blur kejap termenung, betapa banyaknya laa periuk kuali aku hahahaha.. Kalau beli lagi nanti tak tau nak sumbat dan susun mana adeii ...
Sapa nak beli, carilah kat TikTok yaaa.. Sis beli RM38 saja setelah guna baucer ..
P/S : Cuti sekolah dah mula.. Mak-Mak bawa bersabar yaaa hihihihi ..



Oitt oittt pass sini seketul dua kualinya hahaa buat goreng² ikan ke sayur ke haha... lenkali nak beli beli extra sikit tau 😜😜 share ngan kengkawan sekali hahaha
ReplyDeleteKalau dekat aku hantar rumah ko Ret, kasi Uyum rajin masak hahahaha
DeleteHahahaha...
DeleteSis Lin macam peminat kuali atau periuk. Hehe takpelah rajin masak. Naya kalau suka beli kuali tapi simpan sahaja.
ReplyDeleteOh murah sahaja harga kuali baru ni!
Yaa betul, pantang nampak kuali ke periuk, tapi lebih kepada kuali hehehehe
DeleteDana pun suka kuali bentuk gini, sesuai nak goreng-goreng tu sebab luas gitu permukaannya.
ReplyDeleteKannn.. tapi frust, ingatkan kualinya melengkung bulat, tapi masih jenis kuali leper goreng ikan
Delete