DI KEHENINGAN MALAM KU BERSUJUD. Lagu "Di Keheningan Malam Ku Bersujud" popular selepas disarankan oleh Ustaz Wadi Annuar untuk dihafal oleh para peserta program Ride Dakwah. Tapi bila di baca lirik dan iramanya, tiap kali dengar menangis pulak kita huhuhu..
Lagu "Di Keheningan Malam Ku Bersujud" terlalu mendalam maksudnya, rindunya kepada Rasulullah SAW terlalu kuat!, menyampaikan makna kepasrahan, muhasabah diri, serta selawat ke atas Nabi Muhammad SAW.
Lirik Lagu Di Keheningan Malam Ku Bersujud
Di keheningan malam ku bersujud,
Mencari cahaya di sebalik redup.
Air mata jatuh membasahi bumi,
Memohon ampun atas dosa diri.
Ya Rabbi, dengarlah rintihan ini,
Hamba yang lemah kembali mencari-Mu.
Dalam sunyi aku bertafakur,
Mengharap kasih-Mu yang tak pernah luntur.
Pimpin langkahku menuju nur-Mu,
Jangan biarkan hati jauh daripada-Mu.
Ya Allah... hanya pada-Mu,
Tempatku berserah sepanjang waktu.
Andai esok nafasku terhenti,
Jadikan husnul khatimah penutup hidup ini.
Kuatkan iman saat diuji,
Agar tetap teguh hingga akhir nanti.
Tiada tempat selain kepada-Mu,
Tiada cinta melebihi cinta-Mu.
Dengan zikir ku tenangkan jiwa,
Dalam reda kutemui bahagia.
Di keheningan malam ku berdoa,
Semoga rahmat-Mu memayungi dunia.
Ampunkan segala khilaf dan dosa,
Hingga bertemu-Mu di syurga yang mulia.
P/S : Ya Allah, Engkau permudahkan segala urusanku dan Suamiku untuk bertemu Rasulullah SAW ..


Tak pernah dengar pula lagu ni. Lagu kerohanian ni kalau dengar betul-betul dan dihayati boleh sampai ke hati.
ReplyDelete