Ada masa buka laptop, tengok blog… kemudian fikir, “Nak tulis apa hari ni?”. Akhirnya tutup laptop. Lagipun, kebelakangan ni Sis agak sibuk juga dengan hal-hal lain.
Bila cuti sekolah, rumah pun mula meriah. Adik-adik dan anak-anak saudara datang berkunjung, jadi masa banyak dihabiskan melayan mereka. Rumah yang biasanya tenang terus bertukar suasana dengan suara budak-budak, gelak ketawa dan macam-macam cerita.
Kalau dah mereka datang, mestilah Sis nak masak sedap-sedap. Kadang-kadang sebelum mereka sampai, dari pagi dah fikir nak masak apa untuk makan tengah hari. Lepas tu masuk dapur, masak macam-macam… sebab seronok tengok semua makan dengan berselera.
Penat memang penat, tapi bila tengok orang yang kita sayang berselera, dapat makan bersama-sama dan rumah penuh dengan gelak ketawa, rasa penat tu hilang juga. Alhamdulilah.
Selain itu, rutin Sis dengan kelas mengaji pun tetap berjalan. Ada masa kena bersiap untuk ke kelas, ada masa ikut kelas tadabbur online dan juga online mengaji, ada masa pula sibuk dengan aktiviti bersama kawan-kawan. Jadi hari-hari Sis sebenarnya tetap berjalan seperti biasa.
Cuma… cerita-cerita itu tidak semuanya sampai ke blog. Dan semakin lama Sis menulis blog, semakin Sis faham satu perkara…
Tak semua hari perlu ada cerita.
Tak perlu paksa diri untuk sentiasa produktif.
Tak perlu rasa bersalah bila blog sunyi beberapa hari atau beberapa minggu.
Sebab hidup bukan tentang sentiasa menghasilkan sesuatu.
Ada masa kita menulis.
Ada masa kita membaca.
Ada masa kita bekerja.
Ada masa kita masuk dapur dan masak untuk family.
Ada masa kita sibuk melayan adik-adik dan anak saudara.
Ada masa kita duduk dalam kelas mengaji.
Dan ada masa kita cuma duduk diam sambil menikmati secawan kopi.
Tak semuanya perlu dijadikan content.
Kadang-kadang kita cuma mahu menikmati kehidupan tanpa memikirkan tentang apa yang hendak dikongsikan. Mungkin sebab itulah blog ini masih ada sampai sekarang.
Sis menulis bukan semata-mata kerana mahu mengejar jumlah artikel. Sis menulis sebab Sis suka menyimpan cerita dan kenangan. Bila beberapa tahun nanti Sis buka semula tulisan lama, mesti akan tersenyum sendiri.
“Ohhh… masa ni rupanya Sis pergi sini.”
“Oh, masa ni makan dekat sini.”
“Eh, masa ni aku muda lagi!”
Itulah sebenarnya nilai sebuah blog. Ia bukan sekadar tulisan. Ia adalah catatan perjalanan hidup kita. Jadi kalau kebelakangan ni blog Sis agak sunyi, jangan risau. Sis belum berhenti menulis.
Cuma sedang berehat sekejap sambil menikmati kehidupan di luar skrin. Menikmati masa bersama keluarga, melayan anak-anak dan cucu, memasak untuk orang family, menghadiri kelas mengaji dan mengisi hari dengan perkara-perkara yang membuatkan hati rasa tenang.
Bila ada cerita, Sis akan tulis. Bila ada mood, Sis akan muncul. Dan kalau tak ada cerita pun… Tak mengapa. Sebab tak semua hari perlu ada cerita. Ada hari kita hanya perlu hidup, menikmati dan bersyukur.
Jumpa lagi di cerita Sis yang seterusnya.
P/S : Rindu Suamiku 🥺 ..




Sama lah.. masuk cuti sekolah ni ingat ada la masa byk tapi anak2 di rumah 24jam lagi takde masa nak hadap blog hahahaa..
ReplyDeleteHehehehe cuti sekolah lagi sibukkan Mak pak ..
DeleteKita adik-adik yang ke sini, so memang biziii
Meriah la rumah time cuti sekolah ramai tetamu berkunjung. Tu la menulis ni ada masa mood ke laut.
ReplyDeleteYaa Cie, 3 hari berturut adik-adik berkampung di rumah...
DeleteItu perasaan ako 2 tahun lepas hehee... mmg sume xtvt dari 2024 & 2025 byk yg ako x cerita.. sbb kdg camtu la mood hilang x tau gi mana... pastu bila buka blog pun malas nak hapdet.. sbb rasa mcm x yah la citer sume kat blog. 2 tahun rasa down n rasa mcm hilang arah.
ReplyDeleteSo tahun tiba mood tu dat1ang balik.. semangat nak hapdet blig tu tiba² muncul. Kalau bole sume nak citer tp kekangan masa plak hahaha
Pape pun, kadang bende simple dan oendek yg kita tulis bole buat org rasa hepi utk baca 😁😁
Now i feel u.. but now i'm okayy, malas tu masih ada cuma buat-buat rajin jerr ni hahahaha..
DeleteTapi nampak laa beza aku dulu gan sekarang.. dulu banyak benda nak cite, now jadi banyak aku bataskan.. sebab.... banyak pengintip!!
Ooo.....Sy rae..sis xde mood kerana rindukan husbaby kot ..hahahaha.
ReplyDeleteYa, menulis kt blog sebab ada masanya bila tgk balik gambar Dan entri......
eh, aku pernah kurus lahh!! HAHAHAH.. Sis, takda nak Masak Laksa Sarawak ke..heheheh
Itu pun yaaa juga, so takde cerita nak cerita kann Nona..
DeleteBlog ni kan hobi, nak tulis ya tulis, taknak janji jangan takde langsung kann..
Laksa Sarawak nanti laaa :p
Eh tersama pulak entri kita hari nie ye Lin. Betul tu Lin, tak semua pelru kita kongsi dan kadang kita saja nak berkongsi sebagai kenangan kat sini kan..
ReplyDeleteOo ye ke Kak, nanti Lin baca.. baru ada mood nak menulis ni..
DeleteBetul Kak, bertahun blog ni, at least tak rajin pun, tapi still ada menulis sikit
Cuti sekolah mmg banyak aktiviti bila anak²/keluarga berkumpul di rumah. Memang aktiviti memasak tu acara wajiblah hehe ...
ReplyDeleteBetul PH, dulu walau bizi nak selit gak update, sekarang bagi tumpuan dulu, update kendian
DeleteSusah nak lakukan semua benda serentak terutama yang melibatkan penggunaan gadget.
ReplyDeleteAda masa nak tulis blog, ada masa nak blogwalking je. Ada masa nak skrol FB/IG je.
Itu laa Ibo, dulu boleh buat semua sekali gus.. sambil masak, sambil update blog, now lebih banyak nak tenang-tenang dan fokus pada satu benda
Deletesetuju dgn entri sislin ni, ada masa kita byk cerita. ada masa nantilah dulu. ada masa ok lets marathon. terima kasih sislin sudi singgah bloghijau tu. ihiii~
ReplyDeletecuti sekolah mmg fokus dgn xtvt dgn fmly ja. making memories gittu.
Yaaa Cha, kadang bukan pasal mood aja, tapi kadang ada masa kita memang taknak buat apa punn.. just duduk baca dan tutup...
DeleteSama la pendapat kita sis. Bukan semua perjalanan hidup kita perlu dikontenkan. kalau kita setkan mesti menulis, memang terus hilang idea apa yang nak ditulis tu. takpelah.. kita maintain je dengan tempo sekarang, rasa nak menulis... barulah kita menulis.
ReplyDeleteTak di nafikan, dulu semua Sis nak komgsi Yan, now faktor usia yang tak boleh nak duduk lama fikir idea dan update, jadi semua benda jadi terbatas.. ;lagipun sekarang ermmm banyak mata-mata...
DeleteBtul tu.. Bkn xde cite tp kdg2 kekangan masa dgn rutin harian.. Sronok tu cuti sekolah rmi yg berkunjung
ReplyDeleteCerita banyak, ada jer rgambarnya tu, cuma masa bila nak duduk menulis tu jerr entah bila hehehehe
DeleteKadang menikmati masa dengan keluarga dan kehidupan sebenar lebih penting. Bila mood datang, cerita pun mengalir sendiri 😊
ReplyDeleteYup.. dengan family, just amik gambar then letak tepi hp.. tapi gambarnya aja entah bila nak kongsi di blog, tu jerr masaalahnya hahahaha
DeleteAssalamualaikum. Apa khabar sahabat lama. Walaupun jauh di mata tapi dekat sahaja di BLOG. ha ha ha
ReplyDeleteWaalaikumsalam Shai, teruskan berkongsi yaa..
DeleteSama. 😊 Bila anak-anak ada di rumah, asyik masak je kerja. Penuh masa, sampai tak sempat nak tulis blog. Tambahan pula, dengan blogspot glitch lagi, kita pun jadi malas nak hadap. Setuju, bukan semua benda perlu dikongsi.
ReplyDeleteKannn.. masak tak henti.. kadang bila sorang, nak baring pulak layan TV, pun sama juga hahahaha
Deletebyk aktiviti tu dan memang meriah kalau dpt berkumpul beramai2
ReplyDeleteYaa MZ, kalau adik-adik datang banyak aktiviti sembangnya
DeleteFaham sangat. Mood blogging ada turun naiknya juga. Kalau ada mood tu sakan kita akan update.
ReplyDeleteOhh patutlah pun, kalau ada tetamu ni memang taklah kita nak berblog kan. Kena layan tetamu sebaiknya.
Penuh jadual banyak aktiviti. Tak sempat nak bosan macam ni, ada je aktivitinya. Alhamdulillah...
Ya, banyak cerita kita simpan dalam blog untuk kenangan akan datang. Sini je macam diary boleh tulis banyak cerita dan mengenang kembali.
Kann Fiza, sesekali ada tamu di rumah, memang benda lain kita letak tepi.. update blog ni ikut mood juga tapi kadang mood dah ada, idea pulak tak muncul
DeleteOh Abang sabar tengah duty kluar kah?
ReplyDeleteSaya pun tengah masuk fase nak meyendiri dulu dari medsos kak. Blog saja yg masih aktif, tp update tengah agak malas 😅😅.
Ntahlaah, macam jenuh iya, atau mungkin rasa kecewa karena tak jadi trip yang sudah saya tunggu2 sangat, yg buat saya nak menyendiri dulu ... Tak tahu sampai kapan, nak activate lagi IG .
Ini dah beberapa Minggu menjauh dari medsos, memang sedikit ringan kepala. Walau kadang rindu dengan kabar teman2 ... Tp untungnya banyak yg pakai blog , jadi bisalah saya tahu kabar teman2 dari blog. 😄.
Setuju dgn yg kakak tulis. Ada masa kita tak perlu share apapun ke medsos. Cukup nikmati sendiri dengan teman atau keluarga.
Tapi kalau dipikir nak dokumentasi kan momen2 itu, bolehlah di share ke medsos atau blog .
Iyaa Fanny, abang Sabar lagi kerja luar udah sebulan.. baru aja balik Johor ni..
DeleteLaa kisahnya Fanny, trip kamu tak jadi, turut dukacita juga sama kamu Fann.. tak apalah, mungkin ada hikmahnya tu tak jadi.. nanti boleh plan semula..
Kamu kasi semangat nak datang Johor aja nanti yaa., Kak Lin tunggu kamu...
Samalah kita.
ReplyDeleteBila dah sampai peringkat datuk2, datin2 ni, banyak komitmen lain yang perlu dilaksanakan.
Ngeblok ni dah jadi rutin sambilan sahaja. Walau pun banyak aje bahan nak diketengahkan, dapat ngentri dua tiga tajuk sebulan jadilah, yang penting blog jangan sampai bersawang.
Yaa Wak, benar sama sekali tuh...
DeleteKadang sedih juga blog di anak tirikan tapi tu laa, kena fikir benda lain pulak untuk diri sendiri.. blog ni jadi orang ketiga aja hahahaha
Setuju sangat Sis Lin. Tak semua benda dan tak semua hari perlu dijadikan content. Yang penting, dapat nikmati masa berkualiti dengan keluarga dan kumpul tenaga balik. Bila mood menulis muncul, baru seronok nak mengarang. Take your time
ReplyDeleteBegitulah SA.. lebih berhati-hati sekarang...
DeleteKadang yang baca pun, ramainya mata-mata jerrr..
fahammmm
ReplyDeleteada benda yang perlu kita utamakan
blog pun sebagai sampingan je kannn
jangan tak update terus
haaa tu yg ramai akan tertanya2 nanti
Yaa anies, kadang banyak ceritanya tapi nak mulakan tu tak tau dari mana
DeleteBaru ni pun lama tak update, tak sempat bw dan balas komen di blog. Ada hal lain yang perlu diutamakan. Namun blog memang masih tetap di hati.
ReplyDeleteSamalah kita.. ni baru nak start reply komen dan blogwalking ni
DeleteBetul tu sislin, peringatan kpd saya juga utk fokus keperluan family dulu.
ReplyDeleteYaaa ada masa tertentu, utamakan diri sendiri dan keluarga dulu.. blog ni bebila pun boleh update kannn
Delete