SARAPAN DI TGSK KUALA LUMPUR BERSAMA RETNA DAN CARNEYZ. Kebiasaannya kalau Sis turun ke KL memang selalunya ‘last minit’. Samaada teman Suami hantar barang atau meeting ataupun ada hal emergency. Dan Jumaat baru ni Sis turun KL sebab ada kematian.
Anak saudara rapat dengan Suami, meninggal Jumaat pagi dan di semuanya di uruskan di Mesjid AU2 Keramat (Sis lupa pula nama Mesjid sebenarnya). Alhamdulilah sempat kami sampai di sana sebelum jenazah di kebumikan.
Dalam perjalanan ke kubur, Suami bagitau nak makan malam jumpa Retna. Sis mesej group then hanya Retna, Carneyz & Jun aja yang free. Tapi selepas urusan perkebumian selesai, keluarga bagitau nak buat tahlil di rumahnya malam lepas Isyak, so plan bertukar ke sarapan pagi di TGSK Kuala Lumpur.
Dekatlah dengan tempat Sis stay. Anak bookingkan De Palma Ampang, memang tak jauh pun ke TGSK tu. Lepas settle check-out, terus ke sana. Sekejap tu Retna sampai dengan Uyum. Masuk aja bagitau 6orang terus dapat meja. Bak kata Retna laa, kenapa macam tak ramai, selalu beratur katanya. Rezeki kami laa kan .
Sis pestime ke sini, tengok menu wowww banyak pilihan. Paling mesti kita cuba sudah tentulah Tempe Goreng Sambal Kicapnya kan!. Nampak menarik 12 keping RM5. Garing dan sedap!. Nampak ada cekodok tapi Sis tak amik. Goreng panas-panas di situ.
Mulanya Sis amik Nasi Dagang, kemudian ternampak periuk hujung sana, tanya apa tu, staff dia kata ‘Laksa Johor’, haaa apalagi, terus Sis minta juga Laksa Johor 1!! Hahahaa dasar orang Johor ekkk ko!. Dan Nasi Dagang tu, Sis bungkus aja.
Suami pun makan Nasi Dagang, Retna pun sama, Uyum makan Nasi Lemak Ayam. Suami ada amik Daging Bakar, sedap weyyy! Sepinggan rm11.90. Then kami ada amik Lempeng Kosong 2 set, Pulut Serunding dan Keropok Lekor.
Tengah makan, Carneyz dan Jun (Suaminya) sampai. Katanya sesat sana sini di bawa waze hahahaha .. Carneyz makan Laksa Johor juga macam Sis, dan Jun makan Nasi Dagang juga. Makanan dia memang sedap semuanya laa kot, sebab rata-rata pelanggan amik menu berat (nasi).
Alhamdulilah berpeluang jumpa mereka. Walau sekejap tapi banyak ceritanya kan. Next trip plan sama-sama nak bercuti, tapi belum pasti kemana, jomm!!. Apa-apa plan raya reunion MsjBox tahun depan di Johor kita kasi jadi!.
Moga semuanya sihat-sihat dan sampai jumpa lagi ❤️
Salam takziah buat As sekeluarga. Arwah baik orangnya. Semoga As kuat dan tabah menghadapi ujian dariNya.
P/S : Mood menulis dah ada ni lalalalalala …








Salam takziah buat keluarga arwah.
ReplyDeleteSemoga rohnya dicucuri rahmat.
Aaamiinn, makaseh Wak
DeleteTakziah buat keluarga arwah.
ReplyDeleteErat sungguh persahabatan Sis Lin dengan kawan kawan...terbaiklah
Thanks Azian..
DeleteYaa Yan, hampir lebih 20 tahun persahabatan kami
Minta maaf tak dapat turut serta sebab giliran bekerja hari sabtu sampai 1pm. Salam takziah (Al-Fatihah)
ReplyDeleteTak apa Shai. next time okayyy..
DeleteThanks Shai
Start minggu ni baru aku deret cuti hari sabtu. Sebab Manager aku nak cuti kawin bulan depan.
DeleteOoo ingat ke ko menguruttt
DeleteTerima kasih Abg Sabar belanja breakfast 😄. Masa korang update dah smp Johor, Jun cakap laju giler Abg Sabar bawak keta 🤣. Pastu kelakar tau, saya bawak balik tempeh goreng lebih, igt nak buat kudap dlm kereta masa drive ke Gambang. Sekali lupa daaa 🤦🏻♀️
ReplyDeleteSama-sama karni ...
DeleteSis yang bawa sekejap dari Sh Besi sampai Pagoh, then abang Sabar bawa pulak ganti sampai PG
Perkara yang paling best adalah bila ada orang belanja. Rasa mcm nak terbang je pergi JB. Eh! pasir gudang. Semalam masuk live TT Yana. Lain suara dia. Hormon dah berubah ke? ha ha ha
DeleteHahaha ngekkk.. ko tu lama tak jumpa dia, mestilah suara pun dah tak cam hahahaha
DeleteKalau Au2 dkt ngan umah dh tp surau al islah.. Kalo masjid maybe nama al ansar... Tgsk x jauh pn tp tk smp2 lg.. Meriah mcm2 menu tu
ReplyDeleteItu laaa lupa namka Mesjidnya.. rasanya yaa kot, sebab rumah anak saudara tu area situ aja
DeleteSalam takziah buat keluarga arwah, juga semoga rohnya dicucuri rahmat... Plan bertukar saat akhir tapi tetap ada rezeki dapat sarapan bersama kawan-kawan 😊
ReplyDeleteTerima kasih SR ..
DeleteYaa sempat juga kami jumpa
Kat sini baru nampak makanannya 😁. Kat blog sis retna & carneyz takde. Meriah ek macam2 menu breakfast kat situ.
ReplyDeleteHahahaha iyaaa haruslah kan ada gambar makanan kalau dah datang jauh-jauh ni hehehehe
DeleteHahaha kita kasi sislin je update gmbr makanan ye sbb kita bebila je bole makan situ kan. Selalu org datang pagi² kul 7 ..myb kita pegi dh kul 10 lbh kan, org dah kurang..
ReplyDeleteOk next time cuba tmpt kak km plak la 😜😜
Hahahaha nasib juga nak amik gambar kann...tp memang menarik kedainya, next time nak singgah lagi makan menu lain pulak.. Haaa nanti kita pi Padang Balang tau hahahaha
DeleteSalam takziah.
ReplyDeleteTak pernah sampai sini. Memang meriah makanannya sis ye 👍🏻
Thanks PH..
DeleteMenarik sini PH, macam-macam menu ado
Moga rohnya dicucuri Rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman.
ReplyDeleteLama dah aim TGSK ni, moga sampai sana nanti. Banyaknya pilihan makanan.
Aaaminn..
DeleteNanti singgah jangan lupa makan daging bakar dia, sedap betui!
patutla kakretna dgn carneyz kata tunggu photo sislin, mmg meriah menunya. memasing bawa bodyguard.
ReplyDeleteHehehehe menu semua menarikk, haruslah amik gambar kannn..
DeleteSaya sukaaa juga makanan di siniiii 😍😍. Memang dah plan nak ajak Raka makan sana nanti.
ReplyDeleteCuma saya baru coba laksam dan cucur udang saja kak. Itupun sedaaaap sangat. Porsi dia nih memang besar yaa.
Tertarik jadinya liat nasi dagang dan laksa Johor 😄😍. Pasti galau nak memilih .
Yaaa banyak pilihan makanan Melayu di sini.. nanti kamu try cekodok dia yaa Fanny, haritu Kak Lin tak cuba sebab udah amik banyak makanan hahahaha
DeleteWaktu saya kesana pun, tak banyak antrian juga. Tp ntah kenapa lempeng habis. Padahal penasaran dengan rasa lempeng 😄
ReplyDeleteOoo silap baca, cekodok kamu udah cuba, lempeng yang kamu tak cuba.,. okayyy sambal cecah lempengnya juga sedap.. kamu harus cuba nanti
DeleteAlaaaa..know2 ada kat KL time kita xde erk...SA pun x sampai lagi kat TGSK tu...
ReplyDeleteYaaa SA takde di KL masa tu, lagipun last minit datang SA..
DeleteNext time datang lagi JJCM KL kita roger ramai-ramai okayyy
Alang-alang dah kesana, boleh re-U sekali ek. Dasar orang Johor begitulah kan, pantang nampak makanan Johor. Laju je pilih tanpa berfikir panjang. hehehe...
ReplyDeleteKalau saya pun jadi rambang mata nak pilih mana satu. Semua nampak sedap.
Yaaa memang kalau datang KL, memang mereka ni laa Sis jumpa.. tak kisahlah jumpa mana punn.. sekejap pun jadi..
Delete