TAMATLAH SUDAH AL-KISAH JAMALI - BULAN HENTI BIACARA. Innalilahiwainnailaihirojiun buat Abang Jamali. 28 episod yang buat Sis tertunggu-tunggu nak menonton gara-gara lakonan menceriakan dari watak Jamali ni yang di lakonkan oleh Azhan Rani. Korang pun sama kan? Hihihi..
Tiap episod ada jerr dia punya lawak bodoh dan buat kita geram bila tengok ceritanya. Kadang tu rasa marah pun ada, kelakar pun yaa, paling banyak, 'apa ke bengap' la ko Jamali hahahaha.. dengan Suami Sis sekali pun terjebak sama, kelakar laaaa..
Dan semalam episod akhir drama Bulan Henti Bicara ni. Tamatlah sudah al-kisah Jamali. Engko mati makan cendawan akhirnya hahahaha. Terima kasih Jamali menghiburkan kami dalam drama ini. Ada juga tauladan dan banyaknya pengkhianatan. Sos yang baik di jadikan tauladan, yang jahat, jangan jadi ikutan yaaa..
Bulan Henti Bicara
Watak Jamali yang hangat diperkatakan ketika ini merujuk kepada karakter antagonis utama yang tular dalam drama hits Astro Ria, Bulan Henti Bicara (2026). Watak tersebut dijayakan dengan sangat cemerlang oleh pelakon Azhan Rani.
Drama ini mengisahkan tentang Jamali, seorang lelaki yang mempunyai personaliti yang sangat kompleks, dia seorang yang baran, bermulut celopar tanpa 'tapis', tetapi dalam masa yang sama mempunyai sisi kelakar, penyayang terhadap anak-anak, dan sangat dahagakan kasih sayang seorang isteri. Ketiadaan bimbingan sejak kecil menyebabkan dia membesar menjadi seorang lelaki yang bermasalah.
Konflik Rumah Tangga: Jamali berkahwin dengan Yah (Faziah). Disebabkan keegoan dan konflik berpanjangan, Yah bertindak meletakkan ubat di dalam minuman Jamali sehingga menyebabkan Jamali mengalami masalah mati pucuk.
Kehadiran Zulfa: Jamali kemudiannya terpikat dan berkahwin dengan Zulfa. Namun, dia tidak sedar bahawa Zulfa hanya berpura-pura melayaninya secara manja dan menggoda demi menjatuhkannya. Zulfa menggunakan kelemahan Jamali (yang berasa bersalah kerana tidak dapat menjalankan tanggungjawab batin) untuk memerangkapnya.
Gila Talak & Balas Dendam: Setelah rahsia terbongkar, Jamali menangis teresak-esak semasa menceraikan Zulfa. Dia menjadi "gila talak" dan sangat marah apabila mengetahui punca sebenar masalah kesihatannya adalah angkara racun/ubat daripada Yah.
Pengakhiran Tragis & Kelakar: Pada penghujung cerita, walaupun Jamali terkenal "kebal" kerana sering terlepas daripada racun sebelum ini, dia akhirnya tewas. Dalam keadaan kelam-kabut (sehingga tersalah sangka anaknya Alip sebagai musuhnya, Afghan), Jamali akhirnya terkena racun yang diletakkan oleh Zulfa dalam minumannya, manakala Yah pula akhirnya mengejutkan semua orang apabila kembali boleh berjalan.
P/S : Now Sis tengah layan drama Terikat Janji 163 episod .. baru layan 21 episod. Drama ni lagi gerammm aku nengok!!Dasar penyondol!! ..



Weijj ko pun terjebak sama eh hahaha tp ako x tgk proper laa just layan dia punya promo² kat ig je la 😅😅
ReplyDeleteHahahaha iyaaa kalau dah terjebak memang layan laa.. tapi episod dia best tengah-tengah tu jerr, baru idup watak Jamali tu
DeleteTak tengok pulak drama ni. Nak tengok nantilah boleh marathon terus dah tamat ni. Lambat sikit into scen. Hihihi...
ReplyDeleteTengoklah Fiza, best ceritanya cuma kadang bosan gakk dengan watak sampingan tu
DeleteHari tu nampak SA terjebak sekali sis lin juga. Akak tak nak terjebak sebab tak nak mental health rosak. Suka cerita yang lucu Dan buat kita sweet gitu. Tapi azhan rani berlakon memang menjadi buat orang melua t Dan benci
ReplyDeleteHahahaha Tengok suka-suka jerr kak.. sebab watak Jamali ni menghiburkan hahahaha
Deletesaya sekadar baca baca di thread sahaja, tak sempat nak menonton
ReplyDeleteHahahaha komen nitijen pun boleh jadi faham jalan ceritanya kan hahahaha
DeleteSelalu nampak video pendek cerita ni kat FB & threads pun selalu jadi topik cerita jamali ni. Azhan rani memang hebat semua watak dia bawak memang jadi bualan orang.
ReplyDeleteYup Cie, siap ada parady segala skrip Jamali hahahaha
DeleteSis Lin, Beeha follow sampai episod 14 gitu je. Lepas tu dah tak layan dah hahah. Sebab dia mcm dah start merepek. Tapi watak Jamali tu kelakar laa
ReplyDeleteKannnn memang watak dia idup dalam cerita ni.. tengok sebab nak tunggu apa kesudahan Jamali ni hahahaha
Deletesy tak ikuti drama ni
ReplyDeletetapi baca komen2 ramai suka dan termasuklah menyampah dgn jamali ni
hahahhaa
Hahahaha banyaknya gerammm.. tapi endingnya macam tak puashati pulakkkk
Deleteviral terus drama ni gara2 jamali
ReplyDeleteKannn.. watak dia main peranan dalam drama ni hahahaha
DeleteTakziah Jamali.
ReplyDeletebubbye...Haha... Adeh, tgk lagi...sis Lin, tumpang rumahhhh 🤣🤣
Hahahaha engko ekkk..
DeleteMeh laa datang rumah tgk cerita Polong
Uncle ketinggalan sikit bab2 drama ni
ReplyDeleteSama juga kita Uncle, tapi bila ramai sangat tengok, kita jadi terikut sama hahahaha
DeleteAiiiih teringin nonton tp tak bisa kalau di astro. Kenapalah dia tak masuk Netflix kan... . Lagi teringin nonton film2 kelakar.
ReplyDeleteKalau film ttg pelapor, memang tak lah kak. Makin stress saya nanti, ikut emosi 🤣🤣🤣
Fanny, ini drama main di Netflix.. sebab itu Kak Lin tengok..
DeleteJadi hilang strress juga nontonnya tapi ada jiwa tersakiti saat menonton hahahaha
Kaki 'drama' juga rupanya sis lin ni. Dah lama tak tengok drama kat TV.
ReplyDeleteHahahaha aku kalau dah layan drama, memang boleh lupa nak makan Shai, lagi kalau tengok filem Tamil
DeleteTak tengok citer ni....layan yang Hannah Delisha dan Redza Rosli tu Di Hati ku ada kamu.
ReplyDeleteOoo drama tu Sis tak tengok...
Deleteseram plak tgk gmbr jenazah tu
ReplyDeleteHahahaha tapi kalau tengok dramani, bila tengok jenazah tu, jadi rasa 'padan muka kau' hahahaha
DeleteTak sempat tengok Jamali, tapi tau drama nya.
ReplyDeleteHehehehe nanti ada laa tu ulang-ulang di TikTok
Deletejamali akhirnya mati
ReplyDeleteYaaa mati keracunan makan cendawan hahahaha
DeleteEh meninggal ye Jamali, ingat kan masuk hospital je. Kadang kelakar juga drama nie pastu bila hujung dah macam meleret-leret Kak Sue dah tak tengok sangat..
ReplyDeleteMeninggal keracunan makan cendawan Kak Sue hahahaha.. mati pun kubur di tabur cendawan LOL hahahahaha
DeleteSaya baca summary kat sini je lah.
ReplyDeleteHehehehe boleh faham ke tu Ibo ...
Deletebila ada masa sy tengok mana2 episod tp bukan semua la. Yg pasti sy tgok ep 27 n 28.
ReplyDeleteTengok start episod 17 pun dah boleh faham sampai habis nanti hehehehe
DeleteSY baru habis tgk mlm td sis...=D
ReplyDeleteLayan juga kannnn hihihi
DeleteSaya tengok drama ni melalui TikTok je. Kelakar kelakar
ReplyDeleteKannn memang ulang-ulang juga tengok boleh gelakkkk
DeletePasti best drama ni
ReplyDeletetapi wak dah lama tak menonton tv
Yaa Wak, buat layan drama okayy jeerrr jalan ceritanya hehehehe
DeleteKita pun terjebak dengan si Jem Ali ni.
ReplyDeleteJem otak kita kan tengok dia hahahahaha
Delete