BELI IKAN SEGAR DI IKAN RACUN JB ULU TIRAM JOHOR!. Hujung minggu hari dating Sis dengan Suami. Tak kisahlah keluar kemana pun, samaada Sabtu atau Ahad, kami berdua akan ke Pasar mencari lauk basah. Kalau tak ke Pasar Kipmart, kami jauh-jauh pergi ke Pungai cari ikan segar. Dan ada masanya kami ke Pontian, ada rezeki dapatlah ikan yang kami cari.
Paling kerapnya, Sis beli online di TikTok aja. Pun segar-segar ikannya. Lock time live, malam ikannya dah sampai depan rumah. Cuma kita takde pilihan laa nak pilih. JB Ikan Frozen tu selalu buat jualan combo, so dalam combo tu apa ikan yang ada, terpaksalah kita amik, tapi puashati, ikannya segar dan harga pun murah.
Semalam pagi, sebelum keluar sarapan, Suami ajak ke Ulu Tiram, katanya nak singgah tengok Ikan Racun JB orang jual ikan. Nampak kat TikTok kedainya buat live jual ikan, nampak macam ikannya segar-segar dan banyak jenis, so kami berdua pergi cari guna waze, alhamdulilah sampai tempat yang di tuju.
Masa kami sampai, ikannya baru nak di susun-susun baru keluar kotak. Memang segar-segar ikannya. Suami dah 'aim' ikan pari tu sekor besar, Parinya baru nak di potong Sis pulak geramkan seafood-seafood dia, ishhhh memang tak sabar nak memilih ikan. Bila Suami kata pilih jerr mana nak, apalagi, macam tak cukup tangan ekkkk nak amik hahahahaha..
Siap aja ikan pari tu di potong, Suami terus pilih amik 4 batang. Suami kata pari tu kurang sikit sedap dan harganya murah sikit. Sis lupalah nama apa parinya. Rupanya pari ni banyak jenis, yang penting isinya tu lapis nipis, kalau lapis tebal, masa masak dan makan nanti sedikit keras, tak sedap.
Sis pula pilih udang galah sekilo (sekilo rm38), udang harimau sekilo (sekilo rm38), sotong katak 2 ekor besar, ikan daun baharu, ikan kerisi, ikan duri, ikan senangin dan juga amik ayam 2 ekor. Cukuplah untuk lauk-pauk seminggu atau dua minggu untuk makan.
Sejak anak sulung tu duduk rumah Sis, so meriahlah sikit masaknya.
Okaylah beli ikan sini, banyak pilihan dan ikannya segar. Yang bestnya, lepas pilih, bayar dan ikannya boleh di potong dan di bersihkan tahinya, so senang, balik dah tinggal cuci dan simpan. Tak kisah ikan kecik ke ikan besar ke, semua boleh di bersihkan.
Yang terujanya Sis, kat sini ada jual Oyster, Sis lupa amik gambarnya sebab masa tu ada beberapa orang cina dah kerumun depan Oyster dekat depan kaunter dia. Derang beli sebakul penuh okayy.. Sis dengar-dengar juga mereka bercakap, katanya oyster tu nak buat masak sup. Sup? Sup apa ekk ermmm..
Semua belanja ikan kami semalam, habis RM180 juga, tapi puashati laaa.. macam-macam jenis, ikan segar dan dah siap bersih tahinya hihihihi.. korang kalau nak pergi, boleh laa yaa.. pergi pepagi, ikan semua baru sampai.
Ikan Racun JB
Hari ISNIN TUTUP
Buka dari jam 8am - 3pm
P/S : Harini nak masak sambal sotong katak ... dapnyaaaaa







Bestnya jalan² cari ikan.
ReplyDeleteYaa Kak, hujung minggu memang dating cari makan dan ikan hahahaha
Deletemeriah tu borong mcm2 ikan, udang, sotong
ReplyDeleteKannn, puashati dapat semuanya segar...
DeleteBest dapat beli ikan segar gini... kalau banyak pilihan gini, idea nak memasak pun laju je datang
ReplyDeleteBetul.. nak masak jadi semangatttt
DeletePenuh peti ais, terlintas nak makan terus masak :)
ReplyDeleteTau takpe, rajin dengan tak rajin jerrr hehehehe
DeleteOK balik JB nanti hujung November nak aimed pi sini la..bawak kotak putih tu terus..kat Seremban bukan xde ikan..nak cari yang segar dan murah...
ReplyDeleteBoleh singgah SA, banyak ikan segar di jual.. harga tak mahal, tapi puashati sebab semua fresh
Deleteni Carneyz tau haha. komen guna hp Jun. geram pulak nengok ikan fresh kat sana!
ReplyDeleteHahahaha ... kalau ke JB bawa tong gabus hahahaa
DeleteMungkin Oyster Sup Herba Cina lah kot. Tetiba Junaidix komen. pelik tapi benar. Nasib baik bagi tahu itu Carneyz
ReplyDeleteMungkin juga Shai.. google haritu nampak sedap supnya hahahaha
DeleteOyster pun sedap juga tapi kalau masak sup tu kena masukkan bahan tak bagi hanyir la.
ReplyDeleteItulah besar size dia.. cina tu borong sebakul
DeleteBest dapat seafood yang fresh2.
ReplyDeleteYaa Cie, puashati beli.. nak masak pun jadi semangattt
DeleteOo pari ada banyak jenis.. patutlah pernah beli kemain liat isinya.. masak lama pun tak empuk².
ReplyDeleteBetul Ibo, pari ada banyak jenis dan harga.. jenis yang halus dan lembut, harganya mahal..
Deletebest betul dpt shopping brg2 segar gini! i craving nak mkn sotong laaa
ReplyDeleteKannnn.. segar dan harga murah.. sotong katak tu besar haritu Lin beli MZ
Deletesemput membaca senarai yang dibeli tp harga cuma RM180...mmg murahlah kan kak. tp ikan daun baru tu first time sungguh ammi dengar. Nanti jangan lupa share ikan tu dimasak apa tau
ReplyDeleteHahahaha sekali dapat membeli, memang beli jerr apa yang nak Ammi
DeleteKampung saya daerah pesisir, jadi seafood segar begini memang sukaaa sangat. Tapi tak pandai masak 😄😄. Jadi kalau ke pasar ikan segar, memang harus ajak mama. Mama lah yang tahu ikan2 mana yng best di masak.
ReplyDeleteIkan pari memang banyaak macam nya kak, sama macam ikan hiu. Hiu yang biasa dimasak oleh mama, jenis kecil, dagingnya dan tulangnya miriiip dengan pari. Biasanya dimulai. Tapi prepare daging hiu nih susah memang. Karena badan dia macam berpasir.
Kalau pulang kampung mama pastilah masak gulai ikan pari atau ikan hiu kalau jumpa.
Oyster saya baru tahu dimasak sup... Biasanya Raka kalau makan, yang mentah. Yg masih fresh sangat, hanya pakai lemon 🤣🤣🤣.
Bestnya Fanny kalau dapat KG yang jual ikan segar..
DeleteSini kalau nak beli kena jauh sedikit ke bandar.. dulu abang Sabar selalu mancing, now dah lama tak mancing.. Ikan Hiu tu ikan Yu kan? Sedap masak kari Fanny..