BUKAN NAK MAKAN SANGAT TAPI LEBIH KEPADA NAK JUMPA KAWAN. Orang kalau tak tau, tengok pada gambar dan apa yang mereka scroll, memang mereka akan kata, 'Makan ajer ko ek, mana tak gemok?'. Hahahaha okayy fine!. Selama bertahun 'kerja' sebagai media blogger ni, memang Sis iyerrkan aja dan diamkan aja, malas nak melawan atau menerangkan semua.
Kita yang buat kerja kita, bukan mereka... yang buat kerja, yang nak update tu semua kita, bukan orang lain, so apa yang mereka lihat, mereka nak cakap, cakap jer laa.. sebab tu mana yang faham apa yang Sis buat, mereka takkan cakap apa, kecuali yang baru kenal laaa.. tapi yang lama kenal pun, ada jerr kata macamtu (walau dengan nada gurau).. ku lantakkan ajaa..
![]() |
| Setelah sekian lama tak jumpa Huda & Sheida |
Kadang bukan nak makan sangat, tapi lebih kepada nak jumpa kawan. Masa ada event gini laa dapat jumpa kawan dan sembang-sembang borak pasal kehidupan memasing. Ada masa duduk sembang, ada jer berita yang mengejutkan, dan ada juga berita yang buat kita gembira mendengarnya.
Lagi satu kalau dah jumpa, bukannya nak makan sangat pun, duk borak-borak, perut dengan mulut pun kenyang jadinya. Makan sikit, boraknya yang lebih, betul tak?. Contoh kalau time event bufet Ramadan nanti, seminggu tu kadang tersusun jadual sana sini jemputan dari Hotel, antara nak pergi dengan tidak aja.
![]() |
| Kita kurus cara kita hihihi |
Ada tu memang nak pergi sangat sebab lama tak jejak Hotel tu. Ibarat nak panjangkan networking laa. Ada tu sebab fikir di situ ramai kawan yang datang, dan ada masanya pulak, fikir sebab hubungan baik kita dengan Marcom Hotel tu. Begitulah rasa dalam diri ni bila dapat jemputan event makan tu. Nak tolak serba salah, nak pergi semua memang tak mampu laa dekk nonn.. nak makan satu hal, nak update tu jenuhh wuii..
Macam tahun ni macam okay, sebab kita sambut Ramadan bulan Februari, so mula bulan November nanti dah start media preview Ramadan, so banyak masa nak update dalam blog. So takde kelam kabut. Tapi terpulanglah masing-masing, galas tanggungjawab tu dengan amanah. Jangan dah pergi makan, satu update pun tak buat, lu fikirlah sendiri..
![]() |
| Makan sikit-sikit jerr janji raso |
Di Johor ni nanti, setakat ni pada 20 November dah ada satu jemput bufet Ramadan. Tapi tak dapat Sis nak penuhi jemputan.. inshaallah next jemputan laa baru dapat pergi.. Korang di KL, dah ada ke dapat jemputan bufet Ramadan?.
So korang faham tak apa yang Sis bebelkan ni? Hahahahaha.. bukan apa kadang geramm dengan sesetangah orang ni suka kata macamtu. Tengok kita gi event makan, terus nak judge kita macam-macam. Mentang-mentang engko tu dah kurus, tapi sibuk nak judge kita ni yang duk pergi makan-makan.. stress gak aku, tapi sekarang dah malas peduli, lantak pi lerr laa kann.. sekian..
P/S : Moga Allah pelihara perjalanan Suamiku bermusafir di Korea, aamiinn..




lama tk pegi event review buffet ramadhan..best tu mkn2
ReplyDeleteKat Johor ni dah start masuk bufet ramadan ni huhuhu
DeleteSy dh x kesah ttg org ckp tu.Sy kesah ke menu yg sis tunjuk tu je =D
ReplyDeleteHahahahaha menu macamtu kalau depan mata, kawan borak pun terus lupa Nieza hahahaha
Deletewoww dh ada event buffet ramadan yer...pantasss....1st ramadan 7 or 8 feb kan
ReplyDeleteDah masuk satu-satu dah MZ .. back to back event tahun depan ni..
DeleteHa saya memahami. Bila ada event la masa kita jumpa kawan-kawan blogger sebab masing-masing busy dengan life masing-masing. Jumpa kawan-kawan sambil menjamu selera memang ngam
ReplyDeleteYaa KSarie, bukan nak makan sangat pun, just nak keluar jumpa kawan-kawan aja
DeleteBertabah jelah dengan orang yang tak faham itu.
ReplyDeleteLama dah tak peduli Shai, walau sering orang kata punnn
Deletememang tak paham dengan orang2 yang tak bisa memberikan kata2 manis untuk temannya... itu makna dia dengki atau cemana yaaa ;p. orang begini memang lah saya pun malas layan ;p
ReplyDeleteYaaa Kak Lin dah terbiasa dengan kata-kata itu Fanny.. yang faham aja yang faham
DeleteTak pernah gi event begini hehe..
ReplyDeleteNengok gambar-gambar yang SL review buffet sebelum ni semua menawan dan menggiurkan.
Kiranya sampai lah penyampaiannya.
Di Johor dah mula tersusun eventnya satu persatu Ibo.. makan aja laaa kerjanya hahahaha
Delete