KORANG PANDAI MAKAN KERDAS?. Selain jering (jengkol) dan petai, ada satu lagi yang Sis suka makan, iaitu kerdas. Korang pernah dengar kerdas? korang pandai makan kerdas? Kalau tau dan pandai makan, itu maknanya atuk nenek mak ayah korang ada makannya dulu, jika tidak, memang korang tak kenal apa itu kerdas.
Sis dulu atuk nenek, mak abah Sis memang orangnya pemakan ulam, so segala ulam termasuk kerdas ni memang akan ada atas meja. Masa mula pertama kali nak makan dulu, rasa macam 'busuk' beno uii bau dia, lagi kuat bau kerdas dari jering dan petai, tapi bila dah gigit dan makannya, uishhh sedapnyaaa laa.. lagi sedap dari jering dan petai hihihi..
Kalau jering dan petai, boleh di buat masak lauk, tapi so far kerdas ni, belum pernh lagi atuk dan mak Sis buat masak lauk. Memang di makan mentah macamtu aja. Rasanya sedap makan mentah aja dari di masak di buat lauk.
Kerdas ni Sis beli di TikTok hahahaha.. biasalah semuanya di hujung jari aja, order aja online terus sampai depan pintu. Korang nak beli, boleh beli di SINI ..
Apa itu Kerdas
Kerdas (atau nama saintifiknya Archidendron bubalinum) ialah sejenis ulam tradisional Melayu daripada keluarga Fabaceae yang terkenal dengan baunya yang kuat dan menyengat, hampir menyerupai bau jering dan petai. Tumbuhan ini juga dikenali dengan beberapa nama tempatan lain seperti genuak, kenuak, geduak, atau kabau.
Khasiat Kesihatan & Nutrisi
Dalam amalan perubatan tradisional dan gizi pemakanan, kerdas dipercayai mempunyai pelbagai kebaikan, antaranya:
1. Sistem Urinari: Membantu melawaskan kencing dan dipercayai tradisional dapat membersihkan buah pinggang.
2. Kawalan Gula Darah & Darah Tinggi: Membantu mengawal kadar gula dalam darah (sesuai untuk mencegah kencing manis) serta mengurangkan tekanan darah tinggi.
3. Kaya Nutrisi: Sebagai tumbuhan kekacang, kerdas kaya dengan protein tumbuhan, serat untuk pencernaan, serta mengandungi antioksidan (flavonoid dan polifenol) untuk melawan radikal bebas.
⚠️ Nota Alahan & Kesan Sampingan: Memakan kerdas secara berlebihan tidak digalakkan kerana kandungan sulfurnya boleh menyebabkan bau badan. Selain itu, bagi sesetengah individu yang sensitif, pengambilan berlebihan boleh mencetuskan sakit kepala atau migrain
P/S : Pasir Gudang hujan, alhamdulilah ..



dh lama tak dgr nama buah ni..ni fav my arwah ayah
ReplyDeleteZaman kecik dulu selalu tengok arwah Mak & Pak makan kerdas. Rumah kami ada pokok petai, kering dan kerdas. Tapi PH tak makan, kecuali petai je. Itu pun dah besar baru belajar makan petai :D
ReplyDeleteTak pernah sis lin.
ReplyDeleteSaya kenal kerdas menerusi pembacaan novel 😄
ReplyDeleteLepas tu bila jumpa di nat Perlis ni, saya try beli dan makan. Lepas makan terus rasa mual dan muntah-muntah. Agaknya sebab saya makan masa perut kosong, kerdas ni berangin untuk saya. Sejak tu tak berani makan dah.
Dana tak pernah makan, rasanya yang reti makan petai je, jering pun sikit2 je. Tapi emak dana suka makan kerdas ni, dana suka bunyi ranggup kerdas tu kalau emak makan.
ReplyDeletetak pernah makan kerdas ni. tak sangka dia boleh cuci buah pinggang
ReplyDeleteTak pernah jumpa pulak kerdas di Sarawak jadi tak pernah makan. Kalau petai dengan jering tu ada la. Ni klu makyeng jumpa mesti dia cuba jugak hehe
ReplyDeleteMesti la pandai sis. Kitonyo orang kampung memang dari kecik dah makan. Cuma sejak ayah takde jarang la dah makan susah nak jumpa.
ReplyDelete