Bila Isteri BerLETER

1/07/2009 08:59:00 PM

Ada seorang suami yang hidupnya tertekan kerana isterinya kuat berleter. Setiap hari isterinya akan beleter tak kira masa. Balik kerja lambat setengah jam, berleter. Bangun tidur lewat, berleter. Rumah berselerak sikit, berleter.
Oleh kerana sudah tidak tahan dengan leteran isterinya itu, si suami berjumpa dengan Hj. Ahmad, imam di kampungnya selepas solat jumaat. Hj. Ahmad ni memang terkenal dengan warak dan kepandaiannya mengubat pelbagai penyakit
.
Bila diceritakan oleh si suami tentang perangai isterinya, Hj. Ahmad ni tersenyum dan bagitau pada si suami..
"Betoi ka hang ni dah tak larat dengaq bini hang berletiaq".
"Betoi haji. Saya minta tolong sangat pada pak haji
"Kalau macam tu, hang bagi ubat ni kat minuman bini hang, biaq dia tidoq lena. Lepas tu hang pi buang dia kat dalam satu lubang yang dalam
"Itu saja ke haji?"
“Itu saja. Hang pi buatlah apa yang aku suruh. Tapi hang jangan menyesal di kemudian hari."
"Terima kasihlah haji, tengoklah nanti macam mana".
Si suami ni rasa tak tergamak nak buat apa yang Hj. Ahmad tu suruh. Tapi bila tiba di rumah saja, si isteri terus berleter.

"Orang lain pun sembahyang Jumaat juga, tapi ta
k ada lah balik sampai lewat sangat. Awak ni merayau ke mana?. Lain kerja tak ada, asyik merayau, merayau, merayau. Cubalah ingat sikit orang kat rumah ni."
Oleh kerana tak tertahan dengan leteran si isterinya ni, si suami ni pun nekad nak buat apa yang Hj. Ahmad ajar pada dia tadi.
Waktu maghrib tu, lepas saja selesai sembahyang, si suami ni bancuhlah ubat yang diberi oleh Hj. Ahmad tu tadi. Dia pun beri kat isterinya. Si isterinya pun sambil mengambil air itu sempat lagi berleter, "Ni buat-buat baik ni adalah sebabnya tu. Mesti ada hati nak tambah bini lagi. Tu yang konon-konon buat baik ni".
Selesai saja minum air tu, si isteri terus tertidur tak sedarkan diri. Si suami pun angkat si isteri ni tadi dan bawak ke belakang rumah. Di sana ada sebuah perigi buta yang dah 20 tahun tidak digunakan. Sampai kat perigi buta tu, si suami ni pun terus campak isterinya ke dalam. Si suami pun pulang ke rumah
.
Keesokkan harinya, si suami ni rasa aman. Tak ada orang berleter dia bangun lewat. Balik kerja pun tak ada orang berleter. Dia rasa selesa duduk di rumah.
Masuk hari kedua, si suami ni rasa lain macam. Rasa rindu pulak pada leteran isterinya. Dia dah mula rasa gelisah. Sepanjang hari tu asyik teringat aje pada isterinya. Masuk hari ketiga, si suami tahu dia tak boleh hidup tanpa isteri dia. Selepas saja solat maghrib kat masjid, dia pun berjumpa dengan Hj. Ahmad.

"Haji, saya rasa menyesallah haji sebab buang isteri saya dulu. Boleh tak saya dapatkan balik isteri saya tu?"
"Itulah hang. Aku dah bagitau kat hang. Kalau hang nak buat, jangan menyesal. Laa ni aku pun tak tau apa nasib bini hang. Aku nak tolong pun aku tak jamin bini hang selamat atau tidak. Tapi hang boleh pi cuba. Malam ni juga, hang kena pi tempat hang buang bini hang tu, hang bawak sekali tali panjang. Hang campak tali tu masuk ke dalam lubang tempat hang buang bini hang, lepas tu hang selawat 3 kali. Lepas selawat 3 kali, hang tarik tali tu ke atas. Hang cuba 3 kali. Kalau lepas 3 kali pun bini hang tak keluaq, maknanya bini hang dah mampuih la."

Si suami pun tanpa berlengah terus balik ke rumah, ambil tali panjang dan terus pergi ke perigi buta tempat dia mencampakkan isterinya 3 hari yang lepas.
Sampai saja di perigi buta tu, si suami tu terus mencampakkan tali ke dalam perigi buta tu. Selepas saja selawat 3 kali, si suami tu tariklah bini dia naik ke atas. Selepas habis tali tu di tarik ke atas, tiada isterinya keluar.
Si suami cuba buat kali yang kedua. Kali ni dia selawat 7 kali pulak. Tapi usahanya masih hampa. Si suami ni pun mulai risau. "Dah mati ke bini aku ni?"

Si suami cuba buat kali yang ketiga. Kali ni dia selawat 11 kali. Bila ditarik tali tu ke atas, dia terasa berat. Hati si suami begitu gembira. Selepas habis tali tu ditarik ke atas, yang keluar dari perigi tu bukan isterinya tapi satu jembalang yang berbulu amat lebat.

"Siapa kau ni? Mana bini aku? Celaka lah kau kalau kau makan bini aku!"
Jawab si jembalang tu, "Aku ni penunggu perigi buta ni. Dah bertahun aku duduk kat sini. Tapi sejak bini kau datang, aku jadi tak senang duduk. Hari-hari, pagi, petang, siang, malam asyik berleter, berleter, berleter. Aku sampai naik berbulu satu badan Aku dah tak tahan. Aku nak pindah pergi tempat lain. Kalau kau nak bini kau, kau ambillah dia kat bawah tu. Aku pun dah tak tahan lagi dah".

:smoke:


P/S: Cite ni hnye lawak semata2,tiada kaitan dgn yg hidup atau pun mati...keh3

You Might Also Like

20 Orang Komen

  1. dah kena buang pun tak abis gak berleter ek..hehe

    ReplyDelete
  2. hehe.. suka juga baca kisah ini..
    Ada setengah orang kata.. jika isteri kuat berleter maka suami akan jadi seorang ahli falsafah..

    ReplyDelete
  3. HAHHAHAHAHHAH!!
    dalam tu pon dok berleter ke!!
    adoii laaa

    ReplyDelete
  4. zamz:keh3..klu dh mg kuat berleter,buang mana pun terus berleter gak,silap2 semut pun x tahan,keh3.

    ReplyDelete
  5. Rashid:mmg betul tu,bila isteri berleter,si suami sambil dok perti dengar dn kemudian luah perasaan ikut falsafah...jgn salah je udah ler,silap2 perang dingin..keh3

    ReplyDelete
  6. Yonna:itu lah yonna,klu mmg kuat berleter,dlm mana pun pi,berleter gak..kah kah kah..

    ReplyDelete
  7. Isss...suspend betoi la crita ni..aku dah syok syok baca macam ni endingnya....apa pun kalau si isteri tak meleter nanti si suami tak sedar diri...he..he..

    ReplyDelete
  8. Salam Lin,

    Nak gelak ada nak marah pun ada gak, opah gelak sorang. Saidina Umar pun isteri dia kuat leter tapi tk sampai ke perigi buta lak. Yang opah teruja
    tu Hj. Ahmad punya dailog mcm biasa je hari-hari dengar dialek tu...

    ReplyDelete
  9. Steffo:wakakah...lawak je tu,tp mmg betul,klu dh isteri berleter,si suami x sedar diri sbb mulut dh terkunci...kah3

    ReplyDelete
  10. Opah:ala opah jgn la marah tu,ketawa x pe..keh3..itu la kijam kn sampai nk buang bini dok berleter tu...tp tang Hj.Ahmad tu..erm no komen.

    ReplyDelete
  11. he he, menarik....psychologist kata bebel boleh kurangkan stress org tu, tapi tambah stress org yg mendengar he he he

    ReplyDelete
  12. Etomyam:mmg menarik kan...gelak2 d btnye,tp mmg benar tu,bebel la boleh ilangkn stress sbb bebel la kita luahkn perasaan kan,tp silap2 kang jd benci dek org je kan...keh3

    ReplyDelete
  13. hahaha mmg sume ppuan ske beleter kot.. siannnnnnnnnn dorang

    ReplyDelete
  14. Cemut:ha3 ni jd teladan bt cmut,nnti kurang kn leter ye cemut...wakakakah

    ReplyDelete
  15. heh sis lin, suspen la...ape nye laki la, sampai buang bini dlm perigi buta tuh..hahah

    ReplyDelete
  16. Yani:kah..tipah tertipu2x...itu ler laki dia dh mmg x tahan agknye bini dia dok berleter yer....he3

    ReplyDelete
  17. hahahhaa... berleter jer laa.. hahaha

    ReplyDelete
  18. Adry:tu le adry..hr2 dok berleter,tu yg kena humban dek laki dia..keh3

    ReplyDelete
  19. suami isteri x tenteram duduk rumah angkara gangguan sihir,jin & syaitan.. elok diamal & dilazimkan solat berjemaah & tahlil secara bersama, barulah kurang sikit gangguan..

    Dapatkan tips isteri berleter di blog isteri saya http://drhati.blogspot.com/2009/01/berdiam-diri-ketika-dileteri-isteri.html

    ReplyDelete
  20. Aliff Lam:O ada tips ye di situ,nnti sis kunjung tiba tu yer...tuan blog yg sama ke?

    ReplyDelete

Penafian .
Blog ini adalah blog peribadi, hanya cerita/aktiviti harian Sis bersama family, kawan-kawan juga resepi masakan Sis sendiri. Dan juga ada sesetengah penulisan tu Sis Copy dan Paste dari carian Google juga blog kawan-kawan.
Semua penulisan di dalam blog ini, TIADA kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah tiada.

Sis izinkan jika ada yang ingin copy dan share untuk kebaikkan bersama, AKAN TETAPI jika terdapat gambar atau text Sis disalah gunakan, Awas! TINDAKAN BOLEH DIAMBIL MENGIKUT AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1988 .
Komen anda, tanggungjawab anda.

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com
Terima kasih atas kerjasama anda.