Ayang! Semuga Berjaya!

5/02/2009 06:32:00 PM


Salam semua.


JOHOR BAHRU: Pusingan pertama Karnival GP Joran 2009 kembali lagi dan kekal di Sedili serta Desaru, Johor pada 2 dan 3 Mei ini dengan menyaksikan hanya 100 bot dihadkan kepada peserta Kategori Laut..Karnival GP Joran 2009 di Sedili mendapat kerjasama Kerajaan Negeri Johor, MTPN Johor, Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Kejora) dan hotel rasmi pertandingan, Desaru Golden Beach Resort (Desaru Resort).
Pusingan pertama Karnival GP Joran 2009 menyaksikan juara Kategori Laut membawa pulang RM15,000, kedua RM6,000 dan ketiga RM3,000. Juara bagi Kategori Pantai pula menerima RM10,000, kedua RM5,000 dan ketiga RM2,000. Pemenang keempat hingga ke-10 bagi Kategori Laut menerima RM600 serta pelbagai hadiah iringan, manakala pemenang tempat ke-11 hingga ke-20 (RM300) dan tempat ke-21 hingga 30 (RM200). Pemenang tempat ke-31 hingga ke-40 (hamper).
Sementara Kategori Khas Pari menawarkan juara dengan RM500, kedua RM300 dan ketiga RM200. Bagi Kategori Pantai, pemenang keempat hingga ke-10 menerima RM400, tempat ke-11 hingga ke-20 (RM200) dan tempat ke-21 hingga ke-30 (RM100), sementara tempat ke-31 hingga ke-40 (hamper).
Jika tiada halangan, peserta Kategori Laut dibenarkan menaiki bot pada jam 9 pagi dan berlepas setengah jam kemudian. Mereka akan memancing semalaman di kawasan seluas 20 batu nautika dan pulang semula ke jeti sebelum jam 10 pagi keesokannya. Yuran dikenakan RM200.



P/S:Semuga berjaya ye! Hubby Lin amik kategori laut, so doa2 kan lah dia berjaya ye dpt ikan paling besar & berat...Amin...
*Yang..jgn salah bwk ikan udah le ye,keh3x..

You Might Also Like

1 Orang Komen

  1. mintak2 dpt bawak balik ikan duyung ker.. he he.. lawo tu.. mcm Maya Karin.. perghhhhhhh.. goreng pun sodep tu.. kasawari chop ekor.. he he..

    ReplyDelete

Penafian .
Blog ini adalah blog peribadi, hanya cerita/aktiviti harian Sis bersama family, kawan-kawan juga resepi masakan Sis sendiri. Dan juga ada sesetengah penulisan tu Sis Copy dan Paste dari carian Google juga blog kawan-kawan.
Semua penulisan di dalam blog ini, TIADA kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah tiada.

Sis izinkan jika ada yang ingin copy dan share untuk kebaikkan bersama, AKAN TETAPI jika terdapat gambar atau text Sis disalah gunakan, Awas! TINDAKAN BOLEH DIAMBIL MENGIKUT AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1988 .
Komen anda, tanggungjawab anda.

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com
Terima kasih atas kerjasama anda.