Abai sarapan boleh gemuk

Salam semua...

Selamat hari minggu buat semua, dah sarapan? haa kot nye pun nak diet, sarapan kena di utamakan, sbbnya....klu kita tak ambil sarapan, itu la salah satu punca kegemukan..ermmm tak percaya?? mai sini baca info ni...

Abai sarapan boleh gemuk

SELAIN faktor banyak makan dan kurang bersenam yang kerap dibincangkan, ramai tidak tahu bahawa tekanan dan jadual makan yang tidak tetap, terutama tidak mengambil sarapan pagi adalah antara dua penyumbang kepada masalah peningkatan berat badan khususnya apabila umur memasuki gerbang 30-an.
Kajian Universiti Harvard ke atas 1,355 lelaki dan wanita (bermula 1995 hingga 2004) mendapati bahawa ukuran pinggang wanita (dan berat badan) dipengaruhi pelbagai punca tekanan, termasuk masalah keluarga, kerjaya, kewangan dan rasa tidak upaya akibat halangan hidup.
Peningkatan berat badan lelaki pula dikaitkan dengan tekanan di tempat kerja, tidak berkuasa untuk membuat keputusan, masalah kewangan (sukar membayar bil) dan kurang kemampuan mempelajari kemahiran baru bagi melaksanakan sesuatu tugas.
Peningkatan berat badan ini akan lebih ketara sekiranya mereka sememangnya sudah berhadapan dengan masalah berat badan berlebihan kerana tekanan psikologi ini akan menyebabkan perubahan tabiat makan pada golongan terbabit. Mereka akan makan banyak atau memilih jenis makanan yang berkalori tinggi sebagai langkah untuk menenangkan perasaan.

*Lagi info selanjutnya di sini


2 comments:

Terima Kasih Daun Keladi .
Komen Anda Amat Sis Hargai .

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com
Thank You again..