Monday, December 07, 2009

Berakhirnya Nenek Kebaya.

Diana Rafar Pictures, Images and Photos
Salam semua...

Berakhir sudah episod Nenek Kebaya di TV3 ni...mmg best kan citenya...
Walaupun Lin tak tgk dr mula, tp tetap faham dan tau jalan citenya, biase le cite ni kadang2 mula2 tak best, nnti dh lama2 baru le excited nak tgk kesudahannya..hehehehe
Agak2 lepas ni ada Nenek Kebaya 2 x? ermmmm

Nenek Kebaya mengisahkan tentang dendam kesumat Intan Sari kepada Raja Kembayat kerana telah menjatuhkan hukuman mati kepada tunangnya Indera Laksamana dan membutakan mata ibu angkatnya Mak Inang. Untuk itu, dia telah mempelajari ilmu hitam. Dendam yang tak terbalas itu telah berlanjutan selama 7 keturunan apabila ilmu hitam itu telah diwariskan kepada Nenek Putih. Melalui cucunya Samsiah yang dikahwinkan dengan keturunan Raja Kembayat, Adam, Intan Sari ingin mencapai hasratnya untuk memusnahkan keluarga Adam. Intan Sari telah menjelma rupa menjadi Samsiah, manakala Samsiah telah ditukarkan kepada rupa neneknya mengunakan kuasa sihir.Kini Dengan wajah Samsiah (dipanggil Nenek kebaya oleh cucu tirinya kerana sentiasa memakai kebaya) Intan Sari bebas untuk membalas dendam. Namun hasratnya terhalang apabila dia tidak dapat menahan kepanasan setiap kali terdengar bacaan ayat suci Al Quran. Malah pemandu suaminya yang pandai agama juga dapat merasakan kehadiran kuasa syaitan itu.
Pelakon: Diana Rafar, Raisuddin Hamzah, Amyza Adnan, Zed Zaidi,Pekin Ibrahim dan Mariani.


4 comments:

  1. wah..pengikut setia ni...kite br nk tgk online..heheh..

    ReplyDelete
  2. hehe sy baru tahu arini last episode..td ptg tak sempat tgk..so sy tgk mlm..

    wahh memang best kan citer nih...sy suke.....

    ReplyDelete
  3. hehe sy baru tahu arini last episode..td ptg tak sempat tgk..so sy tgk mlm..

    wahh memang best kan citer nih...sy suke.....

    ReplyDelete

Makluman .
Blog ini hanya blog personal, hanya cerita harian Sis, Family, Kawan-kawan dan juga resepi masakan. Dan juga ada sesetengah entry tu Sis Copy dan Paste dari blog kawan-kawan juga dari carian google.
Tiada kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah tiada.
Sis izinkan jika anda ingin share untuk kebaikkan bersama, AKAN TETAPI jika terdapat gambar atau text Sis disalah gunakan, AWAS !.

TINDAKAN BOLEH DIAMBIL MENGIKUT AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1988 .
Sekian terima kasih.

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com