Bahtera Nabi Nuh ditemui

4/28/2010 08:11:00 PM


Salam semua...

Blurppp baru lepas makan tongkeng ayam, harini kan hari Rabu, so ada pasar malam, mcm biasa le apalagi klu tak memborong tongkeng ayam, tp kali ini kecik molek pulak montotnya, mungkin ayam dara kot..hahahaha
Mai sini Lin nak kongsi berita ni, agak membanggakan dan menakjubkan bila membaca, setelah berkurun lama dan beribu tahun, tak sangka bahtera Nabi Nuh di temui, tu le keutuhan pembangunan zaman dulu kala, berbanding dgn sekarang ni, baru bina Stadium yg berjuta2 harganya, tak sampai mana tahunnya, dah runtuh, cmne tuh? hehehe...ok le nak cite banyak kena bukak buku zaman Nabi Nuh le..hehehehe maklum le dah lama tak pi sekolah..huhuhuhu

Sumber dr KosmoOnline
HONG KONG - Sekumpulan penjelajah China dan Turki kelmarin mendakwa mereka mungkin telah menemui bahtera Nabi Nuh pada ketinggian 4,000 meter di sebuah lereng curam di Gunung Ararat, timur Turki.Jurucakap pasukan berkenaan memberitahu, beberapa binaan kayu yang mereka temui di lokasi itu didapati berusia 4,800 tahun berdasarkan ujian penentuan tarikh karbon iaitu sama usianya dengan zaman banjir besar pada era Nabi Nuh.
"Penemuan ini bukan mengesahkan 100 peratus bahawa ia bahtera Nabi Nuh tetapi kami yakin ia 99.9 peratus adalah bahtera itu," kata seorang anggota pasukan penjelajah, Yeung Wing-cheung.Menurutnya, binaan kayu itu dibahagikan kepada beberapa petak, sebahagiannya memiliki rasuk kayu yang dipercayai digunakan untuk menempatkan sejumlah haiwan dalam bahtera itu.



P/S: Ermmm esok hari Khamis, ada Pasar Sogo Tiram..huhuhuhu...apakah?.....tuuuuut.


With Love

2 Comments

  1. aii asyik makan tongkeng jer ni kak hehe..
    selalu mkn tongkeng ayam nanti mulut tak henti diam hehe lagu jalil hamid hehe

    ReplyDelete
  2. jeles kite ngn sisLin ni, sopping aje. kite mau sopping kena beringat-ingat, kot tak kena bebel ngn mrAbi, ngehhe :D

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com