Wednesday, September 08, 2010

Ketupat & Lemang.

Salam semua...

Opss maaf2 kalau mengiurkan..hehehe jom jom sebelum raya sebelum nk pi masak tu, mai le kita berkenalan dgn si Ketupat dan si Lemang ni..kang tetamu asing dtg, ada yg bertanya, apa itu ketupat, apa itu lemang, haaa mau tak reti jawab kang, susah jdnya, malu owang melayu..ecececece.hahahahahaha


KETUPAT
Ketupat ialah sejenis hidangan daripada nasi atau pulut yang dibungkus dengan daun kelapa dan direbus dalam periuk yang terkenal diMalaysiaIndonesia serta beberapa negara Asia Tenggara lain.
Jenis ketupat bergantung kepada bahan yang digunakan dan daun yang digunakan untuk membuat bungkusannya. Ketupat pulut ialah ketupat yang mengunakan beras pulut sebagai bahan asasnya, manakala ketupat nasi dibuat daripada beras. Biasanya dibungkus dengan daun kelapa.
Ketupat tiga segi ialah bentuk ketupat tersebut tiga segi. Ketupat moden biasanya empat segi.Ketupat palas ialah ketupat yang menggunakan daun palas sebagai pembungkusnya. Biasanya sarung ketupat palas dianyam terlebih dahulu sebelum disumbat dengan pulut yang telah dimasak. Ketupat palas juga biasanya dihidangkan begitu sahaja atau digoreng terlebih dahulu. Biasanya daun palas digunakan untuk membalut ketupat pulut, manakala daun kelapa untuk ketupat nasi.
Sejak 1990, ketupat yang dibungkus dalam plastik mula diperkenalkan, dan boleh dikukus dalam periuk biasa maupun periuk elektrik. Ketupat sebegini dinamakan ketupat segera / nasi himpit. Walaupun ada pelanggan yang merungut bau tidak seenak dahulu, itu tidak jadi masalah. Terdapat juga dakwaan bahawa ketupat segera dalam plastik boleh mengakibatkan barah.[1]
Ketupat biasanya dihidangkan semasa hari raya sahaja iaitu pada Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji. Ia biasanya dihidangkan dengan rendang dan serunding serta kuah kacang. Namun kini, ketupat turut dihidangkan dengan sate di gerai-gerai dan restoran.


LEMANG
Lemang merupakan sejenis masakan tradisi yang disukai ramai. Lemang dijual sepanjang tahun, tetapi lebih meluas pada hari perayaan seperti hari-hari raya. DI Malaysia, lemang telahpun direkodkan sebagai hidangan istimewa sejak 1864 lagi. [1]
Lemang di pantai timur biasanya dimakan bersama dengan ikan bakar, tetapi di pantai barat, ia sering dihidangkan bersamarendang atau serunding.
Lemang diperbuat daripada beras pulut dan santan yang dimasukkan ke dalam ruas buluh yang dilapik dengan daun pisang, sebelum dibakar sehingga masak. Kaedah memasak menggunakan buluh merupakan kaedah kaum asli memasak di Malaysia.



P/S: Tapi tak semua owang dan rumah yg masak menu ini, ada juga yg bt Nasi Beriani dan lain2 menu lagi..ikut citarasa masing2 la..:)


With Love

6 comments:

  1. hee kalo kt kg incek liquid setiap umah musti ade 2 bende ni ehehehe

    ReplyDelete
  2. ako ngidam nk makan rendanggggg!

    ReplyDelete
  3. Liquid: kan..mesti klu raya mesti nak ada 2 menu nie..hehehe x sabar mau mkn lemang dgn rendang.. :)

    ReplyDelete
  4. Retna: Huhuhu sian awak..xpe nnti awak dtg JB kita masakkn utk awak yek..rendang unta ke rendang rusa..kekeke

    ReplyDelete
  5. Retna: wakakah..nnti aku tgkap ikat dia kt pokok dulu eh..bru kita sembelih..ko nak tang mana? hahahaha

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi .
Komen Anda Amat Sis Hargai .

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com
Thank You again..