7.5 juta pemilik akaun Facebook

11/12/2010 01:39:00 PM

Salam semua...

Ermm tengah takde idea mau update 2hrni, blank kepala otak, kepala pulak tengah sakit, selsema, batuk-batuk, tekak luka..semua ada, pening tahap rabak dah bila bangun pagi..adeiii
Jadi harini duduk membaca dan blog walking aje la mana yang sempat, nak balas komen-komen kat facebook pun takde mood..huhuhu sori eh..
Tapi harini nak kongsi artikel dari Kosmo Online ni, pengguna facebook dah mencecah 7.5 juta tu, ye ye aku 1 antara 7.5 juta tu..kekekekeke ye la owang kata jangan takde, kang ketinggalan zaman pulak kan.. :)
Punca: Mula-mula join facebook sebab masa tu semua geng-geng blog dh asyik dok lepak kat sana..
Leka: Bila dah start main game.
Bagusnya: Dapat jumpa kawan-kawan lama dulu.
Buruknya: Kerja rumah banyak tertangguh dan juga blog aku lama tak berupdate..huhuhu
Kesimpulannya: Sendiri mau ingat le...huhuhuhu


KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia merupakan antara pengguna aplikasi rangkaian sosial Facebook, Friendster dan Twitter yang tertinggi di dunia.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, dianggarkan terdapat 7.5 juta pemilik akaun Facebook di Malaysia kini.
“Ini adalah potensi rakyat yang harus digunakan oleh industri dalam bidang ini untuk memajukan negara khususnya menerusi kandungan mudah alih.
“Terdapat fakta yang menunjukkan bahawa kewujudan Facebook, Twitter, inovasi platform Android, aplikasi dalam talian dan mudah alih telah mengubah landskap komunikasi, pemikiran manusia dan melahirkan jutawan baru di Amerika Syarikat,” katanya
Sumber dari Kosmo Online


P/S: Ada bagusnya ada buruknya, semua sama, baik facebook baik blog..diri sendiri aje yang kena pandai nak bahagikan masa dan jangan di salah gunakan kemudahan yang ada.. :)


With Love

You Might Also Like

2 Comments

  1. KBSM: kannn..hehehehe kerna KITA jd 7.5juta kan..muahahahha

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com