Cuma seminit saja.

11/14/2010 12:28:00 AM

Salam semua...

Ermm 2-3 harini memang buntu nak update blog, badan tak sihat, batuk-batuk, sakit kepala, lagi pulak bila mengerang menahan batuk, kerja rumah pun banyak tertangguh, majlis kenduri Amat pun seminggu je lagi, banyak persiapan nak di buat, tapi takpe, buat perlahan-lahan lama-lama selesai le semua.. :)
So malam yang nak ke pagi ni, jom Lin kongsi artikel yang di petik dari Tok Wan Fb ni untuk kita renung-renungkan dan selamat beramal..



Betapa besarnya nilai wang kertas bernilai RM1 apabila dibawa ke masjid untuk disedekahkan;
tetapi betapa kecilnya kalau dibawa ke Mall untuk dibelanjakan!

Betapa lamanya melayani Allah selama lima belas minit namun
betapa singkatnya kalau kita melihat filem.

betapa sulitnya untuk mencari kata-kata ketika berdoa (spontan) namun betapa mudahnya kalau mengata atau mengumpat
tanpa harus ber fikir panjang-panjang.

Betapa asyiknya apabila pertandingan bola dipanjangkan waktunya
namun kita mengeluh ketika khutbah di masjid lebih lama sedikit daripada biasa.

Betapa sulitnya untuk membaca satu helai Al-qur'an tapi
betapa mudahnya membaca 100 halaman dari novel atau majalah yang laris.

Betapa beria-ia orang untuk duduk di depan dalam pertandingan atau konsert
namun lebih senang berada di saf paling belakang ketika berada di Masjid

Betapa Mudahnya membuat 40 tahun dosa demi memuaskan nafsu berahi semata,
namun alangkah sulitnya ketika menahan nafsu selama 30 hari ketika berpuasa.

Betapa sulitnya untuk menyediakan waktu untuk solat 5 waktu;
namun betapa mudahnya menyesuaikan waktu dalam sekejap pada saat terakhir untuk event yang menyenangkan.

Betapa sulitnya untuk mempelajari erti yang terkandung di dalam al qur'an;
namun betapa mudahnya untuk mengulang-ulangi gosip yang sama kepada orang lain.

Betapa mudahnya kita mempercayai apa yang dikatakan oleh surat khabar
namun betapa kita meragui apa yang dikatakan oleh Kitab Suci Al - Quran.

Betapa Takutnya kita apabila dipanggil Boss dan cepat-cepat menghadapnya
namun betapa kita berani dan lamanya untuk menghadapNya saat kumandang azan bergema.

Betapa setiap orang ingin masuk syurga seandainya tidak perlu untuk percaya atau berfikir, atau mengatakan apa-apa, atau berbuat apa-apa.

Betapa kita dapat menyebarkan seribu kelucuan melalui facebook, dan menyebarluaskannya dengan share seperti api;
namun kalau ada posting yang isinya tentang Allah betapa seringnya kita ragu-ragu, enggan membukanya dan menyebarkannya.




P/S: Kadang-kadang kita tak terfikir dan tak tahu menilai juga hargai waktu seminit tu...leka dan lalai berjam-jam lamanya..tapi rupanya dengan seminit, banyak yang manfaatnya kan.. :)


With Love

You Might Also Like

2 Orang Komen

Penafian .
Blog ini adalah blog peribadi, hanya cerita/aktiviti harian Sis bersama family, kawan-kawan juga resepi masakan Sis sendiri. Dan juga ada sesetengah penulisan tu Sis Copy dan Paste dari carian Google juga blog kawan-kawan.
Semua penulisan di dalam blog ini, TIADA kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah tiada.

Sis izinkan jika ada yang ingin copy dan share untuk kebaikkan bersama, AKAN TETAPI jika terdapat gambar atau text Sis disalah gunakan, Awas! TINDAKAN BOLEH DIAMBIL MENGIKUT AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1988 .
Komen anda, tanggungjawab anda.

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com
Terima kasih atas kerjasama anda.