Breaking

Monday, November 01, 2010

Jom undi model 'BOGEL'..

Salam semua..

Gila ke apa? Terkejut bila membacan artikel nie, ada jugak ye undi model bogel?..ishh macam-macam program realiti sekarang ni, tapi janganlah sampai ke tahap ni, memang melampaulah rasanya, minta di jauhkan,janganlah sampai berlaku di negara kita ni, tapi kalau dah internet jalur lebar tu, klik sana klik sini, budak-budak bawah 12tahun pun, dengar je bogel, dah pandai nak tengok jugak..huhuhuhu
Tak kira siapa kenalah peka dengan keadaan sekelilingkan, luar negeri ke, luar negara ke, yang penting janganlah jadikan tempat IT ni sebagai tempat memuaskan hak masing-masing, yang pengguna pula kenalah pandai bijak melayari internet, jangan suka-suka hati klik sana klik sini, tersalah klik, terus duduk jadi terpesong akidah..huhuhuhu


Uji bakat program realiti bogel


FLORIDA - Penerbit-penerbit sebuah rancangan realiti bogel yang bakal ditayangkan di televisyen Florida memberitahu, mereka bercadang mengadakan uji bakat secara langsung di Internet, lapor sebuah akhbar.
Akhbar St. Petersburg Times pada Khamis lalu melaporkan bahawa pengguna-pengguna Internet boleh membantu memilih tujuh orang yang bakal menyertai rancangan yang diberi tajuk Nak'd Truth."
Mereka harus bersetuju untuk tinggal selama sebulan di Caliente Resort dan Spa di Tampa.
Pengguna-pengguna Internet boleh mengundi calon yang berpotensi ketika uji bakat dilakukan pada 13 dan 14 November ini.
Bagaimanapun tiada aksi bogel akan disiarkan di Internet.
Pihak Atlantic Overseas Pictures Inc. memberitahu, krew filem akan membuat penggambaran secara kreatif dan akan mengaburkan bahagian sulit peserta sebelum rancangan tersebut ditayangkan di televisyen. 
Sumber dari Kosmo Online




P/S: Nasib jugak di Negara kita ni belum ada aksi terlampau realiti yang sebegini, tapi kalau sekali bila dah berlaku, tak munasabah akan ada je yang bakal berlaku, dunia sekarang ni, dah tak mengenal pahala dosa..huhuhuhu


With Love

2 comments:

  1. jahil tahap orang-orang berilmu... susah nak dibendung... tapi, doa-doakan mereka ni mendapat hidayah allah....

    ReplyDelete
  2. Zull: Ye betul tu, x kiralah walau di mana negara sklipun kan..agak2 jugak la, sbbnya siaran internet ni dunia kuasai dunia....huhuhu

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi .
Komen Anda Amat Sis Hargai .

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com
Thank You again..